ReSpOnSiBiLiTy….

TANGGUNGJAWAB…..

Sememangnya inilah perkara yang akan sering ‘menghantui’ kita sejak awal kelahiran kita ke atas muka bumi ini.. Malah kelahiran kita itu sendiri telah dianggap sebagai tanggungjawab kepada ibubapa kita dalam membesarkan dan mengasuh kita agar menjadi khalifah di bumi Allah ini..

Semua manusia di muka bumi ini mempunyai tanggungjawab..Baik sekecil-kecil tanggungjawab sehinggalah sebesar-besar tanggungjawab, semuanya harus dipikul dan dilakukan dengan penuh ikhlas dan sabar. Antara tanggungjawab yang paling utama dalam hidup kita sebagai seorang manusia adalah tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah..Begitu juga dengan tanggungjawab terhadap diri sendiri, ibubapa dan apa sahaja  sehinggalah kepada tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

Apakah perbezaan antara AMANAH dan TANGGUNGJAWAB? Ia nampak seakan-akan sama, namun pada hemat saya kedua-dua ini mempunyai beberapa perbezaan untuk dibandingkan..Bagi saya, amanah ialah suatu kepercayaan yang telah diberikan atau dipertanggungjawabkan keatas kita manakala tanggungjawab pula dilihat sebagai perkara hukum yang memang perlu dilakukan dengan sebaik mungkin untuk kesejahteraan hidup.

Namun apa yang pasti adalah amanah dan tanggungjawab ini secara azalinya diaplikasikan secara beriringan dan ianya berkait rapat satu sama lain..Setiap amanah yang telah diberikan kepada kita haruslah dilakukan dengan penuh jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab..

Apakah kesannya pula jika kita mengabaikan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita?

Rasullullah saw pernah bersabda yang bermaksud;

“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan diminta pertanggungjawaban kelak di hari Kiamat, seorang pemimpin pemerintahan adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang rakyatnya, suami adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang anggota keluarganya, istri adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang rumah tangga suaminya serta anak-anaknya, dan seorang pembantu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban tentang harta benda majikannya, ingatlah bahwa setiap kalian adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban kelak di hari Kiamat.”

(HR Muttafaq ‘alaih, dalam Lu’lu wal Marjan hadits no. 1199)

Jelaslah disini bahawa setiap antara kita, walau siapa pun kita, pastinya masing-masing tidak akan terlepas daripada tanggungjawab. Jika kita tidak melaksanakan atau mengabaikannya, ianya akan memberikan kesan yang negatif sekurang-kurangnya hidup tidak akan tenteram dan sejahtera. Ini kerana tanggungjawab adalah hukum pemangkin kepada apa sahaja yang kita lakukan dimuka bumi ini..

Maka untuk mengingatkan diri sendiri, di sini saya akan senaraikan beberapa amanah dan tanggungjawab yang sedang saya pikul :

i) sebagai hamba Allah

ii) sebagai umat Islam

iii) sebagai anak

iv) sebagai pelajar perubatan Mansurah

v) sebagai pengerusi GMMSC

vi) sebagai ahli beit Ieman

vii) sebagai sahabat

viii) sebagai rakyat Malaysia

ix) sebagai bangsa Melayu

Harap-harapnya agar aku dapat menjalankan semua tanggungjawab ini dan juga yang lain (kalau ada yang tak disenaraikan) dengan penuh jujur dan ikhlas..Sama-samalah kita muhasabah balik adakah kita telah menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang insan di muka bumi Allah ini..Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmat-Nya…

*12.28 p.m*


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: