Archive for September, 2008

RUNGKAIAN KATA UNTUK DIRASAI BERSAMA

Hari ini adalah 10 hari terakhir ramadhan !!!
Masih baru rasanya kita bertemu dan tinggal beberapa saat lagi kita akan berpisah..

Walaupun belum berpisah namun telah banyak penyesalan dalam diri ini kerana tidak terasa bahawa kita telah  melewati 20 hari di bulan yang penuh barakah ini dan masih banyak ibadah yang masih belum kita lakukan.. Sahabat-sahabat sekalian, semoga hal itu tidak terjadi kepada kita semua..
Di sini saya ingin berkongsi cerita yang sebenarnya belum pernah saya alami..

Begini ceritanya :

Tahukah anda bagaimana penyesalan seorang laki-laki yang mensia-siakan kesempatan untuk menikahi seorang wanita yang dia dambakan dan sesuai dengan ‘kriteria’ yang dia cari. Dia tidak jadi menikahinya kerana terlambat melamarnya.. Kenapa?? Kerana dia mensia-siakan waktu. Kerana perasaan malu & takut maka dia menunda-nunda waktu untuk melamarnya.. Akhirnya ketika dia datang memberanikan diri untuk melamarnya maka dia mendapat jawapan dari orang tua wanita itu, bahawasanya 10 hari yang lalu telah datang seorang laki-laki melamar anak perempuannya dan lamarannya telah di terima!!! Bagaimana besar kekecewaan yang dia rasakan???

Bagaimana pula perasaan seorang wanita, yang laki-laki yang dia dambakan menjadi pendamping hidupnya telah lebih dahulu dimiliki oleh wanita lain??? Laki-laki yang ‘baik’. Kenapa itu terjadi??? Kerana dia mensia-siakan waktu… kerana dia enggan dan malu menyatakan kepada laki-laki itu bahwa dia siap untuk dinikahi (mungkin hal ini masih baru bagi masyarakat kita padahal ini tidak melanggar syariat)…Akhirnya dia baru tersedar ketika undangan pernikahan sudah sampai di tanganya pada hari ini, padahal 10 hari yang lalu dia pernah terfikir untuk menyatakan kepada laki-laki itu bahwa dia siap untuk dinikahi…dapatkah kamu menggambarkan kepadaku bagaimana gelojak hati wanita yang berada dalam keadaan seperti ini???

Hikmahnya bukanlah segera mencari pasangan hidup *semua sudah direncanakan oleh-Nya*. Bukan masalah menyegerakan hal di atas tapi masalah kehilangan.

Kehilangan besar yang baru kita bisa rasakan jika sesuatu yang kita sayang benar-benar telah meninggalkan kita.. Semoga itu tidakterjadi kepada kita semua..

Sahabat-sahabatku sekalian…
Masih ada waktu 10 hari lagi untuk bersungguh-sungguh beramal di bulan yang mulia ini.
Maka beramal baiklah sebelum kita menyesal melebihi penyesalan dua kisah diatas.
Maka berpisahlah dengan Ramadhan dengan kebaikan.
Barangkali kita tidak akan menjumpai lagi hari-hari Ramadhan setelah tahun ini.
Maka hendaklah diakhiri dengan kebaikan dan senantiasa melanjutkan perbuatan baik yang telah dilakukan di bulan Ramadhan pada bulan-bulan lain. Kerana Allah yang memiliki bulan-bulan itu hanyalah satu, dan Dia sentiasa mengawasi kita dan menyaksikan kita.
Dan Dia memerintahkan kita untuk taat kepada-Nya selama hidup kita..

Walaupun setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun semoga kita telah mempersiapkan diri terhadap hal tersebut. Semoga ketika harus berpisah kita telah memiliki kenangan terindah dengannya.
Sehingga dia pun merindukan kita dan di lain waktu bertemu kita lagi.

Sahabat-sahabatku sekalian..
Walaupun sudah banyak yang dilalui begitu sahaja,
Jangan lewatkan lagi apa yang ada didepan mata..
Sebelum akhirnya benar-benar telah meninggalkan kita..

Advertisements

Al-Kisah Ramadhan

Salam kepada pembaca semua..

Rasanye dah hampir 3 minggu tak update blog nih..Harinih terpanggil pula untuk menulis sesuatu memandangkan Ramadhan tahun ni dah tinggal lagi seminggu sahaja..

Apa yang ingin dikongsi adalah apa yang berlaku kepada diri aku sepanjang 3 minggu sebelum ini di bulan Ramadhan 1429H ni..Antaranya diawal puasa, sambutan pelajar-pelajar baru dan pengalaman menaiki Gulf Air..

Awal puasa (1 Ramadhan – 8 Ramadhan) :

  1. Rase syukur sangat sebab Allah masih bagi kesempatan pada aku untuk menemui sekali lagi Ramadhan pada tahun ni.
  2. Berazam sangat-sangat nak tambah amal ibadah yang disunnatkan di bulan Ramadhan ni. Kalau boleh tak mahu tinggal solat Terawikh.
  3. Memang tiap-tiap hari solat terawikh, Alhamdulillah..Amal ibadah lain pun tak dilupa seperti baca Quran dan sebagainya.

Tengah Ramadhan 1 (9 Ramadhan – 14 Ramadhan) :

  1. Dah mula busy..9 Ramadhan ada exam Histology..Malamnya sibuk melayan kerenah pelajar-pelajar baru sampai 7hb dan 9hb ni.
  2. Namun dalam kesibukan, sempat lagi tunaikan solat terawikh bersendirian di rumah. Alhamdulillah, Tuhan masih beri kekuatan dan keinginan untuk aku beribadah kepada-Nya.
  3. Habis saja exam 11hb, sibuk dengan urusan di Universiti. Meeting bersama Dr. Nesreen (dr. yang menguruskan pelajar-pelajar luar negara di fakulti perubatan Universiti Mansurah), jumpa Ibrahim dan Mohd Mituali di Student Department dan macam-macam lagi.

Tengah Ramadhan 2 (15 Ramadhan – 17 Ramadhan) :

  1. Mula mencari masa renggang untuk mengemas barang untuk ke Cairo.
  2. 15 tgh malam bertolak ke Cairo, sampai Cairo subuh 16hb. Lepak kat Graha Jatim.
  3. Cantik banget Graha Jatim tu..Aircond 24 jam, hiasan rumah cantik, tempat tidur selesa, seswai la untuk dapatkan rehat secukupnya.
  4. 16hb siangnya pergi ke Pasar Saidina Hussin untuk beli barang-barang survenir nak bawa balik Malaysia.
  5. Maghribnya, lepas berbuka dan solat, sempat intai internet untuk mengetahui perkembangan 16 Sept. yg diwar-warkan sebelum ini
  6. Tak ada apa-apa perkembangan..Apa yang diwar-warkan tak ada satu pun yang jadi..Apa yang ada adalah bolak-balik yang seperti biasa terus dilakukan..Semoga Allah menyelamatkan Malaysia daripada ancaman yang boleh membahayakan semua rakyatnya..Malaysiaku yang tercinta..
  7. 17hb, pengalaman pertama naik Gulf Air..Pengalaman pertama juga berbuka di dalam Kapal Terbang. Rasa  beruntung kerana Allah beri peluang pada aku untuk merasai pengalaman ni.
  8. Transit kat Baharin, jumpa pasukan bolasepak Kedah yang bertemu Kelab Muharraq di negara tersebut pada hari sebelumnya. Flight seterusnya ke Malaysia penuh dengan orang Malaysia. Termasuk pasukan bola Kedah tu. Ada Azrai Kor, Helmi Eliza, Victor Andrag dan ramai lagi

Akhir-akhir Ramadhan (18 Ramadhan hingga hari ini) :

  1. 18 pagi sampai ke Malaysia..Alhamdulillah, Malaysia masih lagi aman, makmur dan sentosa untuk diduduki oleh seluruh rakyatnya..
  2. Seronok berpuasa di rumah, makanan Malaysia memang best!~
  3. Cuaca juga Alhamdulillah, tidak sepanas Mesir..
  4. Menjelang berakhirnya Ramadhan ni, harap-harapnya aku tidak mengabaikan terawikh yang dilakukan seperti malam-malam semasa di Mesir.

Begitulah beberapa catatan ringkas yang aku alami sepanjang 3 minggu di Bulan Ramadhan 1429H. Secara keseluruhannya aku bersyukur pada Ilahi kerana memberikan aku kesempatan untuk melalui dan merasai pelbagai pengalaman baru sepanjang Ramadhan tahun ni. Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat-Nya dan semoga ibadah puasa yang kita lakukan tahun ini diterima oleh-Nya..

BAGAIMANA MENYAMBUT RAMADHAN MENGIKUT SUNNAH

Salam Ramadhan untuk kawan-kawan pembaca semua..Satu tajuk yang difikirkan agak sesuai untuk kita renungkan bersama bersempena bulan Ramadhan yang telah tiba. Setelah Sambutan Kemerdekaan Malaysia beberapa hari yang lalu, kini seluruh umat Islam sedunia sedang menyambut ketibaan Ramadhan yang dinanti-nanti..

Sempena Ramadhan yang mulia pada tahun ini, marilah kita sama-sama berazam dan melakukan segala amal ibadah yang disunnatkan di bulan Ramadhan ini dan memperbaiki, memperkemas dan menambah baik amal ibadah wajib yang telah kita lakukan selama ini..

Tanggal satu Ramadhan yang lalu, saya telah terpanggil untuk memuat turun e-Book ke dalam laptop saya ini yang membincangkan tentang amalan-amalan mengikut sunnah di bulan Ramadhan al-Mubarak..Setelah membaca isi kandungannya, saya cukup tertarik untuk membincangkan perkara ini walaupun mungkin ada rakan-rakan pembaca yang menganggap perkara-perkara yang dibincangkan ini sebagai sesuatu yang biasa dan sudah lama diketahui..Namun sebagai manusia, tiada salahnya jika ilmu ini dibaca dan diulang berkali-kali kerana kita semua sudah sedia maklum bahawa manusia itu sudah sinonim dengan perkataan lalai dan lupa..

Berikut adalah beberapa perkara sunnah yang boleh kita amalkan di Bulan Ramadhan :

  1. Bersahur  :  Adalah menjadi sunnah melewatkannya sehingga masuk waktu Subuh. Baginda S.A.W bersabda : “Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada keberkatan” [Sahih al-Bukhari : 1923]
  2. Solat Tarawikh berjemaah bagi lelaki dan perempuan : Sabda Nabi S.A.W “…Sesungguhnya sesiapa yang bersolat (tarawikh) bersama imam sehingga selesai, maka Allah akan menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanjang malam” [Riwayat an-Nasai’, disahihkan al-Albani dalam Sahih Sunan an-Nasai’ : 1604]
  3. Menjaga solat fardhu berjemaah
  4. Beri’tikaf di 10 Ramadhan terakhir : Rasulullah S.A.W sentiasa i’tikaf pada sepuluh hari terakhir Bulan Ramadhan, dan pada tahun terakhir sebelum wafatnya, baginda beri’tikaf selama dua puluh hari terakhir bulan Ramadhan [Sahih Bukhari]
  5. Menahan amarah lebih-lebih lagi apabila ada orang cuba memulakan pergaduhan dengan kita. Rasulullah S.A.W mengajar jika ada seseorang menyakiti kita, maka katakanlah : “Sesungguhnya aku sedang berpuasa..” [Sahih al-Bukhari : 1904 {Kitab Puasa, bab Mengatakan Aku Puasa Bila dicela}]
  6. Menahan lidah daripada mengumpat dan mengadu domba (GOSIP) yang bukan saja haram dalam Ramadhan, bahkan di bulan-bulan yang lain. Sabda Nabi S.A.W : “Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri daripada makan dan minum, akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor” [Riwayat al-Hakimi, disahihkan al-Albani dalam Sahih al-Jami’ as-Saghir : 5376]

Banyak lagi sebenarnya amal ibadah yang disunnahkan di bulan Ramadhan, namun hanya ini yang mampu saya kongsi buat sementara waktu.Sebagai mukaddimah sempena memasuki bulan Ramadhan yang penuh barakah daripada Allah ini..

Terima kasih kepada yang sudi membaca dan memberi komen diblog saya ini..Diharap agar lebih ramai yang melawat laman ini dan memberikan komen-komen yang membina dan membantu saya dalam memperbaiki penulisan dan mengolah idea-idea yang lebih bernas untuk dijadikan bahan dalam menulis blog ini..

Semoga ibadah puasa yang kita sedang jalani pada tahun ini diberkati dan diterima oleh Allah S.W.T..Semoga kita akan menjadi insan yang lebih baik, penuh dengan nilai murni dan moral-moral Islam setelah berakhirnya bulan Ramadhan nanti..

Sekian…