Eleanor Bartowski adik Charles Bartowski atau sebaliknya?

Chuck (TV Series)

Pernah tonton siri tv di atas? Jika tidak, aku amat menyarankan korang supaya cari siri tv ni, download la kat mana-mana sumber sekalipun bermula Season 1 sampai la sekarang iaitu Season 3 episod ke-14..

Pada mulanya aku memang tak berminat langsung dengan cerita nih..But after ‘my sweet pie’ perkenalkan aku dan mintak rekemen sangat-sangat supaya aku tonton siri nih, aku pun tengok la 1st episod die..And unfortunately, aku melekat dengan cerita ni dan boleh kata BIG FAN la kepada cerita ni..Thanx to ‘my love’ sebab perkenalkan cerita ni pada aku..

Sedikit tentang Chuck (TV series) nih, Chuck adalah seorang pakar komputer yang berkerja di department Nerd Herd dalam sebuah pasaraya besar (macam Giant dan Tesco) yang diberi nama Buy More. Kawan baik beliau, Bryce Larkin: seorang agen CIA telah menghantar satu jenis chip superkomputer yang mengandungi hampir keseluruhan rahsia kerajaan daripada rekod jenayah sampailah kepada politik setempat ke dalam komputer milik Chuck.Dan bila Chuck bukak je komputer dia pagi tu, secara kebetulan segala maklumat dalam chip superkomputer tersebut telah diupload kedalam memori otak mamat nih. Beliau boleh mengimbas segala rahsia kerajaan dengan hanya memandang kepada apa saja yang berkaitan dengan data yang disimpan. Akibat daripada itu, beliau telah diburu oleh CIA dan NASA.

Chuck mempunyai seorang kawan baik sejak kecil bernama Morgan (Si Jambang). Beliau juga telah dijaga (pada awalnya) oleh seorang agen CIA perempuan bernama Sarah Walker (heroin dalam cerita ni dan jugak Chuck punye love interest) dan juga seorang agen NASA bernama John Casey yang mana mereka ini ditugaskan untuk menggunakan maklumat yang ada dalam otak Chuck untuk menyelesaikan kes-kes jenayah besar selain menjaga Chuck daripada diculik oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab kerana otaknya yang tersimpan banyak rahsia kerajaan.

Beliau juga mempunyai seorang adik (atau kakak??takpe, isu ni kita akan kupas lepas ni) bernama Ellie, seorang doktor pakar bedah yang telahpun berkahwin dengan Devon Woodcomb (Capt. Awesome) yang juga sorang doktor pakar bedah..So, aku rasa cukup setakat itu ringkasan tentang cerita Chuck nih sebab aku nak kupas isu utama dan penyebab kepada post ini dikeluarkan..

Karakter-karakter dalam siri tv Chuck (drpd kiri : Sarah Walker, John Casey, Chuck Bartowski, Ellie Bartowski, Devon Woodcomb dan Morgan Grimes)


Berbalik kepada tujuan asal post ini dikeluarkan, tersebutlah satu hikayat dalam sebuah buku lama diberi nama Hikayat Serong Maha’angsa’ dimana terdapat 2 orang sahabat yang telah menjadi pengikut setia siri Chuck ini daripada season 1 sampai la season 3 sekarang ni. Mereka berdua begitu menggemari siri ini sehinggalan mereka boleh dianggap sebagai kipas-susah-mati siri ini kerana sanggup men’download’ cerita ini dan tonton setiap minggu walaupun sibuk dengan urusan lain..

Nak dijadikan cerita, satu hari salah seorang daripada mereka yang bernama Solis telah menimbulkan satu keraguan tentang status Ellie dalam siri Chuck ni. Adakah beliau kakak? Atau adik kepada si Chuck Bartowski ni? keraguan ini timbul kerana si Solis nih tengok translation cerita Chuck yang ditonton kat AXN (Astro punye channel) di mana dalam translation tersebut menyebut Ellie sebagai adik Chuck..

Maka sahabat baik si Solis yang dihikayatkan bernama Zargus ni pun tak puas hati kerana beliau tetap mempertahankkan pendirian beliau yang Ellie ni kakak kepada Chuck sebab memang itulah yang di’pegang’ sebagai kepercayaan turun temurun Daerah ‘1013’ yang terletak kat Negeri ‘Brunsfield Riverview’ nih..

Akibat daripada itu, setiap kali mereka menonton atau teringat akan siri Chuck ni, mereka akan bertikam lidah dan terus bertekak mengenai isu tersebut..Yang Solis cakap Ellie tu adik dan yang Zargus pulak cakap Ellie tu kakak..Dihikayatkan, sepanjang mereka ‘bersengketa’ itu, pelbagai hujah telah dikemukakan oleh mereka berdua semata-mata tidak mahu mengalah dan mahu mempertahankan prinsip masing-masing..Antaranya ialah :

Di pihak Zargus :

a) dalam season 2, ayah Chuck pesan pada Ellie supaya jaga ADIK dia (iaitu Chuck) baik-baik sepeninggalannya untuk selamatkan diri daripada penjahat.

b) Ellie kahwin dulu sedangkan Chuck tak kahwin lagi.

c) Translation kat tv2 menunjukkan bahawa perkataan ‘my brother’ yang disebut oleh Ellie ketika memaksudkan Chuck diterjemahkan sebagai ADIK saya.

Di pihak Solis :

a) Chuck masuk Universiti lagi awal daripada Ellie (ada satu episod tu tunjuk Chuck mase kat universiti dan ada satu episod tu tunjuk 1st year Ellie kat Med. School sebagai med. student)

b) Morgan (yang sebaya dengan Chuck) suka pada Ellie (yang mana kalau ikut logik, mesti la yang lelaki lagi tua suka perempuan yang lagi muda pada dia).

c) Translation kat AXN menunjukkan bahawa perkataan ‘my sister’ yg disebut oleh Chuck ketika memaksudkan Ellie diterjemah sebagai ADIK saya..Jadi, tentulah Chuck tu abang kan?

‘Persengketaan’ ini berlaku begitu lama dan sepanjang persengketaan ini, idea atau kepercayaan Solis telah begitu kuat sehingga difikirkan boleh menang dengan majoriti besar kalau dibuat Pilihanraya dekat Daerah ‘1013’ ni. Solis pun dah gembira yang teramat melihat perkembangan tersebut dan berusaha bersungguh-sungguh untuk ‘memperkembangkan’ ideologi beliau itu.

Ketika ‘persengketaan’ antara 2 sahabat ini berlarutan, dan hampir sampai ke penghujungnya, episod 14 season 3 yang mana menjadi episod terbaru sekali sekarang ni pun keluar. Dalam episod tersebut, Ellie dan Devon akan berangkat keluar negara kerana bertugas dan saat-saat akhir sebelum Ellie bertolak, dia cakap yang dia amat sedih untuk meninggalkan LITTLE BROTHER dia iaitu Chuck Bartowski. Kalau di’translate’ kan, LITTLE BROTHER = ADIK LELAKI.

Maka dengan itu, terjawablah sudah persengketaan antara Zargus dan Solis. Sebagai seorang yang matang, Solis menerima kekalahan ini dan mengakui hakikat yang beliau kalah..Orang cakap “ANAK JANTAN TAK SEMESTINYA MENANG”. Kan? Biar kita mengaku kalah dengan cara berpuas hati daripada kita menegakkan sesuatu yang memang kita tahu ianya dah terbukti salah.

Jadi, dengan ini, Aku; Solis : telah mengaku kalah kerana aku tahu dengan kukuhnya sekarang bahawa Ellie tu memang kakak Chuck. Buat Zarg, tahniah atas kemenangan ini. Aku berpuas hati walaupun kalah sebab memang ada bukti kukuh sekarang; daripada aku kalah tapi takda bukti kukuh. Hehehe!~😀

So, Zarg dan pembaca semua, aku rasa kita boleh tutuplah buku Hikayat Serong Maha’angsa’ ini sebab kisahnya dan pun berakhir dengan aman. Pesanan untuk Zarg, tak semestinya aku kalah kali ini. aku akan kalah selamanya. Hahaha!~🙂

p/s : actually Zarg tak tengok pun lagi latest episod nih. Aku je yang dah tengok. Jadi, sebelum dia tengok dan kondem aku atas kekalahan aku nih, baik aku ngaku dulu kekalahan aku sebab itu lagi ‘macho’ kan? Hahaha!~😛

Charles Bartowski (Chuck a.k.a ADIK Ellie)


Eleanor Bartowski (Ellie a.k.a KAKAK CHUCK)

Ellie a.k.a KAKAK (tengah) dan Chuck a.k.a ADIK (kanan) bersama ayah diorang pada majlis kahwin Ellie.


Sarah Walker (Eh! Ade kaitan ke dia dengan sebab persengketaan nih? Jawapannye memang takde..hahahaha!~Tapi saje nak letak gambar die sebab dia cute sangat!!! Macam buah hati gua beb! :-P)


Moral of the story : Entah..bak kata Nabil : “Lu Pikir La Sendiri” Hahaha!~😀

3 responses to this post.

  1. best2! suke suke!😀

    Reply

  2. Posted by zargus on April 28, 2010 at 10:47 am

    ok fine….ko menang besar….aku kalah…smua salah aku….yela…so pasni xyah la nk buka cite ni lg kay….
    hahaha!!!! tgk x ajak aku….kata kluar bln5 nnt laa…ape laa….propa bagai….hahaha!!!! bru aku tau ko xnak aku tgk kn??? hahaha…xpe2…matang2….hahahaha… =p

    Reply

  3. Posted by zargus on April 28, 2010 at 10:53 am

    entry paling best dlm blog ko….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: