SeLaNgKaH LeBiH MaTaNg

Benar kata-kata pujangga : PENGALAMAN MEMATANGKAN USIA..Dan bermulanya hari baru ini; 18 Febuari, telah menjadikan usia aku meningkat ke angka 23..Ironinya, nombor 23 itu sendiri telah menjadi kegemaran aku sejak daripada dulu lagi (sejak Beckham masuk Real Madrid..Hehehe!~) dan usia 23 ini aku mulakan dengan satu perasaan yg istimewa..Manakan tidaknya, dinombor 23 ni, aku dengan bangganya boleh katakan pada diriku yang aku telah berjaya tempuhi dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran setakat ini..Pengalaman yang tersemat dalam kotak fikiran aku ini adalah satu pengalaman yang belum tentu lagi ramai orang dapat merasainya..

Namun begitu, kesedihan akibat berjauhan dengan kekasih hati masih lagi dirasai..masih lagi tidak terbendung oleh apa-apa dan sesiapa sekalipun..Benar juga kata-kata pujangga : PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN..Pun bagitu, ia bukanlah alasan untuk aku mudah menyerah dan tidak sanggup menghadapinya.. Aku masih melangkah dengan penuh kesyukuran, masih berterima kasih kepada Tuhan; yg menguji tahap kesabaran dan penerimaan aku terhadap ujian yang diberikan..Aku akan terus tabah..Tabah dan bersyukur atas segalanya ya Tuhan.. Kurniakanlah aku kekuatan, agar aku akan terus tabah dalam menempuhi setiap halangan yang mendatang.

.Aku akan terus berusaha untuk mencari sinar kejayaan..Kepada mereka yang berada disekelilingku dan menyayangiku, bantulah aku ke arah itu..Agar hasilnya nanti akan dapat kita rasai bersama..InsyaALLAH..Semoga Tuhan permudahkan segalanya..

Happy Birthday Mohd Zulfadhli b. Mohd Zaki..Semoga kejayaan akan muncul semula menjadi milikmu, insyaAllah.. ~:-)

4 responses to this post.

  1. Posted by Love on February 18, 2010 at 6:26 am

    I like!~ 🙂

    Reply

  2. Posted by adee on March 2, 2010 at 10:20 am

    isk isk isk~ ade org tu kate besday die 29 februari~ 4 tahun skali katenye~ 8 tahun kenal pun still kene tipu~ X_x

    Reply

Leave a reply to adee Cancel reply