20 hari tanpa entri….

Oh!Dah lama rupanya blog aku ni tidak di update..Masuk hari ni, genap 21 hari..Bermakna, dah 20 hari tanpa entri yang baru..Kemana aku menghilang?Apa cerita yang hangat-hangat sepanjang aku menghilang ni?Em..Ada la sikit kot..

Sedar tak sedar, dah sampai pun kita di penghujung bulan 5 pada tahun 2010 ni. Aku boleh menarik nafas lega buat seketika kerana sekarang dengan rasminya aku telah menamatkan short sem pertama aku di University of Choice ini..Macam biasa, lepas habis final exam..So, analisis la sikit kan..Hehehe!~ πŸ˜€

Walaupun hanya 3 subjek, namun ia sudah cukup buat aku mereng..Subjek pertama, First Aid : agak mudah bagi aku, apa yang aku baca dan apa yang keluar dalam soalan agak banyak yang tally..Pendek kata, Alhamdulillah..Subjek kedua, Nutrition in Medical Sciences : agak tertekan jugak sebab banyak gila babeng yang nak dibaca..huhuhu!~Mujur Miss Salma Faeza (berkenan aku ngan lecturer nih :-P) dah bagi 4-5 tips yang sungguh berguna..So, boleh jawab, tapi tak tahu macam mana result nanti..sebab banyak guna ayat sendiri..Subjek ketiga, Psychological Medicine : perghhhh!!!Seperti namanya jugak, subjek ni telah membuatkan aku jadi seorang psycho buat seketika..Macam orang dah tak betul dah..Aku pun tak tahu la kenapa subjek ni sangat susah aku nak menghafal dan nak memahaminya..kesimpulan untuk subjek ni : jawab merapu, tak letak harapan tinggi sangat..but still target paling koman B-..Em..

Jadi, dah terang lagi bersuluh, sebab pertama blog aku ni sepi tanpa entri adalah kerana persediaan study untuk final exam..Maklumlah, 2 minggu saja lepas midsem, dah mula exam final..Em..

Dalam duk kalut-kalut bersedia untuk final exam tu, aku telah disentapkan dengan kehadiran result final untuk sem. aku yang lepas..Sentap sebab kurang memberangsangkan..Aku target dapat la at least dean’s list. Tapi apakan daya terkandas agak banyak..Mujur pointer untuk sambung MBBS tu masih selamat la..Takde la sampai bawah daripada itu..Adoiyai..Perlu score untuk golΒ subjek-subjek dalam sem. yang berikutnya ni..huhuhuhu!~

Bulan May ni jugak adalah bulan dimana MSU berjaya ‘mencekik’ duit aku..Menjadi rekod untuk bulan ini juga, abah aku terpaksa 4x masukkan duit dalam akaun aku..Ini menunjukkan kewangan aku untuk bulan 5 ni sangat kritikal..MSU saja telah berjaya ‘mencekik’ duit aku sejumlah RM1580..3 kali aku bayar RM560 kat akaun MSU tu..Bayaran pertama untuk bulan April : dibayar sebab aku nak ambil slip exam midsem..Bayaran kedua untuk bulan May : dibayar sebab aku nak ambil slip exam final pulak..Dan baru semalam bayaran ketiga untuk bulan Jun : dibayar sebab aku nak buat subjek registration untuk next semester..Adoiyai..

Bulan May jugak aku telah tonton 3 filem kat wayang yang memang dinanti ramai..Filem-filemnya adalah : a) Iron Man 2, b) Robin Hood, 3) Prince of Persia : The Sand of Time..

Abang Besi kembali..

Abang Robin si 'sharp shooter'...

Putera Darlan 'Si Singa Persia'

Sebab ini jugalah fulus aku mengalir bak air bulan ni..huhuhu!~ Pun begitu, aku amat berpuas hati kerana cerita-cerita ini memang best!Tapi, kalau mengikut ranking aku sendiri, Prince of Persia adalah yang terbaekkk woookkkkk!!! Diikuti dengan Robin Hood dan diakhiri dengan Iron Man 2..

