Archive for March, 2010

2 KePiNg dAn 2 eKoR…

Apa yang 2 keping? Apa yang 2 ekor ni? Isk!~Pelik-pelik saja tajuk yang selalu aku pilih kan?Em..Pelik tapi unik..Puji diri sendirilah pulak..Hehehe!~

Alkisahnya pada 29hb yang lalu, aku sampai la ke manjung ni haa..Daripada Penang datang semata-mata untuk menjaga nenek kesayanganku (baik tak aku nih?hahaha!~)

Sesampai je kat rumah ni haa, dah keluarkan semua barang daripada kereta, aku pun terus menuju ke pintu pagar yang menempatkan peti surat di sisinya..Kulihat ada 2 pucuk surat..Yang lagi mengujakan diri aku adalah salah satunya mempunyai nama aku dan sampul surat tersebut tertera logo GEMPAKSRTAZ!!!

Aku baca lagi pada ruang yang menempatkan nama aku tuh..Terkejut aku bila ianya tertera “Edge of Darkness : Utopia 177”.¬†Aku pun apa lagi, melompatlah keriangan sambil menjerit “PAKCIK KAYOOOOOO!!!!”..Hahahaha!~Propa je lebih nih..Padahal bukan menang duit pun..

Bila aku buka je sampul surat tu dan aku teliti isi kandungannya, aku bertambah teruja kerana aku telah memenangi sepasang (2 keping) tiket tayangan Edge of Darkness. Hahahahaha!~Bukan main seronok lagi aku dengan hadiah yang aku terima ini.

Ini dia 2 keping pas tayangan Edge of Darkness yang telah aku menangi

Ini pulak bukti bahawa aku tak tipu korang yang aku memang menang pas berkembar ni daripada pertandingan dalam buku Utopia 177

Aku amat bersyukur dan berterima kasih atas kurniaan ini..Mana tidaknya, ini adalah kali kedua aku menang peraduan SMS Utopia ni dalam tempoh 3-4 bulan ni..Kali pertama adalah peraduan SMS Utopia issue 174 (kalau tak silap la)..Tapi waktu tu aku hanya menang hadiah saguhati..Dapat la penahan panas untuk cermin depan kereta..Apa entah nama filem tu..Aku pun dah lupa..Kali ni, aku menang pas berkembar pulak..Alhamdulillah..Bangga weh dengan diri aku..hehehe!~

Dalam kebanggaan tu, aku sedih sikit sebab aku tak dapat nak kongsi tiket ni dengan Queen of My Heart..Huhuhu!~ ūüė¶ Dia jauh..Tiket tu pulak bukan bertahan lama..Dengan siapa aku nak pergi nanti?Em..Entahlah..

Cerita kedua pulak..Setelah aku dah seronok-seronok dapat 2 keping tiket tadi, aku teringat pesan mama aku..Beliau cakap “Ayie, dah sampai manjung nanti, tolong tengokkan comel skali ya..Haritu dia tengah sarat bunting nak beranak”.¬†Teringatkan pesan tersebut, aku pun terus bergegas ke belakang rumah (tempat biasa comel lepak)..

Siapa comel ni?? Hahahaha!~ Comel ni adalah kucing betina peliharaan kami sekeluarga la..Dulu besar keluarga dia nih, siap ada laki nama Kiki lagi..Kiki adalah kucing baka persian kesayangan kami sekeluarga..Namun apakan daya, dia menghilangkan diri sebulan sebelum family aku pindah ke Penang..Tinggallah Comel membawa diri..Huhuhu!~ (kisah sedih la pulak).

Berbalik keada kisah comel ni tadi, bila aku sampai je belakang rumah, aku nampak comel ni baik punya lepak dalam raga baju..Nasib baik raga baju tu kosong..Dan aku juga terlihat 2 ekor anak kucing yang cute-cute semuanya..Bulat-bulat, montel-montel..Hehehe!~Pandai jugak comel ni ‘proses’ anak ya..Hahahaha!~

Comel buat muka 'seposen' dia bila aku cuba 'snap' gambar dia dan anak-anaknya..

