Archive for February, 2010

Salam Maulidur Rasul…

Hari ini, 26 Febuari 2010 bersamaan 12 Rabiul Awal 1431 Hijrah merupakan cuti umum bagi meraikan peristiwa penting untuk umat Islam iaitu Hari Maulidur Rasul. Berbeza dengan 14 Febuari yang sering disambut atau diraikan oleh anak-anak muda masa kini, Maulidur Rasul memberikan makna yang sungguh istimewa untuk seluruh umat manusia yang beraga Islam kerana pada tarikh 12 Rabiul Awal inilah, nabi junjungan besar kita, Muhammad S.A.W telah diputerakan..

Rasulullah yang merupakan Rasul dan Nabi yang terakhir inilah yang telah menyampaikan ajaran agama Islam yang sempurna yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada umat manusia sejagat..Baginda amat disayangi dan dikagumi sehingga kehari ini..

Baginda merupakan contoh yang paling baik untuk diikuti dan role model terbaik kepada kita semua..Segala yang dilakukan patut menjadi ikutan dan segala amalan dan sunnah yang ditinggalkan harus kita renungkan dan amalkan bersama..

Aku berbangga menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W..Aku bersyukur kerana menjadi umat nabi akhir zaman ini..Namun aku sedar, pengetahuanku tentang sirah Baginda belum cukup mantap dan amalanku masih belum cukup untuk membuktikan kecintaanku kepada Baginda..Aku harus berusaha memperbaiki diriku dari hari ke hari..Selawat keatas baginda junjungan besar kita ini harus aku biasa amalkan setiap hari..Agar bukan hanya pada tanggal 12 Rabiul Awal setiap tahun Hijrah sahaja aku mengingati baginda, tetapi setiap saat dan waktu harus aku ingatinya..

Sempena kedatangan 12 Rabiul Awal ini, marilah kita sama-sama mengalunkan selawat dan salam keatas Nabi Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W :

صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم

يَا نَبِى سَلاَمُ عَلَيْكَ

يَا حَبِبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا

مِثْلَ حُسْنِكَ مَارَأَيْنَا

اَنْتَ شَمْسُ اَنْتَ بَدْرُ

اَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِى

يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد

يَا مُؤَيَّدْ يَا مُمَجَّد

يَا رَسُوْلُ سَلاَمُ عَلَيْكَ

صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ

قَطُّ يَا وَجْهُ السُّرُوْرِ

اَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرِ

اَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ

يَا عَرُوْسَ الْخَا فِقَيْنِ

يَا اِمَامَ القِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَدْ

حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّدْ

مَنْ رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ

وَالْغَمَامَةِ قَدْ اَظَلَّتْ

عَالِمُ السِّرِّ وَاَخْفَى

رَبِّ ارْ حَمْنَا جَمِيْعَا

وَصلاَةُ اللهُ عَلَى اَحْمَدْ

اَحْمَدُ الْهَادِى مُحَمَّدْ

يَا كَرِيْمَ الْوَلِدَيْنِ

وِرْدُنَا يَوْمً النُّشُوْرِ

بِالسُّرَى إِلاَّ اِلَيْكَ

وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ

مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ

بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ

عَدَ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ

صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

Advertisements

25th February!!!

Bagi kebanyakkan pasangan yang sedang memadu kasih, tanggal 14 haribulan dalam bulan Febuari adalah hari yang cukup istimewa bagi mereka..Hari  yang dikenali sebagai ‘Valentine’s Day’ ini biasanya akan diraikan oleh rata-rata pasangan kekasih tanpa mengetahui pengertian atau sejarah disebalik perayaan itu sendiri..

Bagiku, 14 haribulan dalam bulan Febuari ini tidaklah memberi apa-apa makna. Ada hari-hari atau tarikh-tarikh yang lebih bermakna buat diriku dan orang yang aku sayangi.Tarikh-tarikh tersebut adalah 3 Feb, 18 Feb dan yang tersangatlah istimewa adalah ’25 FEB’.

Mengapa tanggal 25 Feb ini begitu istimewa buatku?Di tarikh inilah aku telah meluahkan isi hatiku kepada si dia dan ditarikh inilah juga kami secara terangnya mengetahui isi hati dan perasaan masing-masing terhadap satu sama lain.Sungguh istimewa tarikh keramat ini.

Dan tanggal 25 Febuari 2010, genaplah usia hubungan kami ke angka 3 tahun.Jika dilihat daripada sudut umur bayi, 3 tahun adalah peringkat awal dan agak kritikal kerana kanak-kanak pada umur ini sedang belajar membesar, mencuba, berjalan kesana sini dan sebagainya..Pun begitu, 3 tahun yang telah berlalu ini telah banyak mengajar kami berdua erti hidup berkasih.banyak yang telah kami tempuhi dan lalui bersama.

Daku amat menghargai hubungan ini dan daku sayangkan pertalian ini..InsyaAllah daku takkan sia-siakan segala peluang yang ada. Akan ku pastikan ianya berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga akhir hayatku..Terima kasih buat si dia kerana begitu mengambil berat dan begitu meng’hati’ kan aku seadanya.Aku bersyukur atas kehadiran dirimu, sayangku..

I HEART YOU!!

HoNdA & DzUrA..

Honda dan Dzura?Apakah persamaan antara dua perkara ini?Hahaha!~Mungkin daripada segi hujung nama dua perkataan ini sama, tapi kisah tersirat disebaliknya yang memberikan makna sebenar tentang entri ini.

Aku mulakan dengan Honda..22 Feb 2010 lebih kurang pukul 1.36 petang, aku telah mendapat mesej daripada pihak KTM yang mengatakan bahawa Honda ku telah tiba di Stesen KTM Kuala Lumpur dan perlu dituntut.Aku baca mesej tu dengan penuh syukur..Akhirnya sampai juga Honda aku..Hehehe!~

Tanpa berlengah, dalam pukul 3.50 petang, aku telah menaiki komuter ke Stesen Kuala Lumpur.Dalam pukul 5 petang, aku sudah menunggang Honda merah kepunyaanku..Kenapa menunggang?Hahaha!~Ingat Honda Jazz ke nak pandu-pandu?Honda yang aku maksudkan hanyalah sebuah motosikal EX5 Dream bernombor plat AGV 6390.Setelah ‘swift’ AEF 6380 ku telah ‘ditarik’ balik ke Penang, AGV 6390 telah menggantikan tempatnya..Walaupun tak sehebat Jazz, tapi aku tetap bersyukur sebab at least aku ada kenderaan untuk digunakan.Hehe!~ Buat AGV 6390, selamat bertugas aku ucapkan..

Kisah kedua berkaitan dengan Dzura. Ptg td dalam pukul 4 petang, aku dapat panggilan daripada kawan ku bernama Dzura..Si budak tembam itu sudah ku anggap seperti adikku..Haha!~Dia cakap dia nak jumpa aku dan member-member yang lain.Tujuannya adalah untuk lepak-lepak bersama disamping menyerahkan barang-barang yang dikirim oleh kami daripada Egypt..Dah lepak tu, macam-macam la cerita yang keluar..Best juga la lepak dengan diorang..Cumanya, rase macam kosong je sebab takda buah hati pengarang jantung aku..huhuhu!~Sayang, study betol-betol tau!!Abang nak sayang balik awal!!Nak jumpa sayang secepat mungkin!!

‘Swift’ dan Honda

Em..Bunyinya macam banyak sangat duit aku nih..Ye la, Suzuki Swift yg harganya dekat RM75k (+)(-) tu n also mane2 Honda yang korang fikirkan, memang nampak macam aku ni banyak duit sangat..Hahaha!~

Cerita sebenarnye, poket aku ‘sempit’ je, sesempit ‘ADNAN SEMPIT’..Hahaha!~’Swift’ yg dimaksudkan adalah kereta Produa Kancil 750cc milik ayah aku (yang Nasha n Nani beri gelaran ‘Swift’) dan Honda yang dimaksudkan hanyalah Honda EX5 110cc..Kahkahkah!~Semua baca mcm tertipu je mula-mula kan?Em..

Berbalik kepada cerita asal..Apa yang memeningkan aku, parents aku nih haa..Terutama abah aku..Beliau cakap beliau nak ‘tarik’ balik ‘Swift’ AEF 6380 aku tu haa ke Penang dan beliau nak hantar ‘Honda’ yang aku cakapkan tadi ke Shah Alam, tempat aku menimba ilmu sekarang..Em..Masalahnye, sampai harinih aku tak nampak-nampak mane ‘Honda’ yang beliau perkatakan tu..Yang kelihatan hanyalah ‘Honda’ milik beliau (yang mana ‘Honda’ tu pun baru je dibeli)..

Aku ni, esok lusa dah nak balik ke Shah Alam..Takkan nak gi kelas selama berminggu-minggu berteksi kot?Isk!Tak sanggup aku..Aku rela menapak daripada berteksi yang mahal gila babeng tuh..Kopak duit aku..Huhuhu!~

Tapi, setelah aku fikir punya fikir punya fikir (berapa banyak fikir daaa), aku rasa abah aku ni dah ada ‘Honda’ yang dimaksudkan..Kat mana??!!Haaa..Aku rasa, beliau akan bagi ‘Honda’ beliau yang baru beliau beli bulan 8 tahun lepas tuh kepada aku..Haha!~Cerdik daddy, cerdik..Hehehe!~Dan aku ade terdengar perbualan mama dan abah aku yg mana abah aku cakap beliau nak beli yang lain untuk beliau..Adoiyai..Dapat yang 2nd hand rupanya aku ni..hehe!~

Tak mengapelah, 2nd pun 2nd hand lah..Janji ade kenderaan nak ke kelas..Bersyukur atas apa yang ada kan?Hehehe!~Nanti kumpul duit sendiri, mana tau ade rezeki dapat pakai Swift Sport hasil duit sendiri..hahaha!~Apa-apapun, selamat tinggal dan terima kasih kepada ‘Swift’ AEF 6380 kerana telah banyak berjasa kepada aku (dan kawan-kawan yang ada menumpang sekali-sekala) sepanjang 3 bulan setengah sebelum ni..Juga selamat datang kepada ‘Honda’ (yang entah apa entah nombor plat dia).Semoga dapat memberi perkhidmatan yang terbaik sepanjang ‘bertugas’ nanti..Hehehe!~

SeLaNgKaH LeBiH MaTaNg

Benar kata-kata pujangga : PENGALAMAN MEMATANGKAN USIA..Dan bermulanya hari baru ini; 18 Febuari, telah menjadikan usia aku meningkat ke angka 23..Ironinya, nombor 23 itu sendiri telah menjadi kegemaran aku sejak daripada dulu lagi (sejak Beckham masuk Real Madrid..Hehehe!~) dan usia 23 ini aku mulakan dengan satu perasaan yg istimewa..Manakan tidaknya, dinombor 23 ni, aku dengan bangganya boleh katakan pada diriku yang aku telah berjaya tempuhi dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran setakat ini..Pengalaman yang tersemat dalam kotak fikiran aku ini adalah satu pengalaman yang belum tentu lagi ramai orang dapat merasainya..

Namun begitu, kesedihan akibat berjauhan dengan kekasih hati masih lagi dirasai..masih lagi tidak terbendung oleh apa-apa dan sesiapa sekalipun..Benar juga kata-kata pujangga : PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN..Pun bagitu, ia bukanlah alasan untuk aku mudah menyerah dan tidak sanggup menghadapinya.. Aku masih melangkah dengan penuh kesyukuran, masih berterima kasih kepada Tuhan; yg menguji tahap kesabaran dan penerimaan aku terhadap ujian yang diberikan..Aku akan terus tabah..Tabah dan bersyukur atas segalanya ya Tuhan.. Kurniakanlah aku kekuatan, agar aku akan terus tabah dalam menempuhi setiap halangan yang mendatang.

.Aku akan terus berusaha untuk mencari sinar kejayaan..Kepada mereka yang berada disekelilingku dan menyayangiku, bantulah aku ke arah itu..Agar hasilnya nanti akan dapat kita rasai bersama..InsyaALLAH..Semoga Tuhan permudahkan segalanya..

Happy Birthday Mohd Zulfadhli b. Mohd Zaki..Semoga kejayaan akan muncul semula menjadi milikmu, insyaAllah.. ~:-)