Interview MQA

Seksa betul aku nak ready untuk interview MQA ni..Adoi laa..Kalau tak buat, ini untuk masa depan aku dan kawan-kawan..Kalau course Bachelor in Medical Science kat University of Choice ni ditarik balik kelulusan, habis la aku..Camne nak kerja nanti?Jadi, nak tak nak, terpaksa la buat.Walaupun kawan-kawan lain dah balik kampung (walaupun ada diantara mereka yang terpilih, tapi still tak ‘boleh’ datang)..

Em..Ramai yang tanya aku, “Ape menantang MQA ni Ayie?”..My baby pulak tanya “..multiple choice questions and answers ke sayang?”..Adoi laa..Actually, aku pun tak tahu maksud MQA tu (sebab ianya dalam English)..Yang aku tahu, bahasa Melayunya berbunyi LEMBAGA AKREDITASI NEGARA..Mereka ni yang beri kelulusan untuk subjek-subjek yang ada kat sesebuah universiti ni layak atau tidak untuk dijalankan..Nak lebih lanjut, baca sini..

Antara yang perlu kami (orang-orang yang dipertanggungjawabkan untuk menghadiri interview nih) lakukan adalah menyediakan file-file yang terkandung segala notes, assignments, quizes dan lab reports yang ada. Compile kan cantik-cantik dan bawak esok sewaktu interview..

Ni dia file-file yang berjaya aku siapkan untuk esok..

3 file tuuu..Letih gile nak siapkan benda nih..

Antara isi kandungan file..

Lagi antara isi kandungan file...

Em..Korang bayangkanlah macam mana aku nak angkut file-file nih dengan AGV 6390 aku esok?huhuhu!~2 file besar, 1 file sederhana..Adoi laa…Nak letak dalam box tu pun tak muat..Dah la esok pakai smart : kemeja, tie, kasut hitam..Em..Pinjam kereta Zahid la kalau gitu..hahahaha!~

Esok interview pukul 2 petang..1.30 dah kena terpacak kat dalam MSU (kampus lama)..Interview esok biasa la, as a ‘new comer’ cam aku nih, antara soalan yang dia akan tanya adalah : “Kenapa awak pilih MSU untuk sambung pengajian?”, “Kenapa awak pilih untuk masuk kos BMS ni?”, “Macam mana fasiliti yang disediakan MSU?”, “Adakah silibus yang diajar dalam kos BMS di MSU ni dapat menyediakan awak untuk buat M.B.B.S nanti?”, dan ada la 2-3 lagi soalan yang tak berapa nak core sangat..

So, harap-harapnya esok aku dapat jawab dengan baik..Bukan calang-calang tanggungjawab yang aku terpaksa pikul nih..Silap jawab, rosak BMS MSU nih..huhu!~Wish me luck for tomorrow..



One response to this post.

  1. Good Luck Untuk Interview nantiiiiiii!!!!😀

    :*

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: