Archive for January, 2009

Alasan..

Salam…

Setelah lame menyepi..Kembali dengan post baru..hehehe!~Em…Hampir 2 bulan la jugak menyepi, sepi yang penuh dengan peristiwa dan tragedi..Pendek kata, sepi bersebab la..Bukan saja-saja nak menyepi macam cerita sepi tu..Hehe!~

Biasalah, lumrah manusia..Setiap kali benda berlaku, mesti nak bagi alasan..Sama juga macam jurulatih pasukan bolasepak negara kita.Bila kalah di Thailand hujung tahun lalu, alasannya penjaga gol silap..Bila dah kalah 0-5 kepada UAE baru-baru ini pula, alasannya pemain tak ‘fit’ untuk melakukan tugas antarabangsa..

Itu senario sukan dalam negara..Bagaimana pula senario politik negara yang sememangnya hangat lagi membara ketika ini? Bila sudah kalah kepada PAS dalam PRK Kuala Terengganu baru-baru ini, pelbagai alasan mula timbul antaranya pengundi yang menetap di luar tidak pulang mengundi, pengundi2 termakan janji palsu pembangkang dan pengundi muda tak sokong UMNO..Padahal, tidakkah mereka fikir atau jangka bahawa semua itu akan berlaku? Tidakkah mereka belajar daripada kesilapan di Permatang Pauh tempoh hari? Macam biasa, manusia memang suka beralasan..

Itu soal luar..Belum lagi soal diri sendiri..Kalau ditanya mengapa blog ini tidak di’update’ 2 bulan lamanya, semestinya tibul alasan-alasn seperti kekurangan masa, internet lembab dan mungkin juga laptop bermasalah..Walhal, alasan-alasan itu tidak sepatutnya timbul jika kita berpegang kepada kata-kata “DIMANA ADA KEMAHUAN, DISITU ADA JALAN”..

Tuntasnya, walauapapun alasan kita, biarlah ianya munasabah dan boleh diterima..Beralasanlah jika ia betul-betul perlu. Ini kerana alasan yang kita beri boleh jadi dapat membantu kita atau menjahanamkan kita sendiri..

Wallahua’lam..


Advertisements