Seminar Kenali Potensi Diri 2011 (SKPD 2011) dan Egypt

Semalam aku telah menghadiri satu program seminar yang diberi nama “Seminar Kenali Potensi Diri 2011 (SKPD 2011)” bersama Dr. Azizan Osman..Siapa Dr. Azizan Osman nih??Alaaa…Yang selalu keluar surat khabar metro dan di kaca-kaca tv tuuu..Yg iklan dalam surat khabar tu die duk tunjuk dahi dia dengan jari kiri dan kanan tuuu..Yang badan ‘comel-comel’ sket tuuu..Kenal??

Haaaaa…Nak lebih kenal, click link nih : http://www.richworks.com.my/affiliate.php .. Kat sini ada la serba sedikit tentang Dr. Azizan nih dan jugak program seminar yang dikendalikan beliau nih..

Macam mana aku boleh terlepas pergi seminar nih??Em..Aku pun hairan..hehehe!~Actually, pada mulanya aku selalu tengok Dr. Azizan ni duk promote seminar dia ni kat tv, radio dan dada2 akhbar..Dan ada jugak aku usha iklan-iklan yang member-member aku hantar kat facebook.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku dapat 2 mesej sekaligus daripada 2 orang berbeza; orang tersayang dan kawan lama, memberitahu tentang diskaun yang diberikan kepada sesiapa yang berminat nak menyertai seminar nih dengan hanya rm60 (harga asal rm300 klu tak silap).
Maka dengan itu, aku terdetik, “Kalau aku tak bertindak sekarang, bila lagi aku nak bertindak kan??”. Atas dasar itulah aku pun amek keputusan nak pergi dengan orang tersayang dan mintak dia yang daftarkan aku. Begitulah ceritanya..

Tentang seminar, MEMANG SUPERB!!! Korang gi la kalau tak percaya..Tapi bagi mereka yang inginkan perubahan laaa. Mereka yang jenis “BIAWAK” nih memang tak payah pergi pun takpe. Seminar dia bukan sekadar memberi motivasi, tapi mengajar kenal potensi diri dan kat mana kita nak gunakan potensi kita tu untuk cari duit. (sebut pasal duit, mesti semua orang akan terbeliak biji mata kan?)
InsyaAllah dengan ilmu yg diajar tu, aku akan cuba la berubah.Kalau tak banyak pun, sikit jadi laa..Sikit-sikit, lama-lama jadi bukat kan??Sikit lagi baik daripada tak berubah langsung kearah kebaikkan..

Ok, sekarang nak cerita pasal bab kedua plak, SELAMATKAN EGYPT!!

2-3 hari sebelum orang tersayang aku sampai ke Malaysia, dia ada beritahu yang Egypt sedang bergolak. Walaupun aku ni bekas pelajar sana, tapi aku tak tahu kenapa aku macam dah takda perasaan sangat nak ambil tahu pasal mereka. (maksud aku pasal Egypt, bukan orang tersayang aku tuh).

Tapi, setelah beliau pulang dan aku tengok sendiri muka beliau dan macam mana beliau risaukan Egypt, ditambah pula dengan berita-berita tentang betapa teruknya keadaan di sana sekarang, aku kembali tersedar dan berhati perut semula.

Em..Kadang-kadang menyesal juga sebab awal-awal harituh aku abaikan. Tapi walau apapun, selarang aku dah sedar dan aku rase masih belum terlambat sebab keadaan baru bertukar menjadi darurat selama 3 hari. Baru 3 hari, so tak terlewat la kan?Em..Aku doakan rakan-rakan kat sana selamat. Jagalah keselamatan satu sama lain, aku dah tak dapat bantu secara direct macam dulu. InsyaAllah kita akan usahakan daripada Malaysia. Desak Wisma Putra hantar kapal terbang tentera kita untuk evacuate rakyat kita terutama student-student nih balik ke Malaysia.

Advertisements

Selamat Hari Lahir yang ke-53 buat negaraku tercinta..

“Tanggal 31, bulan 8, ’57!!!”

Inilah lirik yang cukup sinonim dengan sebuah peristiwa besar yang berlaku di dalam negara ini saban tahun iaitu ulangtahun kemerdekaan Malaysia a.k.a Tanah Melayu..

Sekalung tahniah buat Allahyarham Sudirman Hj. Arshad kerana telah mempopularkan lagu ini dan menjadi faktor pembantu secara tidak langsung bagi generasi sekarang agar tidak lupa akan tarikh keramat yang sungguh istimewa ini..

Tahun ini, sekali lagi sambutan kemerdekaan dilangsungkan dalam bulan Ramadhan..Ini adalah sambutan kali ke-3 Hari Kemerdekaan Malaysia a.k.a Tanah Melayu berlaku dalam bulan puasa. Namun ianya bukanlah penghalang sebenarnya untuk kita sama-sama meraikan detik bersejarah 53 tahun negara bebas daripada ancaman penjajah..

Apa istimewanya sambutan kemerdekaan pada tahun ini??Di sini, aku cuba senaraikan beberapa keistimewaannya sambutan kemerdekaan pada tahun ini.

1. Ianya disambut buat kali pertama di kawasan tertutup iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil setelah kali terakhir adalah pada hari pertama sambutan kemerdekaan 53 tahun yang lalu di Stadium Merdeka.

2. Ianya sambutan kali pertama tanpa perarakan yang biasanya cukup sinonim dengan sambutan kemerdekaan.

3. Merdeka ke-53 adalah sambutan kali pertama dibawah tema 1Malaysia ilham perdana menteri terkini, Dato’ Seri Najib b. Tun Abd Razak.

4. Sambutan pada tahun ini adalah yang paling menarik kerana ianya menyatukan pelbagai kaum didalam persembahannya dan cukup padat dengan pengisian bahawa Malaysia ini adalah negara berbilang kaum.

Buat masa ini, mungkin sumbangan aku untuk mengekalkan kemerdekaan negara tidaklah sebesar mereka-mereka yang telah berjuang mengangkat senjata, berkorban harta dan nyawa..Namun, sebagai rakyat Malaysia, aku berasa terpanggil untuk terus menjaga kedaulatan kemerdekaan, satu anugerah daripada Tuhan yang besar nikmatnya..

Tanggal 31 Ogos 2010 juga adalah ulangtahun ke-2 blog tulisan aku ini : http://www.mzsolis23.wordpress.com

Aku mula mewujudkan blog ini sejak 31 Ogos 2008, sewaktu aku masih menuntut di Mesir. Alhamdulillah, sampai ke hari ini aku masih mampu untuk ‘menulis’ dan terus mengaktifkan blog ini (walaupun tak selalu update)..So, happy birthday mzsolis23…

Setakat ini dulu buat masa sekarang..Aku akhiri post aku pada kali ini dengan slogan :

1Malaysia Menjana Transformasi

MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!

Logo Sambutan Kemerdekaan ke-53

Ramadhan tiba lagi…

Hari ni, 11.08.2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431 Hijrah adalah hari dimana seluruh umat Islam berpuasa..(Wahh!!~Macam ayat pembaca berita dah nih)..Punya la aku excited nak mula puasa nih sebab tahun ni adalah tahun pertama aku mula berpuasa kat bumi Malaysia setelah 3 tahun berpuasa kat tempat orang..

Excited la sebab dulu mase kat negara orang, sahur kul 2-3 pagi, then berbuka kul 5.25 petang..Kat sini, sahur kul 5 pagi, berbuka kul 7.25..Jadi, mase sedar tu lebih drpd masa tidur..Hehe!~Then, excited tunggu bazar ramadhan stadium shah alam, dah 3 tahun jugak aku tak gi..hehehe!~

yang penting, td aku kne tinggal dengan cik ‘yunho’..Penat aku mesej die, cakap nak gi skali ngan die..Last2, aku menapak jalan yang berliku (tiru ayat meks)..Sentap aku seketika..

Sempena Ramadhan tahun nih, aku nak try ‘resepi’ untuk turunkan berat badan..hehehe!~Aku dah lame tak buat..lebih kurang 6 tahun..Last skali aku buat mase aku form 5..nak tau ape rahsianye??Bile berbuka, jangan makan makanan berat..Makan je lauk pauk dan kuih muih..then air beli la yg sebungkus 2 hengget tuh..Amalkan selama sebulan Ramadhan nih..InsyaAllah, dengan kesungguhan diri sendiri dan tawakal kepada Allah, raya nanti, size seluar yang 38 akan bertukar jadi 35 or 34..Kalau extreme sket lagi, skali ngan dumbell 15 min sehari n jog sket2..Mungkin 38 boleh jadi 33-32..Aku pernah buat..Dan terbukti menjadi..Hehe!~

Oklah, sempena Ramadhan nih, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada anda semua yang sudi membaca blog aku nih..Banyakkan amal jariah..Bantu orang yang susah..Mane tau tiba-tiba ada orang yg tayar motornye pancit..Sudi2kanlah tumpangkan kereta if ade..(hahaha!~ :-P)..Gandakan amal ibadat..Gunakan sebaiknya peluang yang ada..Jgn ponteng puasa..

Salam Ramadhan al-Kareem

Tak dapat..tak dapat..dan tak dapat…akhirnya?? TAKPELAH…

Tak dapat ambil die kat airport tadi? Takpelah, nak buat macam mana, dah kalau itu je yg mampu dilakukan untuk menjaga hubungan dalaman..

Tak dapat jumpa dia harinih? Takpelah, ade bagusnya..Lagipun die mesti tengah letih tuh..Maklumlah, baru sampai..

Tak dijemput pergi rumah dia pun harinih? Takpelah, esok-esok kan ada lagi..Lagipun, aku nih bukan siapa-siapa pun untuk main redah je rumah orang tuh..

Tak dapat sms balas drpd dia? Takpelah, tak topup lagi tu kot..Takpun, hp aku yang buat hal…Memang selalu hp aku nih buat hal..Hp nih mintak aku beli ‘kawan’ baru utk die la tuh..Hehehe!~

Tak dapat chat sangat dengan die harinih? Takpelah, baru sampai kan..Mesti la ramai tetamu datang melawat and of course dia perlu layan..

Tapi..dapat tau kawan rapat (lelaki) dia datang rumah tadi? And dapat tau yang kawannya itu adalah salah seorang daripada tetamu yang datang jumpa dia malam tadi? Oh my..Takpe jugak ke ek? Em..Takpelah jugak kot..Dia kawan rapat yang dah lama dikenali..Aku baru je kenal tak sampai 4 tahun..Em…

Takpelah…Semua pun takpe kot..Aku harus bersedia mental dan fizikal..Aku tak nak kesilapan lama berulang..Biarlah aku pendamkan saja perasaan yang aku rasai sekarang..Semoga kesabaran ini akan terus kekal selamanya..Doakan aku ye kawan-kawan..

Letih gi rumah anak yatim…

Penat..Memang penat..Fuhh!!!Ape yg penatnye?Owh!~Nanti aku ceritakan yer..Dah lama aku tak update blog nih..Hanpir sebulan kot..Eh!Dah lebih sbulan ek?Em..Lebih kurang la kot (malas nak check sebenarnye)..Hehehehe!~

Alasan?Em..Sama..BIZI a.k.a BUSY!!!Hehehe!~(busy ape pun aku tatau..maybe busy buat assignments yang memang bertimbun tuh..And also kelas-kelas yang tak nak ‘mengalah’ walaupun exam minggu depan jer)..Adoi laa…

Owh!~Sebut pasal assignments, aku nak cerita yg dengan bangganya aku dapat A untuk 4 assignments yang aku hantar kat Dr. Mohanad (2 Nervous System and 2 Respiratory System)..Siap dapat komen GOOD lagi untuk kedua-dua assignments..Bangga weh!Ye la, dah lama aku tak dapat sesuatu yang boleh membanggakan aku..Banyak peristiwa yang berlaku pada aku nih setahun dua nih yang kecewa-kecewa jer..Huhuhuhu!~Tak banyak yang membanggakan..So, sekali dapat bangga macam nih, apa salahnya aku memuji diri sendiri..

Pun bagaimana walau , aku takde la sampai nak nak bangga sampai lupa diri..Now, aku tengah usaha nak dapatkan keputusan yang baik jugak untuk kesemua subjek sem nih bermula midsem nih..

Em..Cerita berbalik kepada keletihan dirumah anak yatim..Hari ini (25.7.2010), pukul 7 pagi dah bangun (padahal tak tido satu malam gi Danau Kota ngan budak-budak rumah untuk makan katenye n balik tu plak sambung tgk movie Kick-ass kat laptop)..Ready nak gi rumah anak-anak yatim kat Rawang la katekan..

kol 8.45 dah ade kat bas depan MSU NEW CAMPUS..Aku naik hairan, apsal macam tak ramai kaum Adam yang ikuti ‘rombongan’ nih?Em..Tapi takpelah, lagi ramai bunga maybe lagi best 😛 (jgn marah). Rupenye, bila dah masuk bas baru la aku tau yang aktiviti tu sebenarnye under Kelab Bola Jaring MSU dengan kerjasama SCD..Tapi diorang buka kepada siapa saja yang nak gi..Patut la ramai ‘bunga’ daripada ‘kumbang’…

Sampai lebih kurang pkol 10..Kitorang terus bahagi tugas..Sekumpulan jadi fasilitator, skumpulan jadi tukang masak dan sekumpulan kecil lagi jadi tukang conteng dinding (lukis mural la tuh..hehe!~) Aku saje nak masuk group fasi..Pergh..Budak-budak tu, nakal yang amat..Memang letih nak melayan diorang..

Disamping jadi fasi, aku pun ade tolong kat bahagian masakkan sket, bahagian mural pun ade rasenye (tolong pegang bekas cat untuk kawan yg sedang mengecat..hehehe!~). Kitorang makan sama-sama dengan adik-adik tu, main sama-sama dengan diorang, nyanyi sama-sama..Yang tak tahan tu, sorang budak kelas aku yang join skali gi aktiviti tuh telah pekena aku depan bebudak tuh..Suruh aku menyanyi lagu Shahir (Kebahagian dalam Perpisahan)..Aku dengan tak berapa ‘ready’nya (sebab lidah pecah) terpaksa jugak nyanyi dengan ‘tarik’ gila babeng part last tuh..

Setelah selesai semua tuh, berangkatlah kami pulang dengan seribu satu kenangan..Main baling-baling belon air, lari-lari, nyanyi-nyanyi..Huhuhuhu!~Yang paling best, aku dapat berkenalan dengan member-member baru budak MSU nih (lelaki dan aweks-aweks..hahahaha!~), dapat berjalan (semata-mata sebab tension study untuk exam) dan dapat menambah pahala (katanya, bila kita usap kepala anak yatim, insyaAllah dapat pahala..Hehehe!~)..

Harapnye dapat sertai lagi program macam ni lagi..Dapat tambah lagi kenalan disamping dapat berjalan-jalan..So what now?? STUDY FOR MIDTERM EXAM THAT WILL START JUST AROUND THE CORNER!!!DOAKAN AKU BERJAYA!!

Signboard rumah anak yatim yg kami pergi tu..

Walaupun letih, tetapi aku masih boleh tersenyum..Chewaaahhhh!!!~

Senaman Pagi yang tak disengajakan…

Dah lama rasenya aku tak ber’entri’ nih..Em..Pagi nih rase nak post entri plak..Tentang senaman pagi aku yang tidak disengajakan..Huhuhu!~

Semalam aku tido lewat (pagi tadi la kirenye)..Almaklumlah, World Cup Fever..Spain kegemaran plak tuh yang main kan..Mane boleh kasi lepas..Game 2.30, 4.45 baru la dapat tdo..Tu bukan bukan la dalam keadaan nyenyak sangat..Maklumlah, dalam otak duk fikir esok kelas Dr. Fatma..Kul 9 plak tuh..Kalau lewat, mati aku..huhuhu!~

Nak dijadikan cerita, walaupun aku dah set ‘Jam Ayam’ KFC dan alarm N82 aku, aku still terlewat bangun (maklumlah, tido lewat..Heh!~)..Nasib baik alarm hp ade ‘snooze’..So die akan ulang-ulang bunyi selagi kita tak tutup..8.30 baru aku bangun..

Dan bangun pun 8.30, kelasnye pukul 9..Ape lagi, kelam kabut la aku..Dah la sebelum tidur, alip dah pesan mintak aku kejutkan die skali..Ade kuiz kul 9 gak katenye..Aku kejut alip, then kelam kabut masuk mandi, bersiap ala kadar, start motor pun dah tak tunggu panaskan enjin, terus press je kasi jalan..Sampai kat MSU tuh, berlari-lari anak aku naik tangga sampai tingkat 6 (bayangkanlah betapa penatnye berlari)..

Masuk je kelas, aku kehairanan..Apehal sket sangat orang nih?Ade 5-6 orang je kot..Yang lain demam bola gak ker? (Maklumlah, game pagi td Spain plak yang main kan)..Dengan persoalan yang memberat dikepala, aku rehatkan diri kat port biasa..

Duduk tak sampai 5 minita, ade orang call sorang mamat yang duk depan aku nih btau yang kelas dibatalkan..Pergh!!Menyirap aku dengar..Then baru aku terfikir, patut la yang lain pun tak datang..Entah-entah diorang dah tau..Heh!~Nasib baik kelas tu air conditioner die kuat..Sejuk giler babeng..Ditambah plak dengan kemenangan Spain semalam..So, dapatlah menyejukkan hati aku yang tetibe terasa panas..

Tapi kalau panas pun, nak panas ngan sapa? Salah siapa? Salah aku ke? Atau salah mereka? Siapa mereka? Argghh!!! Pedulikan..Huhuhuhu!~Janji Spain menang..

Dengan perasaan hampa, aku melangkah kaki pulang ke rumah (walaupun naik motor sebenarnye)..On d way nak naik rumah tuh, sempat la aku mesej 2-3 orang member dan sorang sahabat (‘classify’kan sendiri diri korang kat kategori mane yer..hehehe!~) yang aku rase macam tahu lebih awal yang kelas ni dibatalkan..Rupe-rupenye, btollah..Mereka memang dah tau kelas dibatalkan..Cuma aku je yang tatau..Memula nak marah juagk..Tapi nak marah sapa? Takkan aku nak marah tak tentu pasal?So..Dengan mengingatkan semula Spain menang pagi tadi, aku pun ‘cool’ je la..Sebolehnya, aku tidak menyalahkan sesiapa tentang kekhilafan ini..Chewaahhh!!!~

Sampai rumah, aku tengok alip masih lagi terbungkang atas katil..Rupe-rupenye, die pun tak gi kuiz..Bezanye, kuiz die ade, tp die tak gi..Aku plak, kelas takde, tapi aku gi..Adoi laa..Tak guna punye alip..Penat aku kejutkan ko..Nasib baik Spain menang..Takde la aku nak bad mood sangat..Hehehehe!~

Kesimpulannye, harinih, pagi-pagi lagi aku dah buat senaman yang tak disengajakan..Berpeluh-peluh macam main 5 game Street Soccer..Hahaha!~Mujur Spain menang, so mood aku baik..

Peace, no war 😀

p/s : harinih aku start main street soccer untuk catat dalam Malaysian’s Book of Record : The Longest Non-Stop Street Soccer Challenge (22-26 June pagi petang siang malam duk main bola jer)..So, wish me luck yer..

Interview MQA

Seksa betul aku nak ready untuk interview MQA ni..Adoi laa..Kalau tak buat, ini untuk masa depan aku dan kawan-kawan..Kalau course Bachelor in Medical Science kat University of Choice ni ditarik balik kelulusan, habis la aku..Camne nak kerja nanti?Jadi, nak tak nak, terpaksa la buat.Walaupun kawan-kawan lain dah balik kampung (walaupun ada diantara mereka yang terpilih, tapi still tak ‘boleh’ datang)..

Em..Ramai yang tanya aku, “Ape menantang MQA ni Ayie?”..My baby pulak tanya “..multiple choice questions and answers ke sayang?”..Adoi laa..Actually, aku pun tak tahu maksud MQA tu (sebab ianya dalam English)..Yang aku tahu, bahasa Melayunya berbunyi LEMBAGA AKREDITASI NEGARA..Mereka ni yang beri kelulusan untuk subjek-subjek yang ada kat sesebuah universiti ni layak atau tidak untuk dijalankan..Nak lebih lanjut, baca sini..

Antara yang perlu kami (orang-orang yang dipertanggungjawabkan untuk menghadiri interview nih) lakukan adalah menyediakan file-file yang terkandung segala notes, assignments, quizes dan lab reports yang ada. Compile kan cantik-cantik dan bawak esok sewaktu interview..

Ni dia file-file yang berjaya aku siapkan untuk esok..

3 file tuuu..Letih gile nak siapkan benda nih..

Antara isi kandungan file..

Lagi antara isi kandungan file...

Em..Korang bayangkanlah macam mana aku nak angkut file-file nih dengan AGV 6390 aku esok?huhuhu!~2 file besar, 1 file sederhana..Adoi laa…Nak letak dalam box tu pun tak muat..Dah la esok pakai smart : kemeja, tie, kasut hitam..Em..Pinjam kereta Zahid la kalau gitu..hahahaha!~

Esok interview pukul 2 petang..1.30 dah kena terpacak kat dalam MSU (kampus lama)..Interview esok biasa la, as a ‘new comer’ cam aku nih, antara soalan yang dia akan tanya adalah : “Kenapa awak pilih MSU untuk sambung pengajian?”, “Kenapa awak pilih untuk masuk kos BMS ni?”, “Macam mana fasiliti yang disediakan MSU?”, “Adakah silibus yang diajar dalam kos BMS di MSU ni dapat menyediakan awak untuk buat M.B.B.S nanti?”, dan ada la 2-3 lagi soalan yang tak berapa nak core sangat..

So, harap-harapnya esok aku dapat jawab dengan baik..Bukan calang-calang tanggungjawab yang aku terpaksa pikul nih..Silap jawab, rosak BMS MSU nih..huhu!~Wish me luck for tomorrow..