Akibat ke’obsess’an aku dengan filem di wayang dan ketidak-berduitan aku buat masa sekarang, ia telah mendorong aku untuk sekali lagi mencuba nasib dengan peraduan-peraduan sms di majalah Utopia..And guess what??!! Ambo menang skali lagi wehhh!!!Hahaha!~Aku rasa luck aku memang sentiasa ada la kat majalah ni..And cerita yang aku dapat tiket freenya adalah :

Taarrrraaaaaaaa!!!!

Lagenda Budak Setan wa cakap lu!!!Aku dapat tiket tayangan perdana plak tuh (2 Jun kat MidValley sedangkan tayangan cerita tu adalah pada 3 Jun)..Harap-harap ada la antara pelakon filem ni yang hadir..Yang paling aku harapkan adalah Cik Lisa Surihani pojaan hatiku itu (jangan marah ye baby..gurau je nih..hahahaha!~ :-P)..Mana la tau kan, untung-untung boleh jadi kawan..hehehe!~

Em..Itu je kot yang boleh aku ceritakan setakat ni..Nanti lebih-lebih aku cerita kemudian ye..Hehehe!~Sekarang aku tengah berkira-kira membuat percaturan bila aku nak balik Penang. Sekarang tenagh cuti 2 minggu..Tapi aku macam tak plan lagi bila nak balik..Tengoklah, esok lusa ada la tu plan yang muncul kot..

SELAMAT HARI IBU…

Hari ni, bila aku celikkan saja mata aku, berlambak-lambak orang duk wish “Selamat Hari Ibu” untuk ibu mereka semua kat facebook (termasuklah aku). Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2010 ni sambutan hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010 (hari ni la tu).

Manakala negara di Timur Tengah seperti Iraq, Oman, Jordan, UAE, Arab saudi, Kuwait, Sudan, Palestin, Mesir pula menyambutnya pada permulaan musim bunga iaitu 21 Mac sementara Hari Ibu di Indonesia ialah pada 22 Disember (lambatnya diorang nih).

Pun begitu, tahukah korang bahawa sambutan Hari Ibu dikatakan tidak harus disambut oleh orang Islam? Ia adalah berdasarkan beberapa artikel terutama dari wiki ini yang ada menceritakan tentang asal usul sambutan hari tersebut. Dalam wiki tersebut ada maklumat yang tertulis seperti berikut :

“Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac. Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.”

Pun begitu, ramai ulamak yang mengupas tentang isu ini termasuk para mufti di Malaysia yang memberi pendapat bahawa ianya tidak salah untuk menyambut Hari Ibu yang istimewa ini selagi ia tidak bercanggah dengan hukum Islam..Maksudnya, tidak berlebih-lebihan..Tidak membazir..Tidak memuja..Ada la lagi 2-3 perkara yang disebut bagi menjawab isu ini..Boleh rujuk sini.

Bagi aku pula, setiap hari adalah hari ibu (mungkin agak klise ayat nih, tapi itulah hakikat). Ibuku ratu hatiku..Hari Ibu pun aku wish untuk dia, hari bukan sambutan Hari ibu pun aku ucap aku sayang dia.. πŸ˜€ Aku juga tak malu untuk mengakui bahawa aku ‘Anak Emak’..’Anak Emak’ ni tak semestinya manja, lembik, sikit-sikit nak menangis..Sebaliknya ‘Anak Emak’ boleh juga jadi gagah, perkasa, brilliant, idaman malaya (alamak!terlebih sudah :-P)..hehehe!~

Owh!~Sempena sambutan Hari Ibu nih, otak aku secara tidak sengaja terfikir satu soalan yang aku sendiri tak mampu jawab..Soalannya berbunyi :

“Kalau seorang lelaki tu single parent, dialah bapa, dialah ibu, anak dia boleh celebrate Hari Ibu dengan dia tak?”

Hahahahaha!~Pelik kan soalan aku?..Ada siapa-siapa nak jawab ke soklan nih?Tolong kami bantu kami… πŸ˜›

Sempena Hari Ibu tahun 2010 nih, aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada mamaku; Pn. Hasnah bt. Mat Rashid yang dan banyak berkorban untuk membesarkan kami 4 beradik. Terima kasih kerana mama tidak pernah jemu menyokong Ayie, tak pernah kenal erti putus asa dalam membantu Ayie mencari masa depan yang cerah, ada di sisi sewaktu Ayie dalam kesusahan dan memberi semangat yang tidak berbelah bahagi kepada Ayie..Mamalah ratu hati Ayie..Ayie sayang mama… (sob..sob..bergenang la plak mata aku nih..hehehe!~)

Akhir sekali, Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu diluar sana..Semoga tidak pernah jemu membesarkan insan yang bergelar anak seperti kami ini..

p/s: boleh tak kalau nak wish Selamat Hari Ibu untuk bakal ibu kepada anak-anak aku nanti? πŸ˜›

Rase Nak Mencarut!!!

Aku tak tahu kenapa kebelakangan ni aku rasa bengang sangat dengan kau..Rasa nak ‘rembat’ jer kepala otak kau tuh..Cume aku sabar je..Sebab semua orang dalam rumah nih anggap ko baik, anggap ko innocent (katenye laa..).

Aku bukan ape tau, aku bengang kat kau sebab mulut kau macam cibai..Macam pohkeemon tau tak? Aku rase longkang lagi wangi daripada mulut kau stakat nih (bagi aku laa)..

Kau punye ayat, tak nak lagi pantek ker? Aku boleh sabar lagi dengan kau selama ni sebab sekali sekala je kau bukak molot cibai kau tu..Tapi, termasuk harinih dah 2 hari berturut-turut kau nak ‘mencibai’ dan memang aku rase nak tumbuk je muka kau tuh..

Kau ingat kau baik sangat ker? Kau ingat kau bagus sangat? Mulut kau tuh ade insurans tak?Kalau takde, aku rase baik kau gi amek insurans dulu, sebelom nanti susah sebab nak cari duit bayar kos perubatan kau..Sebab aku rase dah tak sabar nak rembat muke kau tuh..

Aku nak tanye kau la, kau ni jantan ker? mentang-mentang la aku kaki gurau, duk rumah gelak-gelak, happy-happy, kau ingat boleh suka hati kau la nak cakap apa-apa pun dekat aku? Weh mat, aku tak pernah pun nak bising kau selalu lepak depan laptop duk chatting dengan sape entah..Bila aku datang Β atau lalu sebelah kau je, kau tutup..Pnah aku bising or perli-perli kau? Entah-entah kau duk tengok cite lucah kot, tu yang bila aku datang jer, nak tutup-tutup tu..Selama ni aku tak bising..Tapi hari ni aku dah terlampau bengang dengan kau, jadi aku lepaskan jugak ape yang aku pendam..Tu pun dalam blog kan? Sebab aku malas nak cari gaduh kat luar..

Suka hati aku la nak lepak ke nak ape ker!! Yang kau balik-balik nak perli aku tu pehal? Ko tau ke ape yang aku buat sepanjang masa sebelum ko balik? Ko tau ke aku dah gi kelas, dah jumpe lecturer n what so eva? Ko tatau kan? Yang ko nak bising kat aku pehal? Ko ade telor tak? Apsal ko tak pernah tegur pun mate kau tu lepak-lepak, kluar-kluar rumah sampai pagi baru balik? OoOoooOoo..Sebab kau takde telor la kan? Dengan mate kesayangan kau tuh, die buat ape pun kau rase btol kan? Dengan aku, sesuka hati kau je nak cakap ape kan?

Lepas nih aku nak diam jer..And kau kena ingat, sekali kau menyentap aku, 20-30x aku boleh buat kau sentap..Kau ingat tuh..Aku dah lama perhati perangai kau nih..Selama nih aku diam jer..Aku biar orang nak kata aku ape pun..Tapi tidak lagi sekarang..Kalau aku rase aku betol, aku akan menghentam mana yang tak betol..

Kau jangan ingat dengan imej alim kau, aku tak berani nak rembat kau..Salah tetap salah..Tak pernah dalam al-Quran cakap orang pakai serban, alim, tak boleh dimarah atau disalahkan kalau memang betol dia buat salah..

Kau jangan ingat kau bekas sekolah agama, kau bagus dalam segala hal agama..Owh tidak!Tak mungkin..Kalau mulut dengan kaki dah same taraf..

Lu ingat der, wa mintak maaf awal-awal der kalau lepas ni lu sentap ngan wa..

Eleanor Bartowski adik Charles Bartowski atau sebaliknya?

Chuck (TV Series)

Pernah tonton siri tv di atas? Jika tidak, aku amat menyarankan korang supaya cari siri tv ni, download la kat mana-mana sumber sekalipun bermula Season 1 sampai la sekarang iaitu Season 3 episod ke-14..

Pada mulanya aku memang tak berminat langsung dengan cerita nih..But after ‘my sweet pie’ perkenalkan aku dan mintak rekemen sangat-sangat supaya aku tonton siri nih, aku pun tengok la 1st episod die..And unfortunately, aku melekat dengan cerita ni dan boleh kata BIG FAN la kepada cerita ni..Thanx to ‘my love’ sebab perkenalkan cerita ni pada aku..

Sedikit tentang Chuck (TV series) nih, Chuck adalah seorang pakar komputer yang berkerja di department Nerd Herd dalam sebuah pasaraya besar (macam Giant dan Tesco) yang diberi nama Buy More. Kawan baik beliau, Bryce Larkin: seorang agen CIA telah menghantar satu jenis chip superkomputer yang mengandungi hampir keseluruhan rahsia kerajaan daripada rekod jenayah sampailah kepada politik setempat ke dalam komputer milik Chuck.Dan bila Chuck bukak je komputer dia pagi tu, secara kebetulan segala maklumat dalam chip superkomputer tersebut telah diupload kedalam memori otak mamat nih. Beliau boleh mengimbas segala rahsia kerajaan dengan hanya memandang kepada apa saja yang berkaitan dengan data yang disimpan. Akibat daripada itu, beliau telah diburu oleh CIA dan NASA.

Chuck mempunyai seorang kawan baik sejak kecil bernama Morgan (Si Jambang). Beliau juga telah dijaga (pada awalnya) oleh seorang agen CIA perempuan bernama Sarah Walker (heroin dalam cerita ni dan jugak Chuck punye love interest) dan juga seorang agen NASA bernama John Casey yang mana mereka ini ditugaskan untuk menggunakan maklumat yang ada dalam otak Chuck untuk menyelesaikan kes-kes jenayah besar selain menjaga Chuck daripada diculik oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab kerana otaknya yang tersimpan banyak rahsia kerajaan.

Beliau juga mempunyai seorang adik (atau kakak??takpe, isu ni kita akan kupas lepas ni) bernama Ellie, seorang doktor pakar bedah yang telahpun berkahwin dengan Devon Woodcomb (Capt. Awesome) yang juga sorang doktor pakar bedah..So, aku rasa cukup setakat itu ringkasan tentang cerita Chuck nih sebab aku nak kupas isu utama dan penyebab kepada post ini dikeluarkan..

Karakter-karakter dalam siri tv Chuck (drpd kiri : Sarah Walker, John Casey, Chuck Bartowski, Ellie Bartowski, Devon Woodcomb dan Morgan Grimes)


Berbalik kepada tujuan asal post ini dikeluarkan, tersebutlah satu hikayat dalam sebuah buku lama diberi nama Hikayat Serong Maha’angsa’ dimana terdapat 2 orang sahabat yang telah menjadi pengikut setia siri Chuck ini daripada season 1 sampai la season 3 sekarang ni. Mereka berdua begitu menggemari siri ini sehinggalan mereka boleh dianggap sebagai kipas-susah-mati siri ini kerana sanggup men’download’ cerita ini dan tonton setiap minggu walaupun sibuk dengan urusan lain..

Nak dijadikan cerita, satu hari salah seorang daripada mereka yang bernama Solis telah menimbulkan satu keraguan tentang status Ellie dalam siri Chuck ni. Adakah beliau kakak? Atau adik kepada si Chuck Bartowski ni? keraguan ini timbul kerana si Solis nih tengok translation cerita Chuck yang ditonton kat AXN (Astro punye channel) di mana dalam translation tersebut menyebut Ellie sebagai adik Chuck..

Maka sahabat baik si Solis yang dihikayatkan bernama Zargus ni pun tak puas hati kerana beliau tetap mempertahankkan pendirian beliau yang Ellie ni kakak kepada Chuck sebab memang itulah yang di’pegang’ sebagai kepercayaan turun temurun Daerah ‘1013’ yang terletak kat Negeri ‘Brunsfield Riverview’ nih..

Akibat daripada itu, setiap kali mereka menonton atau teringat akan siri Chuck ni, mereka akan bertikam lidah dan terus bertekak mengenai isu tersebut..Yang Solis cakap Ellie tu adik dan yang Zargus pulak cakap Ellie tu kakak..Dihikayatkan, sepanjang mereka ‘bersengketa’ itu, pelbagai hujah telah dikemukakan oleh mereka berdua semata-mata tidak mahu mengalah dan mahu mempertahankan prinsip masing-masing..Antaranya ialah :

Di pihak Zargus :

a) dalam season 2, ayah Chuck pesan pada Ellie supaya jaga ADIK dia (iaitu Chuck) baik-baik sepeninggalannya untuk selamatkan diri daripada penjahat.

b) Ellie kahwin dulu sedangkan Chuck tak kahwin lagi.

c) Translation kat tv2 menunjukkan bahawa perkataan ‘my brother’ yang disebut oleh Ellie ketika memaksudkan Chuck diterjemahkan sebagai ADIK saya.

Di pihak Solis :

a) Chuck masuk Universiti lagi awal daripada Ellie (ada satu episod tu tunjuk Chuck mase kat universiti dan ada satu episod tu tunjuk 1st year Ellie kat Med. School sebagai med. student)

b) Morgan (yang sebaya dengan Chuck) suka pada Ellie (yang mana kalau ikut logik, mesti la yang lelaki lagi tua suka perempuan yang lagi muda pada dia).

c) Translation kat AXN menunjukkan bahawa perkataan ‘my sister’ yg disebut oleh Chuck ketika memaksudkan Ellie diterjemah sebagai ADIK saya..Jadi, tentulah Chuck tu abang kan?

‘Persengketaan’ ini berlaku begitu lama dan sepanjang persengketaan ini, idea atau kepercayaan Solis telah begitu kuat sehingga difikirkan boleh menang dengan majoriti besar kalau dibuat Pilihanraya dekat Daerah ‘1013’ ni. Solis pun dah gembira yang teramat melihat perkembangan tersebut dan berusaha bersungguh-sungguh untuk ‘memperkembangkan’ ideologi beliau itu.

Ketika ‘persengketaan’ antara 2 sahabat ini berlarutan, dan hampir sampai ke penghujungnya, episod 14 season 3 yang mana menjadi episod terbaru sekali sekarang ni pun keluar. Dalam episod tersebut, Ellie dan Devon akan berangkat keluar negara kerana bertugas dan saat-saat akhir sebelum Ellie bertolak, dia cakap yang dia amat sedih untuk meninggalkan LITTLE BROTHER dia iaitu Chuck Bartowski. Kalau di’translate’ kan, LITTLE BROTHER = ADIK LELAKI.

Maka dengan itu, terjawablah sudah persengketaan antara Zargus dan Solis. Sebagai seorang yang matang, Solis menerima kekalahan ini dan mengakui hakikat yang beliau kalah..Orang cakap “ANAK JANTAN TAK SEMESTINYA MENANG”. Kan? Biar kita mengaku kalah dengan cara berpuas hati daripada kita menegakkan sesuatu yang memang kita tahu ianya dah terbukti salah.

Jadi, dengan ini, Aku; Solis : telah mengaku kalah kerana aku tahu dengan kukuhnya sekarang bahawa Ellie tu memang kakak Chuck. Buat Zarg, tahniah atas kemenangan ini. Aku berpuas hati walaupun kalah sebab memang ada bukti kukuh sekarang; daripada aku kalah tapi takda bukti kukuh. Hehehe!~ πŸ˜€

So, Zarg dan pembaca semua, aku rasa kita boleh tutuplah buku Hikayat Serong Maha’angsa’ ini sebab kisahnya dan pun berakhir dengan aman. Pesanan untuk Zarg, tak semestinya aku kalah kali ini. aku akan kalah selamanya. Hahaha!~ πŸ™‚

p/s : actually Zarg tak tengok pun lagi latest episod nih. Aku je yang dah tengok. Jadi, sebelum dia tengok dan kondem aku atas kekalahan aku nih, baik aku ngaku dulu kekalahan aku sebab itu lagi ‘macho’ kan? Hahaha!~ πŸ˜›

Charles Bartowski (Chuck a.k.a ADIK Ellie)


Eleanor Bartowski (Ellie a.k.a KAKAK CHUCK)

Ellie a.k.a KAKAK (tengah) dan Chuck a.k.a ADIK (kanan) bersama ayah diorang pada majlis kahwin Ellie.


Sarah Walker (Eh! Ade kaitan ke dia dengan sebab persengketaan nih? Jawapannye memang takde..hahahaha!~Tapi saje nak letak gambar die sebab dia cute sangat!!! Macam buah hati gua beb! :-P)


Moral of the story : Entah..bak kata Nabil : “Lu Pikir La Sendiri” Hahaha!~ πŸ˜€

Tapak baru utk AGV…

Alhamdulillah, sekarang AGV kesayangan dah ada tapak baru..Kalau dulu aku asyik tinggalkan ia kat luar sana, berhujan, berpanas, berembun, now tiada lagi itu semua..Kerana ia telah aku letakkan di tempat yang lebih teratur dan baik..

Bertempat di Basement 2 (B2), disitulah sekarang tempat ia ‘berehat’ setelah seharian berbakti kepada aku..So, aku dah tak perlu risau ia dicuri atau dirosakkan oleh sesiapa lagi..

Thanx to Mama Rose sebab sudi uruskan bayaran tapak, pembelian sticker dan sebagainya..Mujur jugak ada blog ni sebab Mama Rose cakap dia ambil no. AGV tuh daripada blog ni la untuk tulis kat sticker tuh..

Inilah sticker yang Mama Rose tolong aku buatkan untuk AGV kesayangan πŸ˜€

Tak sempat nak ambil gambar AGV ‘memperagakan’ sticker ni lagi..InsyaAllah untuk post-post yang akan datang mungkin ada..hehehe!~

Protected: Lepas Geram : Part 1

This content is password protected. To view it please enter your password below:

9 Hari tanpa ‘post’…

Em..Dah 9 hari rupanya aku tak update blog aku nih..Yelah, macam-macam perkara yang buat aku busy sampai terlupa nak update blog nih..Kelas, study ubtuk kuiz, discussion untuk presentation, try install Call of Duty : Modern Warfare 2, jaga kawan sakit sebab eksiden dan chatting dgn orang tersayang dan sahabat handai..Hehehehe!~

Hari Selasa malam Rabu, demam teruk..Muntah-muntah, ketar satu badan, suhu mmg meningkat mendadak..Demam kepialuku datang lagi rasanya..Tapi alhamdulillah, demam tu tak lama..Tak macam masa aku kat egypt dulu, sampai masuk hospital 3 hari 2 malam..

Aku risau jugak mase demam tuh, takut kena H1N1 atau demam denggi berdarah macam arwah din beramboi tu haa..Isk!Isk!Isk!..Aku dah siap pesan kat kawan-kawan supaya datang melawat aku kalau aku masuk hospital..Hehehe!~

Dah aku baik sepenuhnye pada hari Khamis tu, satu kejadian malang pula menimpa 2 sahabat serumah aku : Zarg dan Jimmy..Si Zarg nih, entah macam mana (mabuk todi agaknya :-P) telah melelongkan penunggangan motosikalnya semasa pulang daripada kelas, lalu terbabaslah motosikalnya ke dalam lubang di bahu jalan, maka tercampaklah mereka berdua ala-ala superman..

Nasib baik waktu tu aku ada di rumah..Boleh la aku apply serba sedikit ilmu yang aku belajar..Basuh luka-luka mereka, periksa setakat mana yang aku tahu keadaan kecederaan mereka, sapu ubat sementara untuk mereka dan tenangkan mereka untuk seketika..Semua aku buat tau!! (dibantu sikit-sikit oleh Mak Bell)..Baik tak aku (perasan lebih dah nih!!)

Mula-mula ingat tak ada la yang teruk, tapi setelah aku perhati betul-betul luka di tangan farid dan di lututnya, aku rasa mereka berdua perlu ke hospital dengan kadar yang segera..Lutut farid berlubang sampai nampak sket patella die tuh..Tu pun degil lagi tak mahu gi hospital..Takut jarum katanya (kena jahit)..Macam budak-budak.. πŸ˜›

Bila dah settle semua kat hospital, kami pun pulanglah..kurang lebih 9 jahitan di lutut kiri farid dan tiada kecederaan serius pada Jimmy..Keputusannya, aku terpaksa batalkan hajat aku untuk balik Manjung sebab nak jaga kawan baik aku yang sorang nih.. (baik tak aku?hahahahahaha!~)

Sabtu, sekali lagi rumah ini hanya dihuni oleh kurang separuh daripada isi rumahnya..Aku, Zarg (si sakit), alip (si driver) dan Mak Bell (si propa)..Hehehe!~Tapi, yang setia menunggu rumah ni adalah aku dan Farid..Ye la, aku jaga orang sakit, orang sakit plak, kompom la tak bejalan kemana-mana dah..

Sebut pasal berjalan, ada satu lagi cerita menarik yang aku nak kongsikan sebelum post ini dituntaskan..Pasal GOODLUCK aku untuk 2010..Post-post sebelum ni aku ada beritahu yang aku menang beberapa tiket wayang menerusi pertandingan sms daripada majalah utopia keluaran gempakstarz..Nak dijadikan cerita, hari Khamis harituh, semasa aku teman salah sorang sahabat aku masukkan duit kat bank, aku telah ‘gatal jari’ cuba sms radio ERA untuk dapatkan tiket free konsert ke-5 Β AF8 untuk hari Sabtu nanti..

Entah macam mana, sekali lagi nasib berpihak kepada aku bilamana ERA telah membalas sms aku dengan ucapan TAHNIAH sebab aku telah memenangi 2 tiket free tersebut..Alhamdulillah…Nasib aku memang baik sangat dalam tahun 2010 nih..Dan aku berdoa kepada Tuhan semoga nasib baik aku ini berterusan..Syukur sangat..Moga-moga lepas ni aku akan menang hadiah berupa wang tunai pulak..Maklumlah, tengah sengkek..Hehehe!~

2x jugak ERA hantar mesej TAHNIAH tu kat aku..Hari Jumaat petang pun dapat lagi 1 sms..Tapi tu la, malangnya, aku tak dapat hadirkan diri ke konsert tersebut..1, masalah transport..2, takde siapa pun nak pergi dengan aku :(..3, aku kan kena jaga orang sakit kat rumah nih, so mana boleh ambil mudah tanggungjawab tu..Huhuhuhu!~Tapi, kalau aku ada kereta, memang dah lama aku chow..Sorang pun soranglah..Janji tiket free..Hahahaha!~

Mungkin bukan rezeki aku untuk pergi kali ni..Mana tau aku dapat tiket free lagi untuk konsert final nanti..Emm..Harap-harapnya la..

Itu saja kot perjalanan hidup aku sepanjang 9 hari kebelakangan ni..InsyaAllah, ada masa nanti aku akan update lagi..

Tetttt….