2 KePiNg dAn 2 eKoR…

Apa yang 2 keping? Apa yang 2 ekor ni? Isk!~Pelik-pelik saja tajuk yang selalu aku pilih kan?Em..Pelik tapi unik..Puji diri sendirilah pulak..Hehehe!~

Alkisahnya pada 29hb yang lalu, aku sampai la ke manjung ni haa..Daripada Penang datang semata-mata untuk menjaga nenek kesayanganku (baik tak aku nih?hahaha!~)

Sesampai je kat rumah ni haa, dah keluarkan semua barang daripada kereta, aku pun terus menuju ke pintu pagar yang menempatkan peti surat di sisinya..Kulihat ada 2 pucuk surat..Yang lagi mengujakan diri aku adalah salah satunya mempunyai nama aku dan sampul surat tersebut tertera logo GEMPAKSRTAZ!!!

Aku baca lagi pada ruang yang menempatkan nama aku tuh..Terkejut aku bila ianya tertera “Edge of Darkness : Utopia 177”. Aku pun apa lagi, melompatlah keriangan sambil menjerit “PAKCIK KAYOOOOOO!!!!”..Hahahaha!~Propa je lebih nih..Padahal bukan menang duit pun..

Bila aku buka je sampul surat tu dan aku teliti isi kandungannya, aku bertambah teruja kerana aku telah memenangi sepasang (2 keping) tiket tayangan Edge of Darkness. Hahahahaha!~Bukan main seronok lagi aku dengan hadiah yang aku terima ini.

Ini dia 2 keping pas tayangan Edge of Darkness yang telah aku menangi

Ini pulak bukti bahawa aku tak tipu korang yang aku memang menang pas berkembar ni daripada pertandingan dalam buku Utopia 177

Aku amat bersyukur dan berterima kasih atas kurniaan ini..Mana tidaknya, ini adalah kali kedua aku menang peraduan SMS Utopia ni dalam tempoh 3-4 bulan ni..Kali pertama adalah peraduan SMS Utopia issue 174 (kalau tak silap la)..Tapi waktu tu aku hanya menang hadiah saguhati..Dapat la penahan panas untuk cermin depan kereta..Apa entah nama filem tu..Aku pun dah lupa..Kali ni, aku menang pas berkembar pulak..Alhamdulillah..Bangga weh dengan diri aku..hehehe!~

Dalam kebanggaan tu, aku sedih sikit sebab aku tak dapat nak kongsi tiket ni dengan Queen of My Heart..Huhuhu!~😦 Dia jauh..Tiket tu pulak bukan bertahan lama..Dengan siapa aku nak pergi nanti?Em..Entahlah..

Cerita kedua pulak..Setelah aku dah seronok-seronok dapat 2 keping tiket tadi, aku teringat pesan mama aku..Beliau cakap “Ayie, dah sampai manjung nanti, tolong tengokkan comel skali ya..Haritu dia tengah sarat bunting nak beranak”. Teringatkan pesan tersebut, aku pun terus bergegas ke belakang rumah (tempat biasa comel lepak)..

Siapa comel ni?? Hahahaha!~ Comel ni adalah kucing betina peliharaan kami sekeluarga la..Dulu besar keluarga dia nih, siap ada laki nama Kiki lagi..Kiki adalah kucing baka persian kesayangan kami sekeluarga..Namun apakan daya, dia menghilangkan diri sebulan sebelum family aku pindah ke Penang..Tinggallah Comel membawa diri..Huhuhu!~ (kisah sedih la pulak).

Berbalik keada kisah comel ni tadi, bila aku sampai je belakang rumah, aku nampak comel ni baik punya lepak dalam raga baju..Nasib baik raga baju tu kosong..Dan aku juga terlihat 2 ekor anak kucing yang cute-cute semuanya..Bulat-bulat, montel-montel..Hehehe!~Pandai jugak comel ni ‘proses’ anak ya..Hahahaha!~

Comel buat muka 'seposen' dia bila aku cuba 'snap' gambar dia dan anak-anaknya..

Comel yang tengah perasan comel sebab ada orang snap gambar dia dan anak-anaknya..😀

Em..Yang tak tahan tuh, warna anak dia sepesen je dengan warna dia..Putih warna asas, kemudian ada tompok-tompok hitam sikit kat ekor, kepala, badan dan kaki..Em…

Anak 'sulung' kelahiran kali ini (sebab nampak macam gagah sikit)😛

'Adik' pada kelahiran kali ini (sebab nampak monyok sikit dan mata pun tak berapa nak bukak lagi)😀

Tak tahu lagi nak bagi nama apa..Jantina pun masih aku tak dapat kenal pasti..Rasanya sekor jantan sekor betina kot..Berita baiknya, mama dah berkenan dengan kedua-duanya dan dengar cerita katanya nak bawak ke penang skali dengan ibunya..Hehehehe!~

Begitulah kisah 2 keping dan 2 ekor yang aku nak sampaikan pada post kali ini..Hehehe!~Tahniah pada Comel sebab berjaya lahirkan 2 ekor anak yang cute. Dan tahniah juga pada aku sebab memenangi 2 keping tiket filem Edge of Darkness..Ini membuatkan aku lebih berkobar nak masuk setiap pertandingan yang ada.Hehehe!~

Setakat ini dulu..Nak ready untuk tonton MU vs Munich plak nih..GLORY!GLORY! MAN UNITED!!!

Hahahaha!~

2 responses to this post.

  1. nak ikut iye…:((

    Reply

  2. nk meyelit gak. kekeke

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: