9 Hari tanpa ‘post’…

Em..Dah 9 hari rupanya aku tak update blog aku nih..Yelah, macam-macam perkara yang buat aku busy sampai terlupa nak update blog nih..Kelas, study ubtuk kuiz, discussion untuk presentation, try install Call of Duty : Modern Warfare 2, jaga kawan sakit sebab eksiden dan chatting dgn orang tersayang dan sahabat handai..Hehehehe!~

Hari Selasa malam Rabu, demam teruk..Muntah-muntah, ketar satu badan, suhu mmg meningkat mendadak..Demam kepialuku datang lagi rasanya..Tapi alhamdulillah, demam tu tak lama..Tak macam masa aku kat egypt dulu, sampai masuk hospital 3 hari 2 malam..

Aku risau jugak mase demam tuh, takut kena H1N1 atau demam denggi berdarah macam arwah din beramboi tu haa..Isk!Isk!Isk!..Aku dah siap pesan kat kawan-kawan supaya datang melawat aku kalau aku masuk hospital..Hehehe!~

Dah aku baik sepenuhnye pada hari Khamis tu, satu kejadian malang pula menimpa 2 sahabat serumah aku : Zarg dan Jimmy..Si Zarg nih, entah macam mana (mabuk todi agaknya :-P) telah melelongkan penunggangan motosikalnya semasa pulang daripada kelas, lalu terbabaslah motosikalnya ke dalam lubang di bahu jalan, maka tercampaklah mereka berdua ala-ala superman..

Nasib baik waktu tu aku ada di rumah..Boleh la aku apply serba sedikit ilmu yang aku belajar..Basuh luka-luka mereka, periksa setakat mana yang aku tahu keadaan kecederaan mereka, sapu ubat sementara untuk mereka dan tenangkan mereka untuk seketika..Semua aku buat tau!! (dibantu sikit-sikit oleh Mak Bell)..Baik tak aku (perasan lebih dah nih!!)

Mula-mula ingat tak ada la yang teruk, tapi setelah aku perhati betul-betul luka di tangan farid dan di lututnya, aku rasa mereka berdua perlu ke hospital dengan kadar yang segera..Lutut farid berlubang sampai nampak sket patella die tuh..Tu pun degil lagi tak mahu gi hospital..Takut jarum katanya (kena jahit)..Macam budak-budak..😛

Bila dah settle semua kat hospital, kami pun pulanglah..kurang lebih 9 jahitan di lutut kiri farid dan tiada kecederaan serius pada Jimmy..Keputusannya, aku terpaksa batalkan hajat aku untuk balik Manjung sebab nak jaga kawan baik aku yang sorang nih.. (baik tak aku?hahahahahaha!~)

Sabtu, sekali lagi rumah ini hanya dihuni oleh kurang separuh daripada isi rumahnya..Aku, Zarg (si sakit), alip (si driver) dan Mak Bell (si propa)..Hehehe!~Tapi, yang setia menunggu rumah ni adalah aku dan Farid..Ye la, aku jaga orang sakit, orang sakit plak, kompom la tak bejalan kemana-mana dah..

Sebut pasal berjalan, ada satu lagi cerita menarik yang aku nak kongsikan sebelum post ini dituntaskan..Pasal GOODLUCK aku untuk 2010..Post-post sebelum ni aku ada beritahu yang aku menang beberapa tiket wayang menerusi pertandingan sms daripada majalah utopia keluaran gempakstarz..Nak dijadikan cerita, hari Khamis harituh, semasa aku teman salah sorang sahabat aku masukkan duit kat bank, aku telah ‘gatal jari’ cuba sms radio ERA untuk dapatkan tiket free konsert ke-5  AF8 untuk hari Sabtu nanti..

Entah macam mana, sekali lagi nasib berpihak kepada aku bilamana ERA telah membalas sms aku dengan ucapan TAHNIAH sebab aku telah memenangi 2 tiket free tersebut..Alhamdulillah…Nasib aku memang baik sangat dalam tahun 2010 nih..Dan aku berdoa kepada Tuhan semoga nasib baik aku ini berterusan..Syukur sangat..Moga-moga lepas ni aku akan menang hadiah berupa wang tunai pulak..Maklumlah, tengah sengkek..Hehehe!~

2x jugak ERA hantar mesej TAHNIAH tu kat aku..Hari Jumaat petang pun dapat lagi 1 sms..Tapi tu la, malangnya, aku tak dapat hadirkan diri ke konsert tersebut..1, masalah transport..2, takde siapa pun nak pergi dengan aku😦..3, aku kan kena jaga orang sakit kat rumah nih, so mana boleh ambil mudah tanggungjawab tu..Huhuhuhu!~Tapi, kalau aku ada kereta, memang dah lama aku chow..Sorang pun soranglah..Janji tiket free..Hahahaha!~

Mungkin bukan rezeki aku untuk pergi kali ni..Mana tau aku dapat tiket free lagi untuk konsert final nanti..Emm..Harap-harapnya la..

Itu saja kot perjalanan hidup aku sepanjang 9 hari kebelakangan ni..InsyaAllah, ada masa nanti aku akan update lagi..

Tetttt….

2 responses to this post.

  1. Posted by Nani on April 18, 2010 at 10:35 pm

    kelly clarkson jom! ungu yg plg terdekat..

    Reply

  2. Posted by mzayie1802 on April 18, 2010 at 10:52 pm

    Tuah kete ko la tuh..Ye la, aku ni kan penunggu setia kete ko..Mase ko gi bank tuh yg aku dengar die sowh sms utk tiket konsert tuh..em..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: