Archive for April, 2010

Eleanor Bartowski adik Charles Bartowski atau sebaliknya?

Chuck (TV Series)

Pernah tonton siri tv di atas? Jika tidak, aku amat menyarankan korang supaya cari siri tv ni, download la kat mana-mana sumber sekalipun bermula Season 1 sampai la sekarang iaitu Season 3 episod ke-14..

Pada mulanya aku memang tak berminat langsung dengan cerita nih..But after ‘my sweet pie’ perkenalkan aku dan mintak rekemen sangat-sangat supaya aku tonton siri nih, aku pun tengok la 1st episod die..And unfortunately, aku melekat dengan cerita ni dan boleh kata BIG FAN la kepada cerita ni..Thanx to ‘my love’ sebab perkenalkan cerita ni pada aku..

Sedikit tentang Chuck (TV series) nih, Chuck adalah seorang pakar komputer yang berkerja di department Nerd Herd dalam sebuah pasaraya besar (macam Giant dan Tesco) yang diberi nama Buy More. Kawan baik beliau, Bryce Larkin: seorang agen CIA telah menghantar satu jenis chip superkomputer yang mengandungi hampir keseluruhan rahsia kerajaan daripada rekod jenayah sampailah kepada politik setempat ke dalam komputer milik Chuck.Dan bila Chuck bukak je komputer dia pagi tu, secara kebetulan segala maklumat dalam chip superkomputer tersebut telah diupload kedalam memori otak mamat nih. Beliau boleh mengimbas segala rahsia kerajaan dengan hanya memandang kepada apa saja yang berkaitan dengan data yang disimpan. Akibat daripada itu, beliau telah diburu oleh CIA dan NASA.

Chuck mempunyai seorang kawan baik sejak kecil bernama Morgan (Si Jambang). Beliau juga telah dijaga (pada awalnya) oleh seorang agen CIA perempuan bernama Sarah Walker (heroin dalam cerita ni dan jugak Chuck punye love interest) dan juga seorang agen NASA bernama John Casey yang mana mereka ini ditugaskan untuk menggunakan maklumat yang ada dalam otak Chuck untuk menyelesaikan kes-kes jenayah besar selain menjaga Chuck daripada diculik oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab kerana otaknya yang tersimpan banyak rahsia kerajaan.

Beliau juga mempunyai seorang adik (atau kakak??takpe, isu ni kita akan kupas lepas ni) bernama Ellie, seorang doktor pakar bedah yang telahpun berkahwin dengan Devon Woodcomb (Capt. Awesome) yang juga sorang doktor pakar bedah..So, aku rasa cukup setakat itu ringkasan tentang cerita Chuck nih sebab aku nak kupas isu utama dan penyebab kepada post ini dikeluarkan..

Karakter-karakter dalam siri tv Chuck (drpd kiri : Sarah Walker, John Casey, Chuck Bartowski, Ellie Bartowski, Devon Woodcomb dan Morgan Grimes)


Berbalik kepada tujuan asal post ini dikeluarkan, tersebutlah satu hikayat dalam sebuah buku lama diberi nama Hikayat Serong Maha’angsa’ dimana terdapat 2 orang sahabat yang telah menjadi pengikut setia siri Chuck ini daripada season 1 sampai la season 3 sekarang ni. Mereka berdua begitu menggemari siri ini sehinggalan mereka boleh dianggap sebagai kipas-susah-mati siri ini kerana sanggup men’download’ cerita ini dan tonton setiap minggu walaupun sibuk dengan urusan lain..

Nak dijadikan cerita, satu hari salah seorang daripada mereka yang bernama Solis telah menimbulkan satu keraguan tentang status Ellie dalam siri Chuck ni. Adakah beliau kakak? Atau adik kepada si Chuck Bartowski ni? keraguan ini timbul kerana si Solis nih tengok translation cerita Chuck yang ditonton kat AXN (Astro punye channel) di mana dalam translation tersebut menyebut Ellie sebagai adik Chuck..

Maka sahabat baik si Solis yang dihikayatkan bernama Zargus ni pun tak puas hati kerana beliau tetap mempertahankkan pendirian beliau yang Ellie ni kakak kepada Chuck sebab memang itulah yang di’pegang’ sebagai kepercayaan turun temurun Daerah ‘1013’ yang terletak kat Negeri ‘Brunsfield Riverview’ nih..

Akibat daripada itu, setiap kali mereka menonton atau teringat akan siri Chuck ni, mereka akan bertikam lidah dan terus bertekak mengenai isu tersebut..Yang Solis cakap Ellie tu adik dan yang Zargus pulak cakap Ellie tu kakak..Dihikayatkan, sepanjang mereka ‘bersengketa’ itu, pelbagai hujah telah dikemukakan oleh mereka berdua semata-mata tidak mahu mengalah dan mahu mempertahankan prinsip masing-masing..Antaranya ialah :

Di pihak Zargus :

a) dalam season 2, ayah Chuck pesan pada Ellie supaya jaga ADIK dia (iaitu Chuck) baik-baik sepeninggalannya untuk selamatkan diri daripada penjahat.

b) Ellie kahwin dulu sedangkan Chuck tak kahwin lagi.

c) Translation kat tv2 menunjukkan bahawa perkataan ‘my brother’ yang disebut oleh Ellie ketika memaksudkan Chuck diterjemahkan sebagai ADIK saya.

Di pihak Solis :

a) Chuck masuk Universiti lagi awal daripada Ellie (ada satu episod tu tunjuk Chuck mase kat universiti dan ada satu episod tu tunjuk 1st year Ellie kat Med. School sebagai med. student)

b) Morgan (yang sebaya dengan Chuck) suka pada Ellie (yang mana kalau ikut logik, mesti la yang lelaki lagi tua suka perempuan yang lagi muda pada dia).

c) Translation kat AXN menunjukkan bahawa perkataan ‘my sister’ yg disebut oleh Chuck ketika memaksudkan Ellie diterjemah sebagai ADIK saya..Jadi, tentulah Chuck tu abang kan?

‘Persengketaan’ ini berlaku begitu lama dan sepanjang persengketaan ini, idea atau kepercayaan Solis telah begitu kuat sehingga difikirkan boleh menang dengan majoriti besar kalau dibuat Pilihanraya dekat Daerah ‘1013’ ni. Solis pun dah gembira yang teramat melihat perkembangan tersebut dan berusaha bersungguh-sungguh untuk ‘memperkembangkan’ ideologi beliau itu.

Ketika ‘persengketaan’ antara 2 sahabat ini berlarutan, dan hampir sampai ke penghujungnya, episod 14 season 3 yang mana menjadi episod terbaru sekali sekarang ni pun keluar. Dalam episod tersebut, Ellie dan Devon akan berangkat keluar negara kerana bertugas dan saat-saat akhir sebelum Ellie bertolak, dia cakap yang dia amat sedih untuk meninggalkan LITTLE BROTHER dia iaitu Chuck Bartowski. Kalau di’translate’ kan, LITTLE BROTHER = ADIK LELAKI.

Maka dengan itu, terjawablah sudah persengketaan antara Zargus dan Solis. Sebagai seorang yang matang, Solis menerima kekalahan ini dan mengakui hakikat yang beliau kalah..Orang cakap “ANAK JANTAN TAK SEMESTINYA MENANG”. Kan? Biar kita mengaku kalah dengan cara berpuas hati daripada kita menegakkan sesuatu yang memang kita tahu ianya dah terbukti salah.

Jadi, dengan ini, Aku; Solis : telah mengaku kalah kerana aku tahu dengan kukuhnya sekarang bahawa Ellie tu memang kakak Chuck. Buat Zarg, tahniah atas kemenangan ini. Aku berpuas hati walaupun kalah sebab memang ada bukti kukuh sekarang; daripada aku kalah tapi takda bukti kukuh. Hehehe!~ 😀

So, Zarg dan pembaca semua, aku rasa kita boleh tutuplah buku Hikayat Serong Maha’angsa’ ini sebab kisahnya dan pun berakhir dengan aman. Pesanan untuk Zarg, tak semestinya aku kalah kali ini. aku akan kalah selamanya. Hahaha!~ 🙂

p/s : actually Zarg tak tengok pun lagi latest episod nih. Aku je yang dah tengok. Jadi, sebelum dia tengok dan kondem aku atas kekalahan aku nih, baik aku ngaku dulu kekalahan aku sebab itu lagi ‘macho’ kan? Hahaha!~ 😛

Charles Bartowski (Chuck a.k.a ADIK Ellie)


Eleanor Bartowski (Ellie a.k.a KAKAK CHUCK)

Ellie a.k.a KAKAK (tengah) dan Chuck a.k.a ADIK (kanan) bersama ayah diorang pada majlis kahwin Ellie.


Sarah Walker (Eh! Ade kaitan ke dia dengan sebab persengketaan nih? Jawapannye memang takde..hahahaha!~Tapi saje nak letak gambar die sebab dia cute sangat!!! Macam buah hati gua beb! :-P)


Moral of the story : Entah..bak kata Nabil : “Lu Pikir La Sendiri” Hahaha!~ 😀

Tapak baru utk AGV…

Alhamdulillah, sekarang AGV kesayangan dah ada tapak baru..Kalau dulu aku asyik tinggalkan ia kat luar sana, berhujan, berpanas, berembun, now tiada lagi itu semua..Kerana ia telah aku letakkan di tempat yang lebih teratur dan baik..

Bertempat di Basement 2 (B2), disitulah sekarang tempat ia ‘berehat’ setelah seharian berbakti kepada aku..So, aku dah tak perlu risau ia dicuri atau dirosakkan oleh sesiapa lagi..

Thanx to Mama Rose sebab sudi uruskan bayaran tapak, pembelian sticker dan sebagainya..Mujur jugak ada blog ni sebab Mama Rose cakap dia ambil no. AGV tuh daripada blog ni la untuk tulis kat sticker tuh..

Inilah sticker yang Mama Rose tolong aku buatkan untuk AGV kesayangan 😀

Tak sempat nak ambil gambar AGV ‘memperagakan’ sticker ni lagi..InsyaAllah untuk post-post yang akan datang mungkin ada..hehehe!~

Protected: Lepas Geram : Part 1

This content is password protected. To view it please enter your password below:

9 Hari tanpa ‘post’…

Em..Dah 9 hari rupanya aku tak update blog aku nih..Yelah, macam-macam perkara yang buat aku busy sampai terlupa nak update blog nih..Kelas, study ubtuk kuiz, discussion untuk presentation, try install Call of Duty : Modern Warfare 2, jaga kawan sakit sebab eksiden dan chatting dgn orang tersayang dan sahabat handai..Hehehehe!~

Hari Selasa malam Rabu, demam teruk..Muntah-muntah, ketar satu badan, suhu mmg meningkat mendadak..Demam kepialuku datang lagi rasanya..Tapi alhamdulillah, demam tu tak lama..Tak macam masa aku kat egypt dulu, sampai masuk hospital 3 hari 2 malam..

Aku risau jugak mase demam tuh, takut kena H1N1 atau demam denggi berdarah macam arwah din beramboi tu haa..Isk!Isk!Isk!..Aku dah siap pesan kat kawan-kawan supaya datang melawat aku kalau aku masuk hospital..Hehehe!~

Dah aku baik sepenuhnye pada hari Khamis tu, satu kejadian malang pula menimpa 2 sahabat serumah aku : Zarg dan Jimmy..Si Zarg nih, entah macam mana (mabuk todi agaknya :-P) telah melelongkan penunggangan motosikalnya semasa pulang daripada kelas, lalu terbabaslah motosikalnya ke dalam lubang di bahu jalan, maka tercampaklah mereka berdua ala-ala superman..

Nasib baik waktu tu aku ada di rumah..Boleh la aku apply serba sedikit ilmu yang aku belajar..Basuh luka-luka mereka, periksa setakat mana yang aku tahu keadaan kecederaan mereka, sapu ubat sementara untuk mereka dan tenangkan mereka untuk seketika..Semua aku buat tau!! (dibantu sikit-sikit oleh Mak Bell)..Baik tak aku (perasan lebih dah nih!!)

Mula-mula ingat tak ada la yang teruk, tapi setelah aku perhati betul-betul luka di tangan farid dan di lututnya, aku rasa mereka berdua perlu ke hospital dengan kadar yang segera..Lutut farid berlubang sampai nampak sket patella die tuh..Tu pun degil lagi tak mahu gi hospital..Takut jarum katanya (kena jahit)..Macam budak-budak.. 😛

Bila dah settle semua kat hospital, kami pun pulanglah..kurang lebih 9 jahitan di lutut kiri farid dan tiada kecederaan serius pada Jimmy..Keputusannya, aku terpaksa batalkan hajat aku untuk balik Manjung sebab nak jaga kawan baik aku yang sorang nih.. (baik tak aku?hahahahahaha!~)

Sabtu, sekali lagi rumah ini hanya dihuni oleh kurang separuh daripada isi rumahnya..Aku, Zarg (si sakit), alip (si driver) dan Mak Bell (si propa)..Hehehe!~Tapi, yang setia menunggu rumah ni adalah aku dan Farid..Ye la, aku jaga orang sakit, orang sakit plak, kompom la tak bejalan kemana-mana dah..

Sebut pasal berjalan, ada satu lagi cerita menarik yang aku nak kongsikan sebelum post ini dituntaskan..Pasal GOODLUCK aku untuk 2010..Post-post sebelum ni aku ada beritahu yang aku menang beberapa tiket wayang menerusi pertandingan sms daripada majalah utopia keluaran gempakstarz..Nak dijadikan cerita, hari Khamis harituh, semasa aku teman salah sorang sahabat aku masukkan duit kat bank, aku telah ‘gatal jari’ cuba sms radio ERA untuk dapatkan tiket free konsert ke-5  AF8 untuk hari Sabtu nanti..

Entah macam mana, sekali lagi nasib berpihak kepada aku bilamana ERA telah membalas sms aku dengan ucapan TAHNIAH sebab aku telah memenangi 2 tiket free tersebut..Alhamdulillah…Nasib aku memang baik sangat dalam tahun 2010 nih..Dan aku berdoa kepada Tuhan semoga nasib baik aku ini berterusan..Syukur sangat..Moga-moga lepas ni aku akan menang hadiah berupa wang tunai pulak..Maklumlah, tengah sengkek..Hehehe!~

2x jugak ERA hantar mesej TAHNIAH tu kat aku..Hari Jumaat petang pun dapat lagi 1 sms..Tapi tu la, malangnya, aku tak dapat hadirkan diri ke konsert tersebut..1, masalah transport..2, takde siapa pun nak pergi dengan aku :(..3, aku kan kena jaga orang sakit kat rumah nih, so mana boleh ambil mudah tanggungjawab tu..Huhuhuhu!~Tapi, kalau aku ada kereta, memang dah lama aku chow..Sorang pun soranglah..Janji tiket free..Hahahaha!~

Mungkin bukan rezeki aku untuk pergi kali ni..Mana tau aku dapat tiket free lagi untuk konsert final nanti..Emm..Harap-harapnya la..

Itu saja kot perjalanan hidup aku sepanjang 9 hari kebelakangan ni..InsyaAllah, ada masa nanti aku akan update lagi..

Tetttt….

Happy Birthday friend..

Tanggal 8 April adalah hari lahir sorang sahabat aku nih..Ape istimewanya sangat sahabat aku nih sampai aku nak ‘post’ dalam blog aku nih? Isk!~

Dia tak la istimewa sangat, tapi dihargai sebab dia sudi jadi kawan aku kat sini..Macam kawan aku yang bernama ‘Zarg’ tu jugak..Sahabat susah senang kat sini, katanya..hehehehehe!~

Kul 7.30 (lepas solat Maghrib) dah tubik nak gi OU sebab nak kejar SEMERAH CINTA STILLETO kul 8.45..Tapi dek kerana pemanduan aku yang agak berhemah (aku le jadi driver, sape lagi kan..hehehe!~) dan juga jalan yang agak jammed, kami pun mengubah haluan ke Cineleisure..

Sampai saja di sana, ahli rombongan yang terdiri daripada 4 orang iaitu aku, Farid Zarg, Qis dan Nani(yang dirai) ni terus berkejar utk dapatkan yang 9.30..Alhamdulillah..Dapat la..Kenapa kami pilih cerita ini? Aku, Zarg dan Qis hanya ikut birthday gurl..Dia yang bersungguh nak tengok cerita tu..Hehehe!~Sebelum tonton cerita tuh, sempat la aku gi cari ear plug untuk headset aku yang telah aku cicirkan entah kat mana..Mujur jumpa..Alhamdulillah..

Cerita yang agak ‘ok la’ itu telah berlangsung selama 1 jam 45 min (lebih kurang la)..After that, kami bergegas untuk mengisi perut kat area Subang.. Dah kenyang, masing-masing dah boyot (kecuali aku la..hahahahahaha!~), kami pun bergegas pulang..

Untuk yang dirai, aku bagi pihak aku dan farid zarg amat berharap agar ko terhibur dan berpuas hati dengan apa yang kita lalui harini..Kita bertiga kan sahabat-susah-senang..So, kami harap ko terhibur dan ter’rai’ la harinih yer..Lupekan perkara-perkara kecil yang agak mengganggu mood kita kat tengah-tengah cerita kita tadi..hehehe!~Baik dalam panggung mahupun kat tempat makan 😛

Selamat Hari Lahir sekali lagi..Semoga suatu hari nanti, kita dapat rai skali dengan buah hati aku..hehehehe!~