Archive for May, 2010

Interview MQA

Seksa betul aku nak ready untuk interview MQA ni..Adoi laa..Kalau tak buat, ini untuk masa depan aku dan kawan-kawan..Kalau course Bachelor in Medical Science kat University of Choice ni ditarik balik kelulusan, habis la aku..Camne nak kerja nanti?Jadi, nak tak nak, terpaksa la buat.Walaupun kawan-kawan lain dah balik kampung (walaupun ada diantara mereka yang terpilih, tapi still tak ‘boleh’ datang)..

Em..Ramai yang tanya aku, “Ape menantang MQA ni Ayie?”..My baby pulak tanya “..multiple choice questions and answers ke sayang?”..Adoi laa..Actually, aku pun tak tahu maksud MQA tu (sebab ianya dalam English)..Yang aku tahu, bahasa Melayunya berbunyi LEMBAGA AKREDITASI NEGARA..Mereka ni yang beri kelulusan untuk subjek-subjek yang ada kat sesebuah universiti ni layak atau tidak untuk dijalankan..Nak lebih lanjut, baca sini..

Antara yang perlu kami (orang-orang yang dipertanggungjawabkan untuk menghadiri interview nih) lakukan adalah menyediakan file-file yang terkandung segala notes, assignments, quizes dan lab reports yang ada. Compile kan cantik-cantik dan bawak esok sewaktu interview..

Ni dia file-file yang berjaya aku siapkan untuk esok..

3 file tuuu..Letih gile nak siapkan benda nih..

Antara isi kandungan file..

Lagi antara isi kandungan file...

Em..Korang bayangkanlah macam mana aku nak angkut file-file nih dengan AGV 6390 aku esok?huhuhu!~2 file besar, 1 file sederhana..Adoi laa…Nak letak dalam box tu pun tak muat..Dah la esok pakai smart : kemeja, tie, kasut hitam..Em..Pinjam kereta Zahid la kalau gitu..hahahaha!~

Esok interview pukul 2 petang..1.30 dah kena terpacak kat dalam MSU (kampus lama)..Interview esok biasa la, as a ‘new comer’ cam aku nih, antara soalan yang dia akan tanya adalah : “Kenapa awak pilih MSU untuk sambung pengajian?”, “Kenapa awak pilih untuk masuk kos BMS ni?”, “Macam mana fasiliti yang disediakan MSU?”, “Adakah silibus yang diajar dalam kos BMS di MSU ni dapat menyediakan awak untuk buat M.B.B.S nanti?”, dan ada la 2-3 lagi soalan yang tak berapa nak core sangat..

So, harap-harapnya esok aku dapat jawab dengan baik..Bukan calang-calang tanggungjawab yang aku terpaksa pikul nih..Silap jawab, rosak BMS MSU nih..huhu!~Wish me luck for tomorrow..



Advertisements

20 hari tanpa entri….

Oh!Dah lama rupanya blog aku ni tidak di update..Masuk hari ni, genap 21 hari..Bermakna, dah 20 hari tanpa entri yang baru..Kemana aku menghilang?Apa cerita yang hangat-hangat sepanjang aku menghilang ni?Em..Ada la sikit kot..

Sedar tak sedar, dah sampai pun kita di penghujung bulan 5 pada tahun 2010 ni. Aku boleh menarik nafas lega buat seketika kerana sekarang dengan rasminya aku telah menamatkan short sem pertama aku di University of Choice ini..Macam biasa, lepas habis final exam..So, analisis la sikit kan..Hehehe!~ 😀

Walaupun hanya 3 subjek, namun ia sudah cukup buat aku mereng..Subjek pertama, First Aid : agak mudah bagi aku, apa yang aku baca dan apa yang keluar dalam soalan agak banyak yang tally..Pendek kata, Alhamdulillah..Subjek kedua, Nutrition in Medical Sciences : agak tertekan jugak sebab banyak gila babeng yang nak dibaca..huhuhu!~Mujur Miss Salma Faeza (berkenan aku ngan lecturer nih :-P) dah bagi 4-5 tips yang sungguh berguna..So, boleh jawab, tapi tak tahu macam mana result nanti..sebab banyak guna ayat sendiri..Subjek ketiga, Psychological Medicine : perghhhh!!!Seperti namanya jugak, subjek ni telah membuatkan aku jadi seorang psycho buat seketika..Macam orang dah tak betul dah..Aku pun tak tahu la kenapa subjek ni sangat susah aku nak menghafal dan nak memahaminya..kesimpulan untuk subjek ni : jawab merapu, tak letak harapan tinggi sangat..but still target paling koman B-..Em..

Jadi, dah terang lagi bersuluh, sebab pertama blog aku ni sepi tanpa entri adalah kerana persediaan study untuk final exam..Maklumlah, 2 minggu saja lepas midsem, dah mula exam final..Em..

Dalam duk kalut-kalut bersedia untuk final exam tu, aku telah disentapkan dengan kehadiran result final untuk sem. aku yang lepas..Sentap sebab kurang memberangsangkan..Aku target dapat la at least dean’s list. Tapi apakan daya terkandas agak banyak..Mujur pointer untuk sambung MBBS tu masih selamat la..Takde la sampai bawah daripada itu..Adoiyai..Perlu score untuk gol subjek-subjek dalam sem. yang berikutnya ni..huhuhuhu!~

Bulan May ni jugak adalah bulan dimana MSU berjaya ‘mencekik’ duit aku..Menjadi rekod untuk bulan ini juga, abah aku terpaksa 4x masukkan duit dalam akaun aku..Ini menunjukkan kewangan aku untuk bulan 5 ni sangat kritikal..MSU saja telah berjaya ‘mencekik’ duit aku sejumlah RM1580..3 kali aku bayar RM560 kat akaun MSU tu..Bayaran pertama untuk bulan April : dibayar sebab aku nak ambil slip exam midsem..Bayaran kedua untuk bulan May : dibayar sebab aku nak ambil slip exam final pulak..Dan baru semalam bayaran ketiga untuk bulan Jun : dibayar sebab aku nak buat subjek registration untuk next semester..Adoiyai..

Bulan May jugak aku telah tonton 3 filem kat wayang yang memang dinanti ramai..Filem-filemnya adalah : a) Iron Man 2, b) Robin Hood, 3) Prince of Persia : The Sand of Time..

Abang Besi kembali..

Abang Robin si 'sharp shooter'...

Putera Darlan 'Si Singa Persia'

Sebab ini jugalah fulus aku mengalir bak air bulan ni..huhuhu!~ Pun begitu, aku amat berpuas hati kerana cerita-cerita ini memang best!Tapi, kalau mengikut ranking aku sendiri, Prince of Persia adalah yang terbaekkk woookkkkk!!! Diikuti dengan Robin Hood dan diakhiri dengan Iron Man 2..

Akibat ke’obsess’an aku dengan filem di wayang dan ketidak-berduitan aku buat masa sekarang, ia telah mendorong aku untuk sekali lagi mencuba nasib dengan peraduan-peraduan sms di majalah Utopia..And guess what??!! Ambo menang skali lagi wehhh!!!Hahaha!~Aku rasa luck aku memang sentiasa ada la kat majalah ni..And cerita yang aku dapat tiket freenya adalah :

Taarrrraaaaaaaa!!!!

Lagenda Budak Setan wa cakap lu!!!Aku dapat tiket tayangan perdana plak tuh (2 Jun kat MidValley sedangkan tayangan cerita tu adalah pada 3 Jun)..Harap-harap ada la antara pelakon filem ni yang hadir..Yang paling aku harapkan adalah Cik Lisa Surihani pojaan hatiku itu (jangan marah ye baby..gurau je nih..hahahaha!~ :-P)..Mana la tau kan, untung-untung boleh jadi kawan..hehehe!~

Em..Itu je kot yang boleh aku ceritakan setakat ni..Nanti lebih-lebih aku cerita kemudian ye..Hehehe!~Sekarang aku tengah berkira-kira membuat percaturan bila aku nak balik Penang. Sekarang tenagh cuti 2 minggu..Tapi aku macam tak plan lagi bila nak balik..Tengoklah, esok lusa ada la tu plan yang muncul kot..

SELAMAT HARI IBU…

Hari ni, bila aku celikkan saja mata aku, berlambak-lambak orang duk wish “Selamat Hari Ibu” untuk ibu mereka semua kat facebook (termasuklah aku). Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2010 ni sambutan hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010 (hari ni la tu).

Manakala negara di Timur Tengah seperti Iraq, Oman, Jordan, UAE, Arab saudi, Kuwait, Sudan, Palestin, Mesir pula menyambutnya pada permulaan musim bunga iaitu 21 Mac sementara Hari Ibu di Indonesia ialah pada 22 Disember (lambatnya diorang nih).

Pun begitu, tahukah korang bahawa sambutan Hari Ibu dikatakan tidak harus disambut oleh orang Islam? Ia adalah berdasarkan beberapa artikel terutama dari wiki ini yang ada menceritakan tentang asal usul sambutan hari tersebut. Dalam wiki tersebut ada maklumat yang tertulis seperti berikut :

“Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac. Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.”

Pun begitu, ramai ulamak yang mengupas tentang isu ini termasuk para mufti di Malaysia yang memberi pendapat bahawa ianya tidak salah untuk menyambut Hari Ibu yang istimewa ini selagi ia tidak bercanggah dengan hukum Islam..Maksudnya, tidak berlebih-lebihan..Tidak membazir..Tidak memuja..Ada la lagi 2-3 perkara yang disebut bagi menjawab isu ini..Boleh rujuk sini.

Bagi aku pula, setiap hari adalah hari ibu (mungkin agak klise ayat nih, tapi itulah hakikat). Ibuku ratu hatiku..Hari Ibu pun aku wish untuk dia, hari bukan sambutan Hari ibu pun aku ucap aku sayang dia.. 😀 Aku juga tak malu untuk mengakui bahawa aku ‘Anak Emak’..’Anak Emak’ ni tak semestinya manja, lembik, sikit-sikit nak menangis..Sebaliknya ‘Anak Emak’ boleh juga jadi gagah, perkasa, brilliant, idaman malaya (alamak!terlebih sudah :-P)..hehehe!~

Owh!~Sempena sambutan Hari Ibu nih, otak aku secara tidak sengaja terfikir satu soalan yang aku sendiri tak mampu jawab..Soalannya berbunyi :

“Kalau seorang lelaki tu single parent, dialah bapa, dialah ibu, anak dia boleh celebrate Hari Ibu dengan dia tak?”

Hahahahaha!~Pelik kan soalan aku?..Ada siapa-siapa nak jawab ke soklan nih?Tolong kami bantu kami… 😛

Sempena Hari Ibu tahun 2010 nih, aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada mamaku; Pn. Hasnah bt. Mat Rashid yang dan banyak berkorban untuk membesarkan kami 4 beradik. Terima kasih kerana mama tidak pernah jemu menyokong Ayie, tak pernah kenal erti putus asa dalam membantu Ayie mencari masa depan yang cerah, ada di sisi sewaktu Ayie dalam kesusahan dan memberi semangat yang tidak berbelah bahagi kepada Ayie..Mamalah ratu hati Ayie..Ayie sayang mama… (sob..sob..bergenang la plak mata aku nih..hehehe!~)

Akhir sekali, Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu diluar sana..Semoga tidak pernah jemu membesarkan insan yang bergelar anak seperti kami ini..

p/s: boleh tak kalau nak wish Selamat Hari Ibu untuk bakal ibu kepada anak-anak aku nanti? 😛

Rase Nak Mencarut!!!

Aku tak tahu kenapa kebelakangan ni aku rasa bengang sangat dengan kau..Rasa nak ‘rembat’ jer kepala otak kau tuh..Cume aku sabar je..Sebab semua orang dalam rumah nih anggap ko baik, anggap ko innocent (katenye laa..).

Aku bukan ape tau, aku bengang kat kau sebab mulut kau macam cibai..Macam pohkeemon tau tak? Aku rase longkang lagi wangi daripada mulut kau stakat nih (bagi aku laa)..

Kau punye ayat, tak nak lagi pantek ker? Aku boleh sabar lagi dengan kau selama ni sebab sekali sekala je kau bukak molot cibai kau tu..Tapi, termasuk harinih dah 2 hari berturut-turut kau nak ‘mencibai’ dan memang aku rase nak tumbuk je muka kau tuh..

Kau ingat kau baik sangat ker? Kau ingat kau bagus sangat? Mulut kau tuh ade insurans tak?Kalau takde, aku rase baik kau gi amek insurans dulu, sebelom nanti susah sebab nak cari duit bayar kos perubatan kau..Sebab aku rase dah tak sabar nak rembat muke kau tuh..

Aku nak tanye kau la, kau ni jantan ker? mentang-mentang la aku kaki gurau, duk rumah gelak-gelak, happy-happy, kau ingat boleh suka hati kau la nak cakap apa-apa pun dekat aku? Weh mat, aku tak pernah pun nak bising kau selalu lepak depan laptop duk chatting dengan sape entah..Bila aku datang  atau lalu sebelah kau je, kau tutup..Pnah aku bising or perli-perli kau? Entah-entah kau duk tengok cite lucah kot, tu yang bila aku datang jer, nak tutup-tutup tu..Selama ni aku tak bising..Tapi hari ni aku dah terlampau bengang dengan kau, jadi aku lepaskan jugak ape yang aku pendam..Tu pun dalam blog kan? Sebab aku malas nak cari gaduh kat luar..

Suka hati aku la nak lepak ke nak ape ker!! Yang kau balik-balik nak perli aku tu pehal? Ko tau ke ape yang aku buat sepanjang masa sebelum ko balik? Ko tau ke aku dah gi kelas, dah jumpe lecturer n what so eva? Ko tatau kan? Yang ko nak bising kat aku pehal? Ko ade telor tak? Apsal ko tak pernah tegur pun mate kau tu lepak-lepak, kluar-kluar rumah sampai pagi baru balik? OoOoooOoo..Sebab kau takde telor la kan? Dengan mate kesayangan kau tuh, die buat ape pun kau rase btol kan? Dengan aku, sesuka hati kau je nak cakap ape kan?

Lepas nih aku nak diam jer..And kau kena ingat, sekali kau menyentap aku, 20-30x aku boleh buat kau sentap..Kau ingat tuh..Aku dah lama perhati perangai kau nih..Selama nih aku diam jer..Aku biar orang nak kata aku ape pun..Tapi tidak lagi sekarang..Kalau aku rase aku betol, aku akan menghentam mana yang tak betol..

Kau jangan ingat dengan imej alim kau, aku tak berani nak rembat kau..Salah tetap salah..Tak pernah dalam al-Quran cakap orang pakai serban, alim, tak boleh dimarah atau disalahkan kalau memang betol dia buat salah..

Kau jangan ingat kau bekas sekolah agama, kau bagus dalam segala hal agama..Owh tidak!Tak mungkin..Kalau mulut dengan kaki dah same taraf..

Lu ingat der, wa mintak maaf awal-awal der kalau lepas ni lu sentap ngan wa..