Archive for the ‘ExPeRiEnCe’ Category

Seminggu yang amat bz..

Seminggu yang amat busy buat diriku..Letih, penat, layu, lesu..biar apapun istilahnya, ianya amat menyiksa jiwa dan raga..Kedahagaan yang melanda diri makin menjadi-jadi dewasa ini (chewaahhh!!)..Mungkinkah Malaysia sedang mengalami musim kemarau sekarang?Mungkinkah?Mungkinnkkaaahhhhh???!!!!!

Isnin : Lab test Bioethics –> tunggu punye lama kat luar Med. Sc. Skill Lab tuh..Dah la matahari terik..Lagi malang bila aku ‘terpilih’ utk menjadi orang yang terakhir ber’dialog’ ngan dr. Reza Farhour tuh..Huhuhuhu!~Gi kelas kul 8, kul 3.30 petang baru balik.. Orang lain, kul1.45 ptg dah balik..huhuhu!~

Selasa : Relax sket..Tapi still ade kelas..Em..Biase la, dah nama pun student, of coz la ada kelas kan?Takkan nak gi disco plak?Heh!~Kelas endocrine harituh takde la teruk sangat..Ok laa..Lagipun aku minat subjek endocrine nih  ^_^

Rabu : Kelas Introduction to Medical sc..Ada kuiz, then ada presentation lagi..Dah la kelas CVS pagi tuh aku dah escape akibat bangun lewat..Bace untuk kuiz la konon..Hehe!~Mujur kelas pagi tuh ok la, takde la susah sangat subtopic die..Em..Mase presentation tu la aku present pasal Andrologist tuh..Best gak klu dapat jadi Gynae ngan Andro nih..Hahaha!~

Khamis : Sepatutnya ada lab test pukul 8 pagi..Bersungguh aku pergi awal kat Dissect hall tuh (padahal kul 8.15 gak sampai)..Tunggu punya tunggu, sampai kul 9, class rep. btau yg dr. Tak sihat dan die akan postpone lab test CVS tuh ke petang harinya..Sme dah panas dah..Ye la, dah la cuaca kering, dihangatkan lagi dengan keadaan yang macam tuh..Huhuhu!~Kul 12, ade lab test endo..Alhamdulillah, senang la jugak..Banyak la juga yang aku confident je jawab..hahaha!~Lepas tuh, kami kembali berjalan ke Dissect Hall utk lab test CVS yang telah ditangguh tadi tuh..Nak dikatakan rezeki aku, alhamdulillah, semua soalan aku dapat jawab dengan baik..

Jumaat : Lab test IMS..Aku bukan la well prepared pun, but..Alhamdulillah, sekali lagi nasib menyebelahi aku..AKu dapat jawab dengan baik..Ape yang aku baca, semua masuk.Yang aku tinggalkan dan malas baca, tak masuk langsung..hehehe!~Tapi, yang tak bestnye, lepas je lab test tuh, Pn. Arash umum markah midsem IMS..Sedeynye!!!Result aku tidak seperti yang disangka..Meleset jauh kot!!Huhuhuh!~Aku berazam untuk menyaingi mereka untuk final nanti..Bukannya aku tak boleh..Malah, aku boleh buat lebih baik daripada mereka..Heh!~

Sabtu : Dua lab test menanti..Tapi sebelum tuh, ade kelas Haemopoietic & Lymphoid..Mujur presentation dan kuiz ditunda ke hari Isnin..Apa?!Isnin minggu depan?Kata dah start study week?Baru nak lepak-lepak sambil study (harap-harap ye la), alih-allih ada lagi kelas..huhuhu!~Lab test H&L berjalan lancar..Siap orang tiru aku lagi..Hahaha!~Lab Musculo pun begitu..

Now : 2.30 a.m –> Kami tinggal berempat..Aku, Zahid Chupe, Jimmy ‘Bawang’ dan Farid ‘MooOoOOo’..Penan, jimbit, meks and dindang, sme dah balik kampung halaman..Kami melayan kebosanan yang tidak terhingga..Aku ni terlebih malang bila internet sekarang ni dah macam biskut Chipsmore..Heh!~Bengang kot..Bayar mahal-mahal, bil tak pernah tertangguh, tapi servis macam hampeh..Harap-harap keadaan nih dapat p1 sdn bhd dapat selesaikan dengan segera..Tambah plak lepas nih katanya p1 akan upgrade kepada rangkaian 4G..4G??!!Wow!!Hehehe!~

That’s all for now…

Advertisements

SeLaNgKaH LeBiH MaTaNg

Benar kata-kata pujangga : PENGALAMAN MEMATANGKAN USIA..Dan bermulanya hari baru ini; 18 Febuari, telah menjadikan usia aku meningkat ke angka 23..Ironinya, nombor 23 itu sendiri telah menjadi kegemaran aku sejak daripada dulu lagi (sejak Beckham masuk Real Madrid..Hehehe!~) dan usia 23 ini aku mulakan dengan satu perasaan yg istimewa..Manakan tidaknya, dinombor 23 ni, aku dengan bangganya boleh katakan pada diriku yang aku telah berjaya tempuhi dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran setakat ini..Pengalaman yang tersemat dalam kotak fikiran aku ini adalah satu pengalaman yang belum tentu lagi ramai orang dapat merasainya..

Namun begitu, kesedihan akibat berjauhan dengan kekasih hati masih lagi dirasai..masih lagi tidak terbendung oleh apa-apa dan sesiapa sekalipun..Benar juga kata-kata pujangga : PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN..Pun bagitu, ia bukanlah alasan untuk aku mudah menyerah dan tidak sanggup menghadapinya.. Aku masih melangkah dengan penuh kesyukuran, masih berterima kasih kepada Tuhan; yg menguji tahap kesabaran dan penerimaan aku terhadap ujian yang diberikan..Aku akan terus tabah..Tabah dan bersyukur atas segalanya ya Tuhan.. Kurniakanlah aku kekuatan, agar aku akan terus tabah dalam menempuhi setiap halangan yang mendatang.

.Aku akan terus berusaha untuk mencari sinar kejayaan..Kepada mereka yang berada disekelilingku dan menyayangiku, bantulah aku ke arah itu..Agar hasilnya nanti akan dapat kita rasai bersama..InsyaALLAH..Semoga Tuhan permudahkan segalanya..

Happy Birthday Mohd Zulfadhli b. Mohd Zaki..Semoga kejayaan akan muncul semula menjadi milikmu, insyaAllah.. ~:-)

Al-Kisah Ramadhan

Salam kepada pembaca semua..

Rasanye dah hampir 3 minggu tak update blog nih..Harinih terpanggil pula untuk menulis sesuatu memandangkan Ramadhan tahun ni dah tinggal lagi seminggu sahaja..

Apa yang ingin dikongsi adalah apa yang berlaku kepada diri aku sepanjang 3 minggu sebelum ini di bulan Ramadhan 1429H ni..Antaranya diawal puasa, sambutan pelajar-pelajar baru dan pengalaman menaiki Gulf Air..

Awal puasa (1 Ramadhan – 8 Ramadhan) :

  1. Rase syukur sangat sebab Allah masih bagi kesempatan pada aku untuk menemui sekali lagi Ramadhan pada tahun ni.
  2. Berazam sangat-sangat nak tambah amal ibadah yang disunnatkan di bulan Ramadhan ni. Kalau boleh tak mahu tinggal solat Terawikh.
  3. Memang tiap-tiap hari solat terawikh, Alhamdulillah..Amal ibadah lain pun tak dilupa seperti baca Quran dan sebagainya.

Tengah Ramadhan 1 (9 Ramadhan – 14 Ramadhan) :

  1. Dah mula busy..9 Ramadhan ada exam Histology..Malamnya sibuk melayan kerenah pelajar-pelajar baru sampai 7hb dan 9hb ni.
  2. Namun dalam kesibukan, sempat lagi tunaikan solat terawikh bersendirian di rumah. Alhamdulillah, Tuhan masih beri kekuatan dan keinginan untuk aku beribadah kepada-Nya.
  3. Habis saja exam 11hb, sibuk dengan urusan di Universiti. Meeting bersama Dr. Nesreen (dr. yang menguruskan pelajar-pelajar luar negara di fakulti perubatan Universiti Mansurah), jumpa Ibrahim dan Mohd Mituali di Student Department dan macam-macam lagi.

Tengah Ramadhan 2 (15 Ramadhan – 17 Ramadhan) :

  1. Mula mencari masa renggang untuk mengemas barang untuk ke Cairo.
  2. 15 tgh malam bertolak ke Cairo, sampai Cairo subuh 16hb. Lepak kat Graha Jatim.
  3. Cantik banget Graha Jatim tu..Aircond 24 jam, hiasan rumah cantik, tempat tidur selesa, seswai la untuk dapatkan rehat secukupnya.
  4. 16hb siangnya pergi ke Pasar Saidina Hussin untuk beli barang-barang survenir nak bawa balik Malaysia.
  5. Maghribnya, lepas berbuka dan solat, sempat intai internet untuk mengetahui perkembangan 16 Sept. yg diwar-warkan sebelum ini
  6. Tak ada apa-apa perkembangan..Apa yang diwar-warkan tak ada satu pun yang jadi..Apa yang ada adalah bolak-balik yang seperti biasa terus dilakukan..Semoga Allah menyelamatkan Malaysia daripada ancaman yang boleh membahayakan semua rakyatnya..Malaysiaku yang tercinta..
  7. 17hb, pengalaman pertama naik Gulf Air..Pengalaman pertama juga berbuka di dalam Kapal Terbang. Rasa  beruntung kerana Allah beri peluang pada aku untuk merasai pengalaman ni.
  8. Transit kat Baharin, jumpa pasukan bolasepak Kedah yang bertemu Kelab Muharraq di negara tersebut pada hari sebelumnya. Flight seterusnya ke Malaysia penuh dengan orang Malaysia. Termasuk pasukan bola Kedah tu. Ada Azrai Kor, Helmi Eliza, Victor Andrag dan ramai lagi

Akhir-akhir Ramadhan (18 Ramadhan hingga hari ini) :

  1. 18 pagi sampai ke Malaysia..Alhamdulillah, Malaysia masih lagi aman, makmur dan sentosa untuk diduduki oleh seluruh rakyatnya..
  2. Seronok berpuasa di rumah, makanan Malaysia memang best!~
  3. Cuaca juga Alhamdulillah, tidak sepanas Mesir..
  4. Menjelang berakhirnya Ramadhan ni, harap-harapnya aku tidak mengabaikan terawikh yang dilakukan seperti malam-malam semasa di Mesir.

Begitulah beberapa catatan ringkas yang aku alami sepanjang 3 minggu di Bulan Ramadhan 1429H. Secara keseluruhannya aku bersyukur pada Ilahi kerana memberikan aku kesempatan untuk melalui dan merasai pelbagai pengalaman baru sepanjang Ramadhan tahun ni. Semoga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat-Nya dan semoga ibadah puasa yang kita lakukan tahun ini diterima oleh-Nya..