Comel yang tengah perasan comel sebab ada orang snap gambar dia dan anak-anaknya.. ūüėÄ

Em..Yang tak tahan tuh, warna anak dia sepesen je dengan warna dia..Putih warna asas, kemudian ada tompok-tompok hitam sikit kat ekor, kepala, badan dan kaki..Em…

Anak 'sulung' kelahiran kali ini (sebab nampak macam gagah sikit) ūüėõ

'Adik' pada kelahiran kali ini (sebab nampak monyok sikit dan mata pun tak berapa nak bukak lagi) ūüėÄ

Tak tahu lagi nak bagi nama apa..Jantina pun masih aku tak dapat kenal pasti..Rasanya sekor jantan sekor betina kot..Berita baiknya, mama dah berkenan dengan kedua-duanya dan dengar cerita katanya nak bawak ke penang skali dengan ibunya..Hehehehe!~

Begitulah kisah 2 keping dan 2 ekor yang aku nak sampaikan pada post kali ini..Hehehe!~Tahniah pada Comel sebab berjaya lahirkan 2 ekor anak yang cute. Dan tahniah juga pada aku sebab memenangi 2 keping tiket filem Edge of Darkness..Ini membuatkan aku lebih berkobar nak masuk setiap pertandingan yang ada.Hehehe!~

Setakat ini dulu..Nak ready untuk tonton MU vs Munich plak nih..GLORY!GLORY! MAN UNITED!!!

Hahahaha!~

Honda kesayanganku sekarang!!

‘Kaki tambahan’ kepunyaanku sekarang..

Korang mesti ingat yang aku pernah bercerita tentang honda ni suatu ketika dahulu..

(klik sini) or (klik sini)

Jadi, hari ini aku nak persembahkan pada korang semua yang inilah honda EX5 110CC yang aku maksudkan tu..Hehehe!~

Amacam? Berkilat tak? Em..Sempena cuti ni, ia telah ditinggalkan di Jalan Platinum Seksyen 7 (rumah kekasih hati pengarang jantungku)..Bakal mertua dan adik ipar yang menjaganya..Hehehehe!~


"AGV 6390..Itulah aku!!" Hehehehe!~

Kepada AGV 6390, semoga kau dapat berjasa dan menjadi saksi kejayaan sepanjang aku belajar di MSU ini..Jangan banyak buat hal tau!!Hehehe!~

My FACEBOOK…

“Berawal¬†dari¬†facebook¬†baruku
Kau datang dengan cara tiba-tiba
Bekas kekasih yang lama hilang
Satu¬†dari¬†kekasih¬†yang¬†terbaik”

Heh!~Mesti korang ingat aku nak cerita pasal lagu Gigi – My Facebook ni kan?Tak pun, mesti korang teka yang lirik dan lagu ini ada kena mengena dengan hidup aku sekarang..

No!No!No!Ini hanya mukaddimah..Heh!~Memamg lagu ini ada kena mengena dengan hidup aku, tapi bukan pada lirik dan maksud lagunya, tapi ada kena mengena dengan tajuk lagu ini sendiri iaitu…

FACEBOOK!!!!

Em..Berikut adalah sesuatu yang mampu menerangkan apakah isi sebenar post aku kali ini..

Gambar yang aku cilok daripada facebook seseorang..

Sentap aku bila baca artikel dalam gambar ni..Waktu aku kat Egypt dulu, Dr. Muhammad dan Abg Bal pernah sebut pada aku tentang perkara ni..Mereka juga ada menasihatkan aku supaya ikut nasihat mereka..Em..Tapi itu dulu..Now, i’m here!!At Malaysia, my beloved country!!Hahahaha!~

Eh!~Berbalik pada motif utama post nih, otak aku semakin ligat berputar..Apakah tindakan yang harus aku lakukan..Adakah aku perlu kurangkan masa untuk ‘menelaah’ benda ini..Atau harus aku tinggalkan saja agar ia tidak lagi mengganggu aku?

“Mungkin¬†waktu¬†yang¬†ku¬†persalahkan
Mungkin saja keadaan yang salah
Terpikir hati untuk mendua
Tapi¬†nurani¬†tak¬†bisa¬†mendua”

Arrggghhh!!!!Aku makin tertekan..Adakah aku harus menyalahkan saja waktu? Atau mungkin aku harus salahkan keadaan seperti mana yang lirik di atas beritahu supaya aku lakukan? Em..Sejenak, aku teringat pesan kaunselor SERATASku suatu masa dahulu..

“Mereka yang cemerlang adalah mereka yang pandai membahagi masa untuk akademiknya, sosialnya, disiplinnya, sahsiahnya dan juga kepimpinannya.”

Lalu aku buat keputusan..Aku hanya perlu menstruktur semula jadual peribadi harian aku..Strukturkan semula agar aku dapat menikmati keindahan hidup ini tanpa mengorbankan mana-mana bahagian daripadanya..Jadi, aku tak perlulah tinggalkan terus aktiviti ini..Hanya perlu letakkannya dimasa yang sesuai..Betul tak kawan-kawan?

ūüėÄ

FUHHH!~

Fuhhh!!~Lega!~Ni bukan iklan rancangan berita hiburan sensasi tv3 yg baru bernula tahun nih tuh tau..Ni adalah satu hempasan nafas kelegaan kerana sudah terlepas daripada seksa dunia..Apakah seksa yang telah ku lepasi itu? Of coz la my final exam sem 1!!!!

Perghhh!!!Release gile rase!!Tapi aku masih lagi belum berpuas hati kerana aku rasa aku mampu buat yang lagi baik daripada apa yang dah aku buat kali ni..Em..Takut pun ada ni, menanti result yang bakal menjelma..Bila menjelma?Yang tu yang aku tak tahu tu..

Sedikit komen terhadap final exam yang baru sahaj berlalu nih..Bagi subjek Endo, aku amat berpuas hati..Subjek bioethics ada sket kurang berpuas hati..Sebab aku rasa aku mampu buat yang lagi baik daripada yang telah aku lakukan..Subjek Introduction to Medical Science (IMS) adalah subjek yang membunuh..Aku tak rasa yang aku dapat score A paper tu..Hanya keajaiban yang mampu aku harapkan sekarang..

Subjek seterusnya adalah subjek musculoskeletal system..Em..Aku dah buat habis baik untuk subjek nih..Tapi mungkin sebab aku baca last minute untuk lower limb, dan lower limb tu pulak perkara yang aku baru nak berjinak-jinak berbanding upper limb, jadi aku kurang berpuas hati bahagian itu..huhuhuhu!~CVS adalah paper kedua terakhir dan aku agak berpuas hati dengan paper nih..Pembacaan aku berbaloi..Aku harapkan yang terbaik untuk paper ini..Dan paper yang terakhir tadi adalah paper Haemopoietic & Lymphoid System..Em..Isk!~Aku rase macam boleh buat..Tapi..Em..Rase tak best plak..Argghhh!!!Tension sebenarnye..Tapi aku sorok-sorok jer perasaan nih..Em..

Keseluruhannya..ada paper yang aku sangat berpuas hati, ada paper yang sangat aku takuti..Huhuhuhu!~Aku harap korang doakan la yang terbaik untuk diriku..

Aminn…

Pengkritik dan mengkritik..

Sape pengkritik nih?Dan sape pula yang di kritik?Em..Actually, aku la pengkritik tuh..Dan aku sedang mengkritik beberapa pelajar AF8 yang baru nih..Heh!~

Baru je selesai tgk konsert AF8 kul 10.30 tadi..Maklumlah, rumah dah ade ASTRO!!Hahahaha!~Kena la tengok setiap konsert..Macam biase, seluruh isi rumah yang ada telah melangut depan tv seawal kul7.30 lagi (solat Maghrib tak ni weh?!)..Walaupun Konsert bermula 9 malam..Perghhh…

Konsert dimulakan dengan Maulana..Secara keseluruhan, persembahan dia tak la best sangat pun..Suara meneran tutt jer kot..Hahahaha!~Pedas sioott aku komen..Em..Yang paling aku suka adalah persembahan Adira..Cool!!Cute!! (bukan sebab aku suka Adira k)..Shah punya nyanyian pun not bad..Ada suara..

Paling tak best si Daus tuh..Nyanyi lagu Cari Jodoh tu takde aura langsung..Dah la terabur nak mampus..Kalau aku masuk AF, aku boleh nyanyi lagi sedap 10 ke 15 kali daripada apa yang dia persembahkan tadi..Em…

Paling kesian kat Nad..Lagu dia bawak memang tak sesuai langsung dengan dia..Hancusss…Suara dia sedap, tapi lagu yang diberikan kat dia tak dapat tunjukkan potensi yang dia ada..Apapun, aku kena berpuas hati dengan persembahan Nad (sebab farid minat nad..so aku kne hormati keputusan dia..tu yang dia sound aku semalam)..Hehehe!~

Apapun, aku hanya orang luar yang hanya tahu mengkritik..Tapi, aku rasa aku boleh buat yang lagi baik daripada apa yang Shah (Bengang), Shahril (Khatimah Cinta) dan Daus (Cari Jodoh)..Ketiga-tiga lagu tuh memang makanan aku kat karaoke box tuh..Hehehehe!~

Apapun, AFUNDI ADIRA dan hantarkan ke 32999!! (Aku tak undi pun..minat jer..saje suruh korang mengundi..hahaha!~)

Aku dan exam final..

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga aku ke destinasi jangka pendek yang aku nantikan : Exam Final sem 1..

Nak tahu kenapa aku sangat ternanti-nanti exam final nih?! Ada 3 sebab semuanya.. 1. Sebab aku nak sangat cepat habis belajar sem nih..Supaya aku akan setanding dengan mereka-mereka yang telah aku tinggalkan di Bumi Anbia‚Äô sana… 2. Sebab aku tak sabar nak cuti… 3. Sebab aku nak buktikan pada mereka yang mengata dan memerli aku sebelum ini bahawa aku boleh lebih cemerlang daripada mereka..

Em..Dah hampir seminggu aku lalui exam final nih..15 Mac : Endocrine, 16 Mac : Bioethics, 18 Mac : Introduction to Medical Science, dan hari ini 20 Mac : Musculoskeletal System..Em..Masih ade 2 paper untuk dihabiskan à 22 Mac : CVS dan Haemopoietic & Lymphoid System, 2 paper dalam satu hari..Fuhhh!! Nasib baik CVS tu lecturer dah siap bagi soalan ape yang akan masuk lagi tu..Hehehe!~Kalau tidak, mati gue..

Aku harap aku cemerlang, tapi tengok la macam mana..Aku hanya perlu yakin dengan apa yang aku buat sekarang ni..Tak boleh regret-regret dah..Em..Tapi takut gak la..Huhuhu!~ Apalah yang aku duk merapu ni?Em…

Sayangku, tadi daku pergi melawat keluargamu..Alhamdulillah, mereka sihat..Adikmu pun sihat dan ceria..Mereka melayan aku dengan baik tadi..Hehehe!~Tercapai hajatku ingin berjumpa mereka.. ūüėÄ

Seminggu yang amat bz..

Seminggu yang amat busy buat diriku..Letih, penat, layu, lesu..biar apapun istilahnya, ianya amat menyiksa jiwa dan raga..Kedahagaan yang melanda diri makin menjadi-jadi dewasa ini (chewaahhh!!)..Mungkinkah Malaysia sedang mengalami musim kemarau sekarang?Mungkinkah?Mungkinnkkaaahhhhh???!!!!!

Isnin : Lab test Bioethics –> tunggu punye lama kat luar Med. Sc. Skill Lab tuh..Dah la matahari terik..Lagi malang bila aku ‘terpilih’ utk menjadi orang yang terakhir ber’dialog’ ngan dr. Reza Farhour tuh..Huhuhuhu!~Gi kelas kul 8, kul 3.30 petang baru balik.. Orang lain, kul1.45 ptg dah balik..huhuhu!~

Selasa : Relax sket..Tapi still ade kelas..Em..Biase la, dah nama pun student, of coz la ada kelas kan?Takkan nak gi disco plak?Heh!~Kelas endocrine harituh takde la teruk sangat..Ok laa..Lagipun aku minat subjek endocrine nih  ^_^

Rabu : Kelas Introduction to Medical sc..Ada kuiz, then ada presentation lagi..Dah la kelas CVS pagi tuh aku dah escape akibat bangun lewat..Bace untuk kuiz la konon..Hehe!~Mujur kelas pagi tuh ok la, takde la susah sangat subtopic die..Em..Mase presentation tu la aku present pasal Andrologist tuh..Best gak klu dapat jadi Gynae ngan Andro nih..Hahaha!~

Khamis : Sepatutnya ada lab test pukul 8 pagi..Bersungguh aku pergi awal kat Dissect hall tuh (padahal kul 8.15 gak sampai)..Tunggu punya tunggu, sampai kul 9, class rep. btau yg dr. Tak sihat dan die akan postpone lab test CVS tuh ke petang harinya..Sme dah panas dah..Ye la, dah la cuaca kering, dihangatkan lagi dengan keadaan yang macam tuh..Huhuhu!~Kul 12, ade lab test endo..Alhamdulillah, senang la jugak..Banyak la juga yang aku confident je jawab..hahaha!~Lepas tuh, kami kembali berjalan ke Dissect Hall utk lab test CVS yang telah ditangguh tadi tuh..Nak dikatakan rezeki aku, alhamdulillah, semua soalan aku dapat jawab dengan baik..

Jumaat : Lab test IMS..Aku bukan la well prepared pun, but..Alhamdulillah, sekali lagi nasib menyebelahi aku..AKu dapat jawab dengan baik..Ape yang aku baca, semua masuk.Yang aku tinggalkan dan malas baca, tak masuk langsung..hehehe!~Tapi, yang tak bestnye, lepas je lab test tuh, Pn. Arash umum markah midsem IMS..Sedeynye!!!Result aku tidak seperti yang disangka..Meleset jauh kot!!Huhuhuh!~Aku berazam untuk menyaingi mereka untuk final nanti..Bukannya aku tak boleh..Malah, aku boleh buat lebih baik daripada mereka..Heh!~

Sabtu : Dua lab test menanti..Tapi sebelum tuh, ade kelas Haemopoietic & Lymphoid..Mujur presentation dan kuiz ditunda ke hari Isnin..Apa?!Isnin minggu depan?Kata dah start study week?Baru nak lepak-lepak sambil study (harap-harap ye la), alih-allih ada lagi kelas..huhuhu!~Lab test H&L berjalan lancar..Siap orang tiru aku lagi..Hahaha!~Lab Musculo pun begitu..

Now : 2.30 a.m –> Kami tinggal berempat..Aku, Zahid Chupe, Jimmy ‘Bawang’ dan Farid ‘MooOoOOo’..Penan, jimbit, meks and dindang, sme dah balik kampung halaman..Kami melayan kebosanan yang tidak terhingga..Aku ni terlebih malang bila internet sekarang ni dah macam biskut Chipsmore..Heh!~Bengang kot..Bayar mahal-mahal, bil tak pernah tertangguh, tapi servis macam hampeh..Harap-harap keadaan nih dapat p1 sdn bhd dapat selesaikan dengan segera..Tambah plak lepas nih katanya p1 akan upgrade kepada rangkaian 4G..4G??!!Wow!!Hehehe!~

That’s all for now…