Seminar Kenali Potensi Diri 2011 (SKPD 2011) dan Egypt

Semalam aku telah menghadiri satu program seminar yang diberi nama “Seminar Kenali Potensi Diri 2011 (SKPD 2011)” bersama Dr. Azizan Osman..Siapa Dr. Azizan Osman nih??Alaaa…Yang selalu keluar surat khabar metro dan di kaca-kaca tv tuuu..Yg iklan dalam surat khabar tu die duk tunjuk dahi dia dengan jari kiri dan kanan tuuu..Yang badan ‘comel-comel’ sket tuuu..Kenal??

Haaaaa…Nak lebih kenal, click link nih : http://www.richworks.com.my/affiliate.php .. Kat sini ada la serba sedikit tentang Dr. Azizan nih dan jugak program seminar yang dikendalikan beliau nih..

Macam mana aku boleh terlepas pergi seminar nih??Em..Aku pun hairan..hehehe!~Actually, pada mulanya aku selalu tengok Dr. Azizan ni duk promote seminar dia ni kat tv, radio dan dada2 akhbar..Dan ada jugak aku usha iklan-iklan yang member-member aku hantar kat facebook.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku dapat 2 mesej sekaligus daripada 2 orang berbeza; orang tersayang dan kawan lama, memberitahu tentang diskaun yang diberikan kepada sesiapa yang berminat nak menyertai seminar nih dengan hanya rm60 (harga asal rm300 klu tak silap).
Maka dengan itu, aku terdetik, “Kalau aku tak bertindak sekarang, bila lagi aku nak bertindak kan??”. Atas dasar itulah aku pun amek keputusan nak pergi dengan orang tersayang dan mintak dia yang daftarkan aku. Begitulah ceritanya..

Tentang seminar, MEMANG SUPERB!!! Korang gi la kalau tak percaya..Tapi bagi mereka yang inginkan perubahan laaa. Mereka yang jenis “BIAWAK” nih memang tak payah pergi pun takpe. Seminar dia bukan sekadar memberi motivasi, tapi mengajar kenal potensi diri dan kat mana kita nak gunakan potensi kita tu untuk cari duit. (sebut pasal duit, mesti semua orang akan terbeliak biji mata kan?)
InsyaAllah dengan ilmu yg diajar tu, aku akan cuba la berubah.Kalau tak banyak pun, sikit jadi laa..Sikit-sikit, lama-lama jadi bukat kan??Sikit lagi baik daripada tak berubah langsung kearah kebaikkan..

Ok, sekarang nak cerita pasal bab kedua plak, SELAMATKAN EGYPT!!

2-3 hari sebelum orang tersayang aku sampai ke Malaysia, dia ada beritahu yang Egypt sedang bergolak. Walaupun aku ni bekas pelajar sana, tapi aku tak tahu kenapa aku macam dah takda perasaan sangat nak ambil tahu pasal mereka. (maksud aku pasal Egypt, bukan orang tersayang aku tuh).

Tapi, setelah beliau pulang dan aku tengok sendiri muka beliau dan macam mana beliau risaukan Egypt, ditambah pula dengan berita-berita tentang betapa teruknya keadaan di sana sekarang, aku kembali tersedar dan berhati perut semula.

Em..Kadang-kadang menyesal juga sebab awal-awal harituh aku abaikan. Tapi walau apapun, selarang aku dah sedar dan aku rase masih belum terlambat sebab keadaan baru bertukar menjadi darurat selama 3 hari. Baru 3 hari, so tak terlewat la kan?Em..Aku doakan rakan-rakan kat sana selamat. Jagalah keselamatan satu sama lain, aku dah tak dapat bantu secara direct macam dulu. InsyaAllah kita akan usahakan daripada Malaysia. Desak Wisma Putra hantar kapal terbang tentera kita untuk evacuate rakyat kita terutama student-student nih balik ke Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: