Archive for February, 2009

Meningkat Dewasa

Alhamdulillah…

Seminggu yang lepas, telah sampai waktunya untuk aku menyambut hari lahirku yg ke-22..Syukur kepada Allah kerana aku masih diberi nikmat Islam, kesihatan dan kesenangan seperti orang kebiasaan serta masih lagi bernafas hingga saat ini..Ada beberapa perkara yg aku mula terfikir bila umur aku telah melangkau ke tahap ini..Keistimewaan, cabaran, azam dan sebagainya semakin diperbaharui dan diperbaiki..Aku namakan fenomena ini sebagai ‘fenomena 22’ walaupun pada hakikatnya aku suka no. 1, 7 dan 23..

Keistimewaan fenomena 22 :

a) Rasa sangat dihargai walaupun tahun inilah paling sikit orang yang ingat dan wish untuk hari lahir aku ni..Kenapa? Entah..Aku pun tak tahu..

b) Rasa sangat bertuah kerana akhirnya aku mencapai tahap umur yang sebegini malah telah menyambutnya di luar negara (Mesir).. Kalau itu bukan keistimewaan buat anda, tapi itu adalah satu keistimewaan buat aku..

c) Aku mula berfikir soal menambahkan kematangan diri dalam segala aspek termasuk perilaku, cara berfikir dan cara mengendalikan sesuatu perkara..Bagaimana ia berlaku? Aku pun tak sure..

d) Semangat untuk belajar itu semakin tinggi; mungkin sebab umur dah meningkat..jadi, takkan aku nak terus berada ditakuk ini??

Itu kalau disebut soal keistimewaan..Kalau disebut bab cabaran pula..

Cabaran fenomena 22 :

a) Melengkapkan segala sasaran yang telah aku cipta untuk diri aku sendiri dan terpampang pada dinding bilik aku ni..

b) Mengubah dan memperbaiki sikap yang kurang memberangsangkan yang ada pada diri aku sebelum ini

c) Mengubah dan memperbaiki cara memimpin yang aku gunakan sebelum ini..Ini amat penting kerana memimpin masyarakat umum lebih susah, mencabar dan berlainan cara pemikirannya daripada meminpin kawan-kawan di sekolah rendah, sekolah menengah dan matrikulasi..

d) Yang paling penting, mengembalikan kecemerlangan akademik yang pernah aku cipta sepanjang 10 tahun yang lalu yang akhir-akhir ini nampak macam sedikit tersasar..

Semoga segala cita-cita aku pada tahun ini akan tercapai kesemuanya dan semoga aku akan dapat mengulas tentang ‘fenomena 23’ pula setahun daripada sekarang..InsyaAllah..

SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH…

Dahulu, ketika mereka sibuk memujuk ahli Perlimen Barisan Nasional sehingga sanggup menghantar beberapa wakil ke Taiwan semata-mata ingin berbincang soal lompat parti, tiada seorang pun yang bisisng bahawa itu bukan demokrasi dan bukan kehendak rakyat..

Dahulu, Pemimpin-pemimpin PAS, PKR dan DAP sibuk mengatakan bahawa Pak Lah tidak bersikap demokrasi bilamana timbul khabar angin bahawa Pak Lah akan bubarkan parlimen jika Anwar Ibrahim dan konco-konconya berjaya mendapatkan sokongan yang cukup mengatasi BN dengan cara ahli-ahli parlimen lompat parti..

Dahulu, ketika Anwar Ibrahim sibuk mewar-warkan bahawa beliau akan membentuk Kerajaan Pusat dengan cara memujuk beberapa orang ahli parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat (PR), semuanya menyokong dan tiada siapa pun daripada pemimpin PR yang bersuara menentang bahawa tindakan itu bukan tindakan demokratik untuk rakyat.Penyokong-penyokong yang mengikuti perkembangan itu juga dengan sangat bongkak berkata-kata dan menyokong kehendak dan tindakan pemimpin PR tersebut..

Lebih kurang seminggu yang lepas, ketika ADUN Bota menyertai PKR, tiada sesiapapun dikalangan pembangkang yang lantang menyatakan bahawa itu bukan kehendak rakyat dan ia melanggar demokrasi..

Namun kini, isu yang sedang hangat diperkatakan umum khasnya di Perak, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lantang mengatakan bahawa lompat parti tidak demokrasi..Pemimpin pembangkang lantang menyatakan bahawa BN ini pemusnah, mereka sibuk mengata bahawa kerajaan baru di Perak tidak sah, malah yang lebih teruk lagi mereka cuba bermain taktik kotor dengan cara membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebelum mendapat perkenan sultan..

Persoalannya, tidakkah mereka sedar bahawa tindakan lompat parti itu sebenarnya tidak berlaku? Tidakkah mereka sedar bahawa mereka sudah kehilangan sokongan di DUN?? dan yang paling penting tidakkah mereka sedar bahawa tindakan membubar DUN tersebut umpama MENGATA DULANG PAKU SEREPIH MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH? Kenapa bila khabar angin keluar kata Pak Lah nak buat, mereka sibuk kutuk kata tak demokrasi walaupun Pak Lah tak bertindak apa-apa pun waktu itu.Tapi sekarang mereka sibuk nak bubar juga DUN dan kononnya ingin serahkan kuasa memilih kepada rakyat…

Sudah la PR, taktik anda memang menampakkan anda semua gila kuasa..Orang lain buat tak boleh, tapi kalau dia nak buat, tahi pun dikata emas..Em..Begitulah sikap manusia bila jerat yang dipasang terkena diri sendiri..Dah tersedar baru menggelupar..Fakta pun mereka sudah tidak nampak, apa yang dikutuk selama ini pun sudah dijadikan prinsip..

Fakta yang paling jelas mereka sedang manipulasikan adalah bila berkata soal lompat parti..Wahai Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokong beliau sekalian, sedarkah anda bahawa BN tidak memujuk langsung 4 ahli parlimen Perak berkenaan supaya menyertai UMNO atau BN umumnya..Malah sehari sebelum keempat-empatnya menyatakan bahawa mereka keluar daripada PR, 2 daripada mereka masih bersungguh menyatakan bahawa mereka tetap ahli PKR dan masih tidak meletak jawatan..Ini menunjukkan tiada langsung usaha memujuk dilakukan..

Namun setelah ditekan oleh Menteri Besar (mantan) waktu itu dan setelah mereka berfikir dan melihat sendiri mainan politik kotor dalam PKR itu sendiri, mereka menyatakan hasrat untuk keluar daripada parti..Itupun, BUKAN MENYERTAI UMNO ATAUPUN MANA-MANA PARTI KOMPONEN LAIN. Mereka hanya memilih untuk menjadi ADUN BEBAS, bukan ADUN UMNO ATAU BN  umumnya..Mereka hanya menyatakan bahawa mereka akan memberi kepercayaan kepada BN dan UMNO berbanding PKR kerana hilang kepercayaan terhadap PR itu sendiri.. Ia sama seperti di Kelantan dimana ada calon bebas yang lebih kepada PAS..Tidakkah mereka faham itu semua?

Mereka juga sering mengata bahawa pemimpin UMNO dan BN umumnya angkuh dan sombong. Namun ADUN Behrang YB Jamaluddin Mohd Radzi mendedahkan bahawa ketegangan antara beliau dan kerajaan negeri khususnya Menteri Besar sebelum ini bermula apabila beliau lantang menegur beberapa tindakan menteri besar yang dirasakan tidak sesuai..Tidakkah ini menunjukkan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat angkuh dan sombong serta tidak boleh ditegur?

Sudah Terhantuk Baru Terngadah, itulah yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan pemimpin PR di Perak sekarang..Sudah-sudahlah dengan perangai angkuh dan gila kuasa itu..

Kepada Menteri Besar yang baru Datuk Dr. Zambry Abd Kadir yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai menteri besar tepat pukul 4.10 waktu Malaysia sebentar tadi serta barisan-barisan EXCO Kerajaan Negeri dan pemimpin-pemimpin BN umunya, jalankanlah tugas dengan baik dan gunakanlah peluang dan kesempatan yang dikurniakan Allah ini dengan sebaik mungkin..Menangi semula hati rakyat, bela nasib rakyat Perak dengan bersungguh-sungguh dan bangunkan negeri Perak supaya menjadi antara negeri yang aman dan sejahtera, makmur dan bahagia, berdaulat dan mulia..

Kepada pemimpin PR di Perak, janganlah buat kacau dan bantulah dan kritiklah kerajaan baru di Perak ini dengan cara berhemah dan penuh hikmah demi menjaga dan mengekalkan kemaslahatan ummah di Perak dan di Malaysia umunya..Fikirlah sebelum lantang bersuara, muhasabah sebelum melakukan sesuatu perkara..Jangan hanya tahu mengkritik dan menasihati orang lain, tapi diri sendiri tidak dijaga..

Kepada penyokong-penyokong PR di Malaysia mahupun di Mesir, adakah anda masih mahu lantang bersuara dan berkata-kata tentang isu ini sedangakn kebenarannya memang sudah terlihat didepan mata?Bak kata pepatah, Sudah Terang Lagi Bersuluh..Namun jika ada jawapan, silakan dan dialu-alukan..Kita tidak pernah bermusuh..

1st Time Alexandria…

Sedih..Namun itulah hakikatnya…Sepanjang setahun setengah berada di bumi Mesir ni, baru semalam aku berpeluang menjejaki tanah Alexandria atau lebih dikenali sebagai Iskandariah oleh penduduk di sini..Namun, kutinggalkan kesedihan tersebut dan gantikannya dengan kegembiraan dan kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk menjejaki tanah Alex ini..Hehe!~Selama ini hanya Cairo dan Mansurah sahaja tempat aku berulang alik..Pernah 2 kali ke tempat lain daripada itu : Dumyatt dan Port Said, namun ia tidak setanding dengan keseronokkan sampai di tanah Alex..

Ape yang seronok sangat di Alexandria ni sampai aku nak sangat jejakkan kaki ke sini?Jawapannya amat mudah dan kelakar : kerana orang lain dah banyak bercerita tentang kecantikan bandar, keindahan pandai, keunikan perpustakaannya dan kecantikkan awek–aweknya (perlu ke nih?)..Hahaha!~Jadi perasaan mahu merasai dan melihat sendiri betul atau tidak apa yang diwar-warkan selama ini sangat membuak sehinggalah semalam…

Memang benar apa yang dikatakan..Bandarnya cukup cantik..Ala-ala Eropah lama (walaupun aku tak pernah sampah ke Eropah tambah-tambah lagi zaman lama dahulu), tepi pantainya indah dah perpustakaannya unik dan cantik bentuk binaannya..Walaupun tidak setanding Putrajaya, namun ia jauh lebih cantik berbanding tempatku Mansurah..Apapun, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menikmati segala keindahan yang ada di sini..

Oleh kerana hanya sebentar sahaja berada di sini (12 p.m – 9.00 p.m), aku berazam untuk kembali ke sini dan melawati lebih banyak tempat-tempat yang menarik yang masih belum sempat aku terokai semalam..Semoga Tuhan mengizinkan aku untuk sampai ke sini sekali lagi, insyaAllah..Perjalanan aku di Alexandria berakhir sementara bilamana aku meneruskan perjalanan ke Cairo pula untuk beberapa urusan penting disamping bercuti dan berehat (sambil teman kawan shopping)…