Selamat Hari Lahir yang ke-53 buat negaraku tercinta..

“Tanggal 31, bulan 8, ’57!!!”

Inilah lirik yang cukup sinonim dengan sebuah peristiwa besar yang berlaku di dalam negara ini saban tahun iaitu ulangtahun kemerdekaan Malaysia a.k.a Tanah Melayu..

Sekalung tahniah buat Allahyarham Sudirman Hj. Arshad kerana telah mempopularkan lagu ini dan menjadi faktor pembantu secara tidak langsung bagi generasi sekarang agar tidak lupa akan tarikh keramat yang sungguh istimewa ini..

Tahun ini, sekali lagi sambutan kemerdekaan dilangsungkan dalam bulan Ramadhan..Ini adalah sambutan kali ke-3 Hari Kemerdekaan Malaysia a.k.a Tanah Melayu berlaku dalam bulan puasa. Namun ianya bukanlah penghalang sebenarnya untuk kita sama-sama meraikan detik bersejarah 53 tahun negara bebas daripada ancaman penjajah..

Apa istimewanya sambutan kemerdekaan pada tahun ini??Di sini, aku cuba senaraikan beberapa keistimewaannya sambutan kemerdekaan pada tahun ini.

1. Ianya disambut buat kali pertama di kawasan tertutup iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil setelah kali terakhir adalah pada hari pertama sambutan kemerdekaan 53 tahun yang lalu di Stadium Merdeka.

2. Ianya sambutan kali pertama tanpa perarakan yang biasanya cukup sinonim dengan sambutan kemerdekaan.

3. Merdeka ke-53 adalah sambutan kali pertama dibawah tema 1Malaysia ilham perdana menteri terkini, Dato’ Seri Najib b. Tun Abd Razak.

4. Sambutan pada tahun ini adalah yang paling menarik kerana ianya menyatukan pelbagai kaum didalam persembahannya dan cukup padat dengan pengisian bahawa Malaysia ini adalah negara berbilang kaum.

Buat masa ini, mungkin sumbangan aku untuk mengekalkan kemerdekaan negara tidaklah sebesar mereka-mereka yang telah berjuang mengangkat senjata, berkorban harta dan nyawa..Namun, sebagai rakyat Malaysia, aku berasa terpanggil untuk terus menjaga kedaulatan kemerdekaan, satu anugerah daripada Tuhan yang besar nikmatnya..

Tanggal 31 Ogos 2010 juga adalah ulangtahun ke-2 blog tulisan aku ini : http://www.mzsolis23.wordpress.com

Aku mula mewujudkan blog ini sejak 31 Ogos 2008, sewaktu aku masih menuntut di Mesir. Alhamdulillah, sampai ke hari ini aku masih mampu untuk ‘menulis’ dan terus mengaktifkan blog ini (walaupun tak selalu update)..So, happy birthday mzsolis23…

Setakat ini dulu buat masa sekarang..Aku akhiri post aku pada kali ini dengan slogan :

1Malaysia Menjana Transformasi

MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!

Logo Sambutan Kemerdekaan ke-53

One response to this post.

  1. congrates!!😀 blog iye da tue!!!😛

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: