SELAMAT HARI IBU…

Hari ni, bila aku celikkan saja mata aku, berlambak-lambak orang duk wish “Selamat Hari Ibu” untuk ibu mereka semua kat facebook (termasuklah aku). Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2010 ni sambutan hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010 (hari ni la tu).

Manakala negara di Timur Tengah seperti Iraq, Oman, Jordan, UAE, Arab saudi, Kuwait, Sudan, Palestin, Mesir pula menyambutnya pada permulaan musim bunga iaitu 21 Mac sementara Hari Ibu di Indonesia ialah pada 22 Disember (lambatnya diorang nih).

Pun begitu, tahukah korang bahawa sambutan Hari Ibu dikatakan tidak harus disambut oleh orang Islam? Ia adalah berdasarkan beberapa artikel terutama dari wiki ini yang ada menceritakan tentang asal usul sambutan hari tersebut. Dalam wiki tersebut ada maklumat yang tertulis seperti berikut :

“Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac. Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.”

Pun begitu, ramai ulamak yang mengupas tentang isu ini termasuk para mufti di Malaysia yang memberi pendapat bahawa ianya tidak salah untuk menyambut Hari Ibu yang istimewa ini selagi ia tidak bercanggah dengan hukum Islam..Maksudnya, tidak berlebih-lebihan..Tidak membazir..Tidak memuja..Ada la lagi 2-3 perkara yang disebut bagi menjawab isu ini..Boleh rujuk sini.

Bagi aku pula, setiap hari adalah hari ibu (mungkin agak klise ayat nih, tapi itulah hakikat). Ibuku ratu hatiku..Hari Ibu pun aku wish untuk dia, hari bukan sambutan Hari ibu pun aku ucap aku sayang dia..πŸ˜€ Aku juga tak malu untuk mengakui bahawa aku ‘Anak Emak’..’Anak Emak’ ni tak semestinya manja, lembik, sikit-sikit nak menangis..Sebaliknya ‘Anak Emak’ boleh juga jadi gagah, perkasa, brilliant, idaman malaya (alamak!terlebih sudah :-P)..hehehe!~

Owh!~Sempena sambutan Hari Ibu nih, otak aku secara tidak sengaja terfikir satu soalan yang aku sendiri tak mampu jawab..Soalannya berbunyi :

“Kalau seorang lelaki tu single parent, dialah bapa, dialah ibu, anak dia boleh celebrate Hari Ibu dengan dia tak?”

Hahahahaha!~Pelik kan soalan aku?..Ada siapa-siapa nak jawab ke soklan nih?Tolong kami bantu kami…πŸ˜›

Sempena Hari Ibu tahun 2010 nih, aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada mamaku; Pn. Hasnah bt. Mat Rashid yang dan banyak berkorban untuk membesarkan kami 4 beradik. Terima kasih kerana mama tidak pernah jemu menyokong Ayie, tak pernah kenal erti putus asa dalam membantu Ayie mencari masa depan yang cerah, ada di sisi sewaktu Ayie dalam kesusahan dan memberi semangat yang tidak berbelah bahagi kepada Ayie..Mamalah ratu hati Ayie..Ayie sayang mama… (sob..sob..bergenang la plak mata aku nih..hehehe!~)

Akhir sekali, Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu diluar sana..Semoga tidak pernah jemu membesarkan insan yang bergelar anak seperti kami ini..

p/s: boleh tak kalau nak wish Selamat Hari Ibu untuk bakal ibu kepada anak-anak aku nanti?πŸ˜›

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: