KESABARAN, RAMADHAN, PEPERIKSAAN DAN KEPULANGAN

Sabar…Aku harus bersabar…Inilah dugaan Tuhan yang telah dijanjikan kepadaku..Apa yg mampu aku lakukan sekarang hanyalah terus berusaha, berdoa dan bertawakal tanpa henti..Aku percaya pada kuasa Allah, pentadbir alam semesta…Teruskan usaha, Ayie!!InsyaAllah kau akan dapat melepasi segala ujian dan halangan ini!! (monolog ini hanya untuk memberi semangat kepada diriku agar tidak putus asa mengejar cita-cita)..

Ramadhan hampir tiba..Hari ini dah masuk 29 Syaaban..Kedatangan bulan yang penuh barakah hanya tinggal 2 hari sahaja lagi..Dan untuk kali ketiganya, insyaAllah aku akan menyambut kedatangan bulan yang mulia ini di Bumi Anbia’..Tiada persiapan besar-besaran yang dapat ditunjukkan secara zahir..Hanya persediaan daripada segi rohani yang mampu aku lakukan..

Aku berazam yang tahun ini akan ku lalui bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan penuh keinsafan, melatih diri kearah kebaikkan dan sedaya upaya menghindari segala yang dihalang oleh Allah melalui ajaran Islam..Agar apabila aku tinggalkan Ramadhan, aku akan menjadi seorang insan yang lebih baik daripada yang sebelumnya..Akan ku cuba!!

23 haribulan ini juga akan menjadi pemula kepada perjuangan aku bagi menentukan sama ada aku akan terus kekal di Bumi Anbia’ ini atau ‘gugur layu’ begitu sahaja setelah sekian lama menanam cita-cita..Aku harap aku berjaya kali ini..Berjaya menempuhi setiap halangan dalam meneruskan cita-cita menjadi seorang yang berguna di masa hadapan..Aku mengharapkan doa daripada kalian semua..Doakan aku..Aku akan berusaha sebaiknya..

Kepulanganku ke kampung halaman tidak sampai sebulan lagi waktunya..Baru sebentar tadi ibuku berkata bahawa beliau tidak sabar menanti kepulangan puteranya..Aku juga begitu wahai bonda..Akan ku pulang dengan membawa khabar yang gembira..dan akan kuhindar berita duka daripada menyilit dicelah-celahnya..Tarikh keramat 15 September dinantikan dengan penuh sabar..InsyaAllah aku akan sabar menantinya…

coretan tangan gatal yang tak tahu nak buat apa…😀

One response to this post.

  1. Posted by puteri merindu putera on August 20, 2009 at 10:07 pm

    si tangan gatal yang masih elum mengejutkan tuannya…nasi goreng da lama sejuk la memok!! huhuhu~

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: