Aku dan diriku…

Alhamdulillah..

Akhirnya berakhir sudah peperiksaan yang saatnya amat kunanti selama ini..Walaupun tidak berakhirnya secara rasminya, kerana masih ada peperiksaan oral 2 hari lagi untuk subjek terakhir ini, tapi aku tetap rasa lega dan bersyukur..Apa yang aku perlu lakukan sekarang hanyalah berdoa dan menanti keputusan dengan penuh sabar..

Gembira dan rasa terlepas daripada segala beban adalah perasaan-perasaan yang sepatutnya aku rasakan dalam keadaan sekarang..Namun entah mengapa, aku terlalu pening, sakit kepala dan tension sangat sekarang ni..Tidak tahu kepada siapa yang harus aku luahkan perkara seperibadi begini..

Kadang-kadang aku merasakan diriku ini seperti seekor beluncas..yang perlu hidup dalam kepompong, terkepung dan hanya duduk menanti waktu yang seterusnya..Cukup tidak sabar untuk aku nantikan saat untuk menjadi rama-rama..Namun aku juga harus fikir bahawa rama-rama juga hidupnya tak sentiasa senang dan panjang seperti yang disangka..

Aku pasrah, dalam keadaan sahabatku sahabatmu dan sahabatmu sahabatku ini, segala yang dilakukan walaupun secara senyap, pasti diketahui..Namun bagiku tiada salahnya jika aku sudah berterus terang, namun tidak beritahu sepenuhnya..At least aku sudah khabarkan apa yang patut..

Kadang-kadang aku merasakan hidupku hanya berdasarkan acuan yg telah dikau acukan..Memang nampak seperti ada perubahan, namun hakikatnay perubahan yang dikau lakukan hanyalah untuk melihat tiada persengketaan, bukan kerana dikau sudah dapat menerimanya dengan hati yang terbuka..

Jika itu kau rasakan adalah masalah dariku, ya..Biarlah aku akui sendiri bahawa itu masalahku..Masalahku untuk memberikan segalanya sekaligus untukmu supaya engkau merasai segala keistimewaan yang kau inginkan itu..Ini cara aku, dan cara inilah yang telah aku guna pakai sekian lama sebelum bertemu denganmu..

Aku tercengang juga terkadang memikirkan apa yang berlaku..Mengapa dikau susah benar untuk memahami diriku? Begitu juga aku, mengapa susah benar untukku memahami dirimu yang sebegitu? Adakah ini dugaan yang benar-benar Tuhan jadikan untuk menguji tahap kesabaran dan kasih sayang yang terbina atas ikatan ini?

Niatku cuma satu..Aku ingin berkawan, bukan untuk mencari pesaing dirimu..Niatku cuma untuk menahbah kenalan, bukan untuk mencari pengganti kamu..Namun apa yang aku nampak, pantang saja ada kawan baru, mesti dikau tidak menyetujuinya..Mesti ada sahaja yang tidak kena..Segala apa yang kuberi selama ini jadi sia-sia..Tidak diingat dan dihayati sepenuhnya..

Jiwaku meronta..merayu -rayu kiranya dikurniakan sedikit kebebasan untukku menjalani kehidupan seperti biasa..Bukan sekadar sang pencinta, malah sahabat dan sang ketua yang mengenal dan membantu anak-anak buahnya..Mungkin ramai insan yang berkaum hawa, namun itu bukanlah yang aku minta..

Kaum adam susah sekali untuk mencari diriku..kerana mereka merasakan diriku tidak sehebat mereka..Yang kononnya lebih tinggi ilmu agama, lebih panjang akalnya daripada ku..Yang tinggal hanyalah kaum hawa yang lebih banyak meminta tolong daripadaku..Adakah itu juga salahku?

Bukan niatku membelakangi dirimu..Namun apa yang telah kuberikan, kurasakan sudah cukup buat seorang insan yang digelar pencinta..Rancanganku untuk membiarkan dirimu merasainya satu persatu, agar dikau akan merasa bangga diakhirnya..Namun, bukan itu yang kau mahu..Kau mahukan segalanya daripada awal dikau yang punya…

Aku buntu..Namun aku teruskan jua..Teruskan usahaku untuk memahami dirimu sang pencinta..Kerana daku juga sepertimu..mencinta dan ingin dicinta..Aku harapkan agar kita dapat menemui titik pertemuan untuk menyatukan kita berdua, agar kekal selama-lamanya..

Maafkan daku atas segala kesilapanku selama ini..Aku hanya serangga, yang kerdil lagi naif untuk menjadi seorang pencinta..Terimalah apa yang kulakukan seadanya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: