Salam Maulidur Rasul…

Hari ini, 26 Febuari 2010 bersamaan 12 Rabiul Awal 1431 Hijrah merupakan cuti umum bagi meraikan peristiwa penting untuk umat Islam iaitu Hari Maulidur Rasul. Berbeza dengan 14 Febuari yang sering disambut atau diraikan oleh anak-anak muda masa kini, Maulidur Rasul memberikan makna yang sungguh istimewa untuk seluruh umat manusia yang beraga Islam kerana pada tarikh 12 Rabiul Awal inilah, nabi junjungan besar kita, Muhammad S.A.W telah diputerakan..

Rasulullah yang merupakan Rasul dan Nabi yang terakhir inilah yang telah menyampaikan ajaran agama Islam yang sempurna yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada umat manusia sejagat..Baginda amat disayangi dan dikagumi sehingga kehari ini..

Baginda merupakan contoh yang paling baik untuk diikuti dan role model terbaik kepada kita semua..Segala yang dilakukan patut menjadi ikutan dan segala amalan dan sunnah yang ditinggalkan harus kita renungkan dan amalkan bersama..

Aku berbangga menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W..Aku bersyukur kerana menjadi umat nabi akhir zaman ini..Namun aku sedar, pengetahuanku tentang sirah Baginda belum cukup mantap dan amalanku masih belum cukup untuk membuktikan kecintaanku kepada Baginda..Aku harus berusaha memperbaiki diriku dari hari ke hari..Selawat keatas baginda junjungan besar kita ini harus aku biasa amalkan setiap hari..Agar bukan hanya pada tanggal 12 Rabiul Awal setiap tahun Hijrah sahaja aku mengingati baginda, tetapi setiap saat dan waktu harus aku ingatinya..

Sempena kedatangan 12 Rabiul Awal ini, marilah kita sama-sama mengalunkan selawat dan salam keatas Nabi Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W :

صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم

يَا نَبِى سَلاَمُ عَلَيْكَ

يَا حَبِبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا

مِثْلَ حُسْنِكَ مَارَأَيْنَا

اَنْتَ شَمْسُ اَنْتَ بَدْرُ

اَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِى

يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد

يَا مُؤَيَّدْ يَا مُمَجَّد

يَا رَسُوْلُ سَلاَمُ عَلَيْكَ

صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ

قَطُّ يَا وَجْهُ السُّرُوْرِ

اَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرِ

اَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ

يَا عَرُوْسَ الْخَا فِقَيْنِ

يَا اِمَامَ القِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَدْ

حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّدْ

مَنْ رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ

وَالْغَمَامَةِ قَدْ اَظَلَّتْ

عَالِمُ السِّرِّ وَاَخْفَى

رَبِّ ارْ حَمْنَا جَمِيْعَا

وَصلاَةُ اللهُ عَلَى اَحْمَدْ

اَحْمَدُ الْهَادِى مُحَمَّدْ

يَا كَرِيْمَ الْوَلِدَيْنِ

وِرْدُنَا يَوْمً النُّشُوْرِ

بِالسُّرَى إِلاَّ اِلَيْكَ

وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ

مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ

بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ

عَدَ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ

صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: