‘Swift’ dan Honda

Em..Bunyinya macam banyak sangat duit aku nih..Ye la, Suzuki Swift yg harganya dekat RM75k (+)(-) tu n also mane2 Honda yang korang fikirkan, memang nampak macam aku ni banyak duit sangat..Hahaha!~

Cerita sebenarnye, poket aku ‘sempit’ je, sesempit ‘ADNAN SEMPIT’..Hahaha!~’Swift’ yg dimaksudkan adalah kereta Produa Kancil 750cc milik ayah aku (yang Nasha n Nani beri gelaran ‘Swift’) dan Honda yang dimaksudkan hanyalah Honda EX5 110cc..Kahkahkah!~Semua baca mcm tertipu je mula-mula kan?Em..

Berbalik kepada cerita asal..Apa yang memeningkan aku, parents aku nih haa..Terutama abah aku..Beliau cakap beliau nak ‘tarik’ balik ‘Swift’ AEF 6380 aku tu haa ke Penang dan beliau nak hantar ‘Honda’ yang aku cakapkan tadi ke Shah Alam, tempat aku menimba ilmu sekarang..Em..Masalahnye, sampai harinih aku tak nampak-nampak mane ‘Honda’ yang beliau perkatakan tu..Yang kelihatan hanyalah ‘Honda’ milik beliau (yang mana ‘Honda’ tu pun baru je dibeli)..

Aku ni, esok lusa dah nak balik ke Shah Alam..Takkan nak gi kelas selama berminggu-minggu berteksi kot?Isk!Tak sanggup aku..Aku rela menapak daripada berteksi yang mahal gila babeng tuh..Kopak duit aku..Huhuhu!~

Tapi, setelah aku fikir punya fikir punya fikir (berapa banyak fikir daaa), aku rasa abah aku ni dah ada ‘Honda’ yang dimaksudkan..Kat mana??!!Haaa..Aku rasa, beliau akan bagi ‘Honda’ beliau yang baru beliau beli bulan 8 tahun lepas tuh kepada aku..Haha!~Cerdik daddy, cerdik..Hehehe!~Dan aku ade terdengar perbualan mama dan abah aku yg mana abah aku cakap beliau nak beli yang lain untuk beliau..Adoiyai..Dapat yang 2nd hand rupanya aku ni..hehe!~

Tak mengapelah, 2nd pun 2nd hand lah..Janji ade kenderaan nak ke kelas..Bersyukur atas apa yang ada kan?Hehehe!~Nanti kumpul duit sendiri, mana tau ade rezeki dapat pakai Swift Sport hasil duit sendiri..hahaha!~Apa-apapun, selamat tinggal dan terima kasih kepada ‘Swift’ AEF 6380 kerana telah banyak berjasa kepada aku (dan kawan-kawan yang ada menumpang sekali-sekala) sepanjang 3 bulan setengah sebelum ni..Juga selamat datang kepada ‘Honda’ (yang entah apa entah nombor plat dia).Semoga dapat memberi perkhidmatan yang terbaik sepanjang ‘bertugas’ nanti..Hehehe!~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: