Hati dan perasaan…

Salam buat semua….

Terkadang aku berfikir, mengapa hidup ni asyik aku sahaja yang perlu mengalah??Mengapa asyik diriku sahaja yang perlu dirasakan bersalah dalam segala perkara??Aku bingung bila memikirkannya…

Dalam hidup ini, mengapa ada sahaja manusia yang tidak berpuas hati dengan apa yang kita lakukan? Mengapa ada insan yang suka memburuk-buruk pihak yang lain, menanam perasaan benci yang tiada berkesudahan??Aku bingung bila memikirkannya…

Adakah mereka-mereka ini sememangnya takutkan persaingan sihat?Maka menjatuhkan dan memburukkan mereka yang lain??Berfikirlah dengan matang..Jangan kerana hasutan kebencian yang tinggi, maka yang baik bergunung ditolak tepi, yang buruk membusut dijadikan paksi..

Sifat manusia mmg tidak pernah sempurna..Setiap yang dilakukan, walaupun telah diusahakan sebaik mungkin, namun lumrahnya memang ada silap dah salahnya..Namun janganlah perkara yang silap itu dikira semata kerana pihak tersebut tidak mengikut telunjuk dan kehendak anda..Silalah membuat pertimbangan dengan tidak memihak kepada mana2..Mainan ‘politik’ seperti ini sudah bosan untuk aku hadapai..

Kerana tidak sehaluan, maka apa yang dilakukan semuanya salah..Lain pula halnya dengan pihak yang menyokong mereka..Pihak ini akan dipuji, dilambung dan diangkat serta disanjung walaupun hakikatnya mereka itu lagi bermasalah daripada pihak yang sedia ada..

Bosan, sungguh bosan untuk aku lalui situasi ‘politik’ hidup yang sebegini..’Politik’ yang hanya mementingkan periuk nasi sendiri tanpa mengira orang lain..Tidakkah kamu semua sedar bahawa sikap kamu itu amat jelik untuk ditonton dan dihidangkan kepada ‘masyarakat’ setempat yang tidak sehaluan dengan anda seperti kami ini?

Kami tidak pernah mengata sesuatu yang baik daripada anda..Kami hanya membetulkan apa yang kami lihat tidak sepatutnya berlaku sedemikian rupa..Yang betul kami iyakan, yang salah kami cuba betulkan..Tapi anda? Yang betul pun anda buat tak nampak, yang salah itu lagi anda nak besar-besarkan..

Jelik, sungguh jelik melihat perlakuan seperti ini..Sedarlah wahai anda yang bersikap sedemikian rupa..Jangan hanya tahu berkata namun tidak berfikir secara keseluruhan sebelumnya..Aku tak kata anda semua tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu, kerana anda semua bijak, malah lebih bijak daripada aku..Tapi aku hanya katakan bahawa anda semua tidak berfikir secara menyeluruh, iakan yang benar dan betulkan yang salah..Apa yang anda lakukan adalah, siapa tidak sehaluan, akan ditentang walaupun anda tahu bahawa ada banyak lagi perkara yang dilakukan adalah betul..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: