TERIMA KASIH, THANK YOU SO MUCH!~

  • Swahili : Asante
  • Chinese : Daw Jah
  • Bosnian : Hvala
  • Vietnamese : Cam On (pronounced as caam-ungh)
  • French : Merci
  • Italian : Grazie
  • Urdhu : Shokriya
  • German : Danke
  • Spanish : Gracias
  • Japanense : Arigato
  • Thai : Kop kun karp
  • Portugese : Obrigado
  • Tamil : Nandree
  • Hindi : Shukriya
  • Mandarin Chinese :  谢谢 / Xie Xie
  • English : Thank You
  • Malay : Terima Kasih
  • Arabic : Syukran
  • Filipino : Salamat

Semua perkataan di atas berkaitan dengan sifat yang seringkali kita lupa apabila kita sudah mendapat kesenangan. Sifat tersebuat adalah BERSYUKUR dan MENGHARGAI pemberian orang lain tidak kiralah daripada aspek bantuan tenaga, idea mahupun wang ringgit.

Lumrah manusia apabila kita tidak mendapat sesuatu yg kita kehendaki, semua yang dilakukan oleh mereka yang bertanggungjawab adalah salah dan serba tidak kena. Tetapi setelah apa yang dikehendaki dipenuhi, rasa bersyukur atau paling tidak pun rasa menghargai paling mudah untuk kita lupa untuk melakukannya.

Contoh terbaik dapat dilihat dalam negara kita sendiri, Malaysia sebagai contoh. Rakyatnya apabila berhadapan dengan kesusahan dan kegawatan sewaktu kenaikkan harga minyak dunia yang membawa kesan kepada kenaikkan harga minyak di negara kita suatu masa tidak kurang lama dahulu sering merungut, marah dan pelbagai lagi perkara yang dilakukan untuk mempamerkan tanda protes terhadap pihak berwajib kerana terpaksa hidup susah sedikit dalam sekelip mata.

Harga minyak petrol dan diesel telah mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Bagaimanapun, dua bulan kemudian iaitu pada 23 Ogos, kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen menjadikannya RM2.55 seliter, ketika kadar inflasi bagi bulan Ogos meningkat kepada 8.5 peratus, manakala diesel sebanyak lapan sen menjadikannya RM2.50 seliter.

Pada 24 September lalu, kerajaan sekali lagi mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 dikurangkan 10 sen iaitu masing-masing daripada RM2.55 seliter kepada RM2.45 seliter dan RM2.40 seliter kepada RM2.30 seliter. Pada 14 Oktober pula, kerajaan menurunkan harga runcit petrol sebanyak 15 sen dan 20 sen bagi diesel ketika harga minyak mentah dunia berlegar sekitar AS$77 setong.

Kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen pada hujung bulan lalu, menjadikan harga runcit dua bahan api itu masing-masing pada kadar RM2.15 dan RM2.05 seliter. Dan hari ini harga minyak diturunkan lagi sebanyak 15 sen berkuat kuasa 18 November lalu,kali kelima sejak Ogos sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia. Kini, petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.

Namun dapatkah kita lihat ada dikalangan pemimpin yang suatu ketika dahulu lantang mengkritik pihak berwajib habis-habisan kerana kenaikkan harga minyak yang memang terpaksa dilakukan itu mengucapkan terima kasih dan menunjukkan tanda sokongan dengan apa yang berlaku sekarang? Tidak! Sekali-kali tidak! Itulah manusia.Rasa menghargai usaha orang lain itu tidak pernah dapat mengatasi perasaan marah atau tidak suka sesama sendiri.

Manusia yang sering berterima kasih adalah manusia yang sering bersyukur kepada Allah. Kadang kala kita merasakan yang perkara itu amat remeh, namun dengan sedikit ucapan ‘Terima Kasih’ sahaja sudah dapat menghiburkan hati mereka yang membantu. Sekurang-kurangnya terasa bahawa apa yang diusahakan selama ini dihargai walaupun bukan itu yang diharapkan.

Seorang anak misalnya, jarang sekali terfikir untuk memberikan ucapan ‘Terima Kasih’ kepada ibubapa yang telah bersusah payah membesarkan mereka sehinggalah dapat mengecapi apa yang dikecapi kini. Seorang penumpang pula jarang mengucapkan ‘Terima Kasih’ kepada pemandu teksi, kereta sewa atau bas yang telah membawa mereka dengan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Menurut kajian kata Dato’ Dr. Hj. Fadzilah Kamsah, orang yang sering berterima kasih ini hidupnya akan sentiasa tenang dan tidak serabut dengan masalah. Ini kerana apabila kita berterima kasih kepada orang lain, secara tidak langsung kita menunjukkan rasa menghargai, hormat dan sayang kepada orang yang kita ucapi itu. Maka segala yang kita sampaikan melalui secara tidak langsung itu akan dikembalikan kepada kita semula. Diri kita akan dihormati, disenangi dan dihargai seadanya.

Tuntasnya di sini, janganlah kita memandang remeh ucapan TERIMA KASIH yang sering kita lupa selama ini. Latihlah diri atau lisan kita dengan ucapan ini walau dengan sebutan dan bahasa apa sekalipun. Jangan biarkan perasaan marah atau tidak suka kita kepada seseorang itu, ataupun kerana perbezaan pendapat menjadi penghalang untuk kita menghargai perkara-perkara berfaedah dan berguna yang telah diusahakan untuk kebaikkan bersama.

Wallahua’lam…Salam….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: