20 hari tanpa entri….

Oh!Dah lama rupanya blog aku ni tidak di update..Masuk hari ni, genap 21 hari..Bermakna, dah 20 hari tanpa entri yang baru..Kemana aku menghilang?Apa cerita yang hangat-hangat sepanjang aku menghilang ni?Em..Ada la sikit kot..

Sedar tak sedar, dah sampai pun kita di penghujung bulan 5 pada tahun 2010 ni. Aku boleh menarik nafas lega buat seketika kerana sekarang dengan rasminya aku telah menamatkan short sem pertama aku di University of Choice ini..Macam biasa, lepas habis final exam..So, analisis la sikit kan..Hehehe!~😀

Walaupun hanya 3 subjek, namun ia sudah cukup buat aku mereng..Subjek pertama, First Aid : agak mudah bagi aku, apa yang aku baca dan apa yang keluar dalam soalan agak banyak yang tally..Pendek kata, Alhamdulillah..Subjek kedua, Nutrition in Medical Sciences : agak tertekan jugak sebab banyak gila babeng yang nak dibaca..huhuhu!~Mujur Miss Salma Faeza (berkenan aku ngan lecturer nih :-P) dah bagi 4-5 tips yang sungguh berguna..So, boleh jawab, tapi tak tahu macam mana result nanti..sebab banyak guna ayat sendiri..Subjek ketiga, Psychological Medicine : perghhhh!!!Seperti namanya jugak, subjek ni telah membuatkan aku jadi seorang psycho buat seketika..Macam orang dah tak betul dah..Aku pun tak tahu la kenapa subjek ni sangat susah aku nak menghafal dan nak memahaminya..kesimpulan untuk subjek ni : jawab merapu, tak letak harapan tinggi sangat..but still target paling koman B-..Em..

Jadi, dah terang lagi bersuluh, sebab pertama blog aku ni sepi tanpa entri adalah kerana persediaan study untuk final exam..Maklumlah, 2 minggu saja lepas midsem, dah mula exam final..Em..

Dalam duk kalut-kalut bersedia untuk final exam tu, aku telah disentapkan dengan kehadiran result final untuk sem. aku yang lepas..Sentap sebab kurang memberangsangkan..Aku target dapat la at least dean’s list. Tapi apakan daya terkandas agak banyak..Mujur pointer untuk sambung MBBS tu masih selamat la..Takde la sampai bawah daripada itu..Adoiyai..Perlu score untuk gol subjek-subjek dalam sem. yang berikutnya ni..huhuhuhu!~

Bulan May ni jugak adalah bulan dimana MSU berjaya ‘mencekik’ duit aku..Menjadi rekod untuk bulan ini juga, abah aku terpaksa 4x masukkan duit dalam akaun aku..Ini menunjukkan kewangan aku untuk bulan 5 ni sangat kritikal..MSU saja telah berjaya ‘mencekik’ duit aku sejumlah RM1580..3 kali aku bayar RM560 kat akaun MSU tu..Bayaran pertama untuk bulan April : dibayar sebab aku nak ambil slip exam midsem..Bayaran kedua untuk bulan May : dibayar sebab aku nak ambil slip exam final pulak..Dan baru semalam bayaran ketiga untuk bulan Jun : dibayar sebab aku nak buat subjek registration untuk next semester..Adoiyai..

Bulan May jugak aku telah tonton 3 filem kat wayang yang memang dinanti ramai..Filem-filemnya adalah : a) Iron Man 2, b) Robin Hood, 3) Prince of Persia : The Sand of Time..

Abang Besi kembali..

Abang Robin si 'sharp shooter'...

Putera Darlan 'Si Singa Persia'

Sebab ini jugalah fulus aku mengalir bak air bulan ni..huhuhu!~ Pun begitu, aku amat berpuas hati kerana cerita-cerita ini memang best!Tapi, kalau mengikut ranking aku sendiri, Prince of Persia adalah yang terbaekkk woookkkkk!!! Diikuti dengan Robin Hood dan diakhiri dengan Iron Man 2..

Akibat ke’obsess’an aku dengan filem di wayang dan ketidak-berduitan aku buat masa sekarang, ia telah mendorong aku untuk sekali lagi mencuba nasib dengan peraduan-peraduan sms di majalah Utopia..And guess what??!! Ambo menang skali lagi wehhh!!!Hahaha!~Aku rasa luck aku memang sentiasa ada la kat majalah ni..And cerita yang aku dapat tiket freenya adalah :

Taarrrraaaaaaaa!!!!

Lagenda Budak Setan wa cakap lu!!!Aku dapat tiket tayangan perdana plak tuh (2 Jun kat MidValley sedangkan tayangan cerita tu adalah pada 3 Jun)..Harap-harap ada la antara pelakon filem ni yang hadir..Yang paling aku harapkan adalah Cik Lisa Surihani pojaan hatiku itu (jangan marah ye baby..gurau je nih..hahahaha!~ :-P)..Mana la tau kan, untung-untung boleh jadi kawan..hehehe!~

Em..Itu je kot yang boleh aku ceritakan setakat ni..Nanti lebih-lebih aku cerita kemudian ye..Hehehe!~Sekarang aku tengah berkira-kira membuat percaturan bila aku nak balik Penang. Sekarang tenagh cuti 2 minggu..Tapi aku macam tak plan lagi bila nak balik..Tengoklah, esok lusa ada la tu plan yang muncul kot..

One response to this post.

  1. Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! nak tengok jugak sume movie movie tuuuuuuuuuuu!!! :(((
    die pegi ngan cape la agaknye tgk lagenda budak setan tu~ tsk.😦

    p/s: iye salah kiwe la. 560 darab 3=1680. adoiiyai. hihihihi~

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: