Merdeka 2008

Salam sejahtera buat rakan-rakan pembaca semua..Bermulanya penulisan tajuk pertama ini bermakna bermulalah era mem’blog’ bagi diriku..sebuah alam yang tidak asing lagi pada zaman Dunia Tanpa Batasan ini walaupun ia baru unuk diriku..Alam BLOGGERS..

MERDEKA..Inilah tajuk yg aku pilih untuk diperkatakan dalam post pertama ni..Seringkali kita ditanya dengan soalan-soalan klise tntang merdeka seperti ‘apakah erti kemerdekaan bagi anda?’, ‘bilakah Tunku Abdul rahman Putra Al-Haj mengumumkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu?’ dan bermacam2 lagi..Namun disebalik persoalan tersebut adakah kita semua sedar yg sebenarnya negara kita Malaysia sudah merdeka? Atau apakah kita terlalu sedar sehinggakan kita mengambil sikap sambil lewa dalam menghayati dan benar-benar menghargai kemerdekaan yang kita kecapi sekarang?

InsyaAllah 2008 adalah perayaan kemerekaan kedua aku di Mesir, beribu-ribu batu jauhnya daripada Malaysia..Semasa perayaan ke-50 kemerdekaan Malaysia tahun lalu, usiaku baru sahaja 5 hari di Bumi Anbiya’ ini..Cukup terasa perbezaan apabila perayaan ini disambut beramai-ramai di sebuah mini stadium dimana hampir seluruh warga Malaysia yg menetap di Mesir hadir bagi memeriahkan majlis..Yg lebih dibanggakan kerana hampir semua yg hadir adalah berketurunan Melayu Islam..Betapa kuat semangat patriotisme yg dapat aku rasakan pada waktu itu..Segala perbezaan pendapat dan ideologi politik diketepikan sempena menghargai ulang tahun kemerdekaan Malaysia yg ke-50..

Di Malaysia juga khabarnya sambutan tidak kurang meriahnya..Sejak awal bulan Ogos lagi sudah dapat kulihat bendera digantung dan dikibar merta-rata..Jalur Gemilang yang menjadi lambang bersatu rakyat Malaysia diangkat penuh bangga, ditayang kemana sahaja..Perbarisan lintas hormat dan pelbagai acara lagi yg mmg sinonim dengan sambutan Kemerdekaan Negara dilakukan dengan bersar-besaran dan penuh warna-warni..Betapa bersemangatnya rakyat Malaysia menyabut kemerdekaan negara yg ke-50..

Kini, dikala sambutan kemerdekaan ke-51 semakin hampir, semangat patriotisme kebanyakkan warga Malaysia yg membuak-buak pada tahun-tahun sebelum ini nampaknya telah berkurangan dengan ketara..Di Malaysia khabarnya mmg ckup ketara apabila bilangan Jalur Gemilang yg berkibaran ternyata kurang meriah daripada tahun-tahun sebelumnya. Jika dahulu Jalur Gemilang dikibar di dinding dan perkarangan rumah, pada kenderaan dilekat Jalur Gemlang bersaiz kecil yg bukan sehelai dua, tapi kini senario itu telah berubah dengan ketara..kalau ada pun bendera, hanya bendera yg berlambang atau berlogokan parti-parti politik yg ada di Malaysia..Cakap-cakap yg didengar juga sembang-sembang yg keudara hanyalah isu politik dan kuasa..

Jika itu senario di Malaysia, apalagi senario di Mesir yg beribu-ribu batu jauhnya daripada Malaysia..Sahabat-sahabat dalam bidang perubatan asyik bercerita tentang dunia politik dan kuasa di Malaysia, apatah lagi sahabat-sahabat jurusan agama..Jarang kedengaran perihal merdeka diperkatakan apatah lagi dibincangkan..

Persoalannya sekarang, adakah kita semua semakin melupakan semangat kemerdekaan dan meggantikan ia dengan semangat parti-parti politik baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat? Atau Malaysia itu hanya kita anggap sebagai nama sahaja tanpa perlu kita hayati apa yg tersirat dan tersurat disebalik kemerdekaan dan keamanan yg kita kecapi disebalik kemerdekaannya?  Jika kita boleh bercerita ttg politik Malaysia berjela-jela, kutuk pemimpin kerajaan ataupun wakil-wakil rakyat pembangkang, mengapa kita tidak boleh bercerita ttg kemerdekaan negara atau sekurang-kurangnya bercakap ttg perkara yg telah kita lakukan untuk membanggakan negara atau bersembang ttg kebanggan kita menjadi rakyat Malaysia?

Kalau kita terus hanyut dengan budaya sedemikian rupa, naiklah parti apa sekalipun sebagai kerajaan, bangsa Malaysia tak mungkin akan bertahan lama..Maka, aku menyeru diriku sendiri dan pembaca-pembaca semua agar tanamlah semangat kemerdekaan dan jadilah warga negara yang berwawasan serta beretika, berdisiplin dan berdaya saing..Doakanlah agar negara Malaysia akan sentiasa aman dan damai, makmur dan sentosa, berdaulat dan mulia sepanjang masa..

Segala yg diperkatakan adalah pendapat peribadi semata-mata, atas apa yg diperhatikan disekeliling dan khabar-khabar yg disampaikan pemerhati dalam negara..Hentikan isu politik seketika, berilah laluan untuk diri kita semua menghayati erti 51 tahun kemerdekaan negara kita yg bakal kita sambut beberapa hari sahaja lagi..Salam Merdeka untuk semua!~

2 responses to this post.

  1. Posted by Anak Malaysia on August 29, 2008 at 7:36 pm

    Saya setuju dengan pandangan mzayie 1802.
    Terima kasih kerana mengingatkan rakyat Malaysia yang kebanyakkannya alpa tentang kemerdekaan Malaysia yang sepatutnya tidak dikotori oleh sitkom-sitkom politik yang memualkan tekak.
    Tahniah!

    Reply

  2. Posted by Wan J on September 1, 2008 at 2:55 pm

    Malaysia perlukan perubahan…
    Buat sambut merdeka tapi diri kite masih dijajah…
    Di mana suara rakyat??dimana demokrasi??
    Kalo dulu,kini dan selamanye kite begini…
    Hanya mimpi yang tinggal utk wawasan 2020…
    hehehe…
    Selamat Hari merdeka…
    Selamat menyambut ramadhan

